Friday, July 5, 2013

Tujuan

Hey semua.

Tadi siang aku pergi teman along aku onterview. Gerak dari rumah dlm 6.30 am sbb nak kejar KTM jam 7, alih alih terlepas tapi nasib baik ada jam 7.15. Syukur.

Disebabkan baru belajar nak naik train setelah berapa tahun tak naik, agak terkial kial pada mulanya. Tapi lepas beberapa kali training tadi, nampak mcm dah biasa pulak. Hohoho. Along aku interview jam 9, lepas hantar dia, aku pergi la ke stesen Bangsar, turun bawah, pergi seberang jalan, pekena roti canai dgn teh tarik. Sambil membaca akhbar, aku mengisi perut yg kekosongan, keseorangan.

Then aku jalan jalan pusing sekitar situ, penat, naik train balik, singgah KL Sentral, pergi Mid pulak. Mcm biasalah aku kalau dah masuk tempat tempat mcm tu, mseti singgah kedai sukan dulu. Usha usha boot terbaru, kasut futsal, tetiba teringat, zaman aku habis dah. Zaman berseronok menendang, menggelecek objek bulat di tengah padang. Ahhhhh dah mula rindu zaman sekolah dulu dulu.

Tengah jalan jalan, aku meng-observed telatah manusia di sekeliling. Setiap orang, ada tujuan masing masing, ada perancangan masing masing, ada yg nak pergi kerja, ada yg membeli barang rumah, ada yg berdating, ada yg jalan jalan tade kerja mcm aku ni, dan pelbagai lagi. See? Life.




-_- Perlu ada tujuan baru boleh hidup dgn bermakna!




No comments:

Post a Comment