Saturday, February 9, 2013

Jealous VS Annoying

holla.

'jealous' dan 'annoying' adalah dua benda yang berbeza. yee aku tau dari segi maksudnya pun memang dah berbeza dah. cuma yang aku nak bold kan dekat sini ialah berbeza dari segi persepsi orang. malam ni entri tentang persepsi lagi.

jealous atau jelez dalam bahasa pasarnya membawa maksud iri hati. kau tengok orang tu pakai kereta mewah, kau nak jugak tapi tak dapat, jadi kau akan rasa jelez. orang ada awek, kau nak jugak tapi sebabkan muka kau yang selalu ketat tu, awek semua lari, jadi kau akan rasa jelez. erm erm lebih kurang macam tu lah definisinya. 

annoying pula bermaksud, "eeee kau ni sikit sikit selca (self-camera / snap gambar sendiri), kejap muncung itik, kejap tengah cium bunga, kejap kembang pipi, eeee apa niiii eeeeee". tu lah maksud annoying. senang paham kan? =D

kekadang kalau kita cakap kat someone tu,

"eh kau ni asyik asyik post pasal pakwe kau, asyik asyik selca, tak bosan ke?"

"ala kau jelez kan?" ni jawapan yang selalu sumorang dapat kan? 

padahal kita bukan jelez, cuma rasa annoying sangat bila someone tu buat macam tu. okai memang ada orang akan cakap, 

"eh biarlah tu hak dorang nak post apa pun, kalau tak suka tak payah baca."

betul tu, tapi kalau dah selalu sangat post benda benda annoying ni, maka akan selalulah ianya keluar dekat home kita. apa aku nak cakap kat sini ialah bukannya nak mengutuk atau mengeji mereka yang selalu post benda benda annoying ni, aku cuma nak tekankan bahawa terdapat perbezaan antara 'jealous' dan 'annoying'.

setiap orang pikiran lain lain. itu normal. tapi kalau aku dah rasa annoying sangat dengan orang tu.......aku.......aku......aku.....................




-_- jangan jadi manusia yang annoying sangat, rakyat Malaysia lain tak suka.





No comments:

Post a Comment