Wednesday, August 14, 2013

New

menuju ke alam baru. dunia yg berlainan. mula sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, uni, dan ke alam pekerjaan. nampak flow di situ?

duduk menumpang rumah orang, terasa janggal. biasalah tu. lama lama nanti biasa lah kot. hidup kena pandai bawa diri. berasal dari keluarga susah, bukan masalah. cuma kena bijak, bukan pandai, tapi bijak. nampak perbezaan di situ?

bila nak buat apa pun, benda paling penting rasanya ialah niat. niat nak tolong keluarga, niat nak majukan diri, niat nak berjaya, lagi positif lagi bagus. bukan semua orang ada peluang, so bila dah ada kena gunakan sebaiknya. ini namanya rezeki. jangan lupa bersyukur. alhamdulillah.

umur bila semakin meningkat, ada perkara kena ubah. kena serasi dengan keadaan. kena pandai control. kena fleksibel. dulu masa kecik semua mak bapak sediakan. bila kita dah besar, ini masanya nak balas balik. kena sedar diri. 

esok kena bangun awal. mari menuju ke alam mimpi. oyasumi nasai.






-_- tanpa keluarga, kita tiada apa-apa.



1 comment: