Friday, February 8, 2013

Berlagak

hai.

BERLAGAK. apa orang lain ada kau nak jugak. itu adalah salah satu masalah yang sering berlaku terutama kepada remaja remaja, kanak kanak, bayi bayi, makcik makcik, pakcik pakcik, YB YB, menteri menteri, tukang bawa lori, tukang bancuh air dekat kantin sekolah, dan semua orang. 1 Malaysia yeah!

memang sifat manusia tak pernah puas. apa yang dah ada, tak cukup, nak lagi, sampai puas. orang ada henset, kau nak henset. orang ada laptop, kau nak laptop. orang ada motor, kau nak motor. orang buat blog, kau nak buat jugak. (semua kena batang hidung sendiri). ahaks.

aku cuma nak cakap secara umum, general, general perang, perang dunia ke dua, okai, kerepek. secara umumnya aku pun tahu kita kena bersederhana, dalam apa benda pun. tak kisah dari segi harta benda, penampilan, termasuklah pelajaran (paham maksudnya? hehe). 

kita kalau nak bergaya ke nak mewah ke semua kena ikut kemampuan. bagi yang masih ditanggung ibu bapa tu kena ikut kemampuan merekalah. tolong paham situasi mereka yang bersusah payah cari rezeki nak bagi kita life, kita pulak berlagak nak minta tu minta ni, nak ikut kawan konon, tu kira berlagak bangang namanya. bagi yang ada pendapatan sendiri, ermmmmmm ikut korang lah, duit korang, yang penting time dah sengkek jangan menyusahkan orang lain.

berlagak juga boleh bergantung kepada persepsi sesorang tu. ada orang yang pakai benda mewah, penampilan mewah, pelajaran mewah, tapi orang pandang mereka berlagak, padahal bagi mereka semua tu biasa je. haaa kat sini persepsi memainkan peranan. bak kata omputeh "don't judge a book by its cover", "read it first then judge", bak kata adido. kerkerker.

apa yang penting sebenarnya kita kena bersederhana. jangan nak ikut orang. ikut dalam pelajaran takpe. dorang pandai, kita ikut jadi pandai jugak takpe. itu bagus. dorang pakai ferrari, kita nak pakai jugak, padahal duit belanja tiap bulan cukup makan je, itu tak bagus.

aku cuma nak cakap, kita kena sedar diri. no offense. bagi yang kurang kemampuan, sedar diri. bagi yang mampu pun, sedar diri. kita hidup dalam realiti, bukan fantasi. asalkan kita sedar diri, banyak perkara positif boleh jadi. contohnya? pikir sendiri. tak seronoklah bagi tau. 





-_- orang selalu cakap aku muka berlagak. persepsi.





No comments:

Post a Comment