Wednesday, July 3, 2013

Dunia Baru

Dah habis.

Dah 4 tahun belajar, akhirnya habis dah degree aku. Last sem aritu banyak pulak rasa kerja yg tak berkenaan dgn pelajaran perlu dilakukan. Yelah kita duduk uni bukan setakat nak belajar jadi pendai je, kena lah pandai buat-buat benda lain jugak. Pendek kata, belajar jadi MANUSIA.

Haaa sebab sibuk sangat tu la (mcm sangat sibuk) sampai berhabuk blog ni. Bila dah banyak kerja, mood nak mem-blog entah ke mana. Tapi sekarang bila dah free, bolehlah mula balik tulis menulis ni.

Tadi petang setel satu lagi interview. Semalam satu dekat Seri Kembangan, dengan company cina, tadi dekat Sri Hartamas, company melayu rasanya. Semalam interview dekat sejam setengah kot, dah la aku sorang, pertama kali pulak tu, agak menggoyang jiwa raga jugak lah. Tapi tadi kejap pulak interviewnya, dgn sorg akak ni je. Pendek kata, mcm susah je nak dapat dua-dua ni. Tak apa, ada hikmah kot. Kena positif lah tak gitu~

Life sebagai student dah habis, sekarang phase lain pulak, kena cari kerja, cari duit, jalankan tanggungjawab. Menjadi manusia dewasa. Oooohhhhhhh. Ibarat kambing masuk kampung. Masih mengembek tak tentu hala.

Okai.

Bukti kesungguhan selama satu tahun.

-_- Berubah ke dunia baru!



No comments:

Post a Comment