Tuesday, February 12, 2013

Result Exam

hep.

kepada semua, mari bercerita tentang result exam yg baru saja keluar. bagaimana result anda? aku tau kebanyakan kita mesti okai kan resultnya? sebab ambil 2 subjek je. tahniah!

result aku pula Alhamdulillah yang terbaik pernah aku dapat sepanjang aku belajar kat Perlis tu. memang tak sebaik pointer korang tapi bagi aku besar maknanya result ni. tak sampai dekan pun tapi aku tetap bersyukur. sangat sangat bersyukur.

haaaa entri ni nak cerita pasal tu je. ada yang happy, ada yang sedih. kepada yang happy, bersyukur lah. kepada yang sedih, tambah lagi bila kawan tanya "weh ko dapat bape?", "aku bla bla bla jee, ko?", "aku dekan.". lagilah. sabo jolah bak kata orang negeri sembilan.

memang orang cakap result tu penting, tapi bagi aku ada benda yang lagi penting daripada result. macam macam benda. duit, cinta (wow!) hahaha



-_- result tak seberapa tapi aku sangat gembira. Alhamdulillah.



Saturday, February 9, 2013

Jealous VS Annoying

holla.

'jealous' dan 'annoying' adalah dua benda yang berbeza. yee aku tau dari segi maksudnya pun memang dah berbeza dah. cuma yang aku nak bold kan dekat sini ialah berbeza dari segi persepsi orang. malam ni entri tentang persepsi lagi.

jealous atau jelez dalam bahasa pasarnya membawa maksud iri hati. kau tengok orang tu pakai kereta mewah, kau nak jugak tapi tak dapat, jadi kau akan rasa jelez. orang ada awek, kau nak jugak tapi sebabkan muka kau yang selalu ketat tu, awek semua lari, jadi kau akan rasa jelez. erm erm lebih kurang macam tu lah definisinya. 

annoying pula bermaksud, "eeee kau ni sikit sikit selca (self-camera / snap gambar sendiri), kejap muncung itik, kejap tengah cium bunga, kejap kembang pipi, eeee apa niiii eeeeee". tu lah maksud annoying. senang paham kan? =D

kekadang kalau kita cakap kat someone tu,

"eh kau ni asyik asyik post pasal pakwe kau, asyik asyik selca, tak bosan ke?"

"ala kau jelez kan?" ni jawapan yang selalu sumorang dapat kan? 

padahal kita bukan jelez, cuma rasa annoying sangat bila someone tu buat macam tu. okai memang ada orang akan cakap, 

"eh biarlah tu hak dorang nak post apa pun, kalau tak suka tak payah baca."

betul tu, tapi kalau dah selalu sangat post benda benda annoying ni, maka akan selalulah ianya keluar dekat home kita. apa aku nak cakap kat sini ialah bukannya nak mengutuk atau mengeji mereka yang selalu post benda benda annoying ni, aku cuma nak tekankan bahawa terdapat perbezaan antara 'jealous' dan 'annoying'.

setiap orang pikiran lain lain. itu normal. tapi kalau aku dah rasa annoying sangat dengan orang tu.......aku.......aku......aku.....................




-_- jangan jadi manusia yang annoying sangat, rakyat Malaysia lain tak suka.





Friday, February 8, 2013

Berlagak

hai.

BERLAGAK. apa orang lain ada kau nak jugak. itu adalah salah satu masalah yang sering berlaku terutama kepada remaja remaja, kanak kanak, bayi bayi, makcik makcik, pakcik pakcik, YB YB, menteri menteri, tukang bawa lori, tukang bancuh air dekat kantin sekolah, dan semua orang. 1 Malaysia yeah!

memang sifat manusia tak pernah puas. apa yang dah ada, tak cukup, nak lagi, sampai puas. orang ada henset, kau nak henset. orang ada laptop, kau nak laptop. orang ada motor, kau nak motor. orang buat blog, kau nak buat jugak. (semua kena batang hidung sendiri). ahaks.

aku cuma nak cakap secara umum, general, general perang, perang dunia ke dua, okai, kerepek. secara umumnya aku pun tahu kita kena bersederhana, dalam apa benda pun. tak kisah dari segi harta benda, penampilan, termasuklah pelajaran (paham maksudnya? hehe). 

kita kalau nak bergaya ke nak mewah ke semua kena ikut kemampuan. bagi yang masih ditanggung ibu bapa tu kena ikut kemampuan merekalah. tolong paham situasi mereka yang bersusah payah cari rezeki nak bagi kita life, kita pulak berlagak nak minta tu minta ni, nak ikut kawan konon, tu kira berlagak bangang namanya. bagi yang ada pendapatan sendiri, ermmmmmm ikut korang lah, duit korang, yang penting time dah sengkek jangan menyusahkan orang lain.

berlagak juga boleh bergantung kepada persepsi sesorang tu. ada orang yang pakai benda mewah, penampilan mewah, pelajaran mewah, tapi orang pandang mereka berlagak, padahal bagi mereka semua tu biasa je. haaa kat sini persepsi memainkan peranan. bak kata omputeh "don't judge a book by its cover", "read it first then judge", bak kata adido. kerkerker.

apa yang penting sebenarnya kita kena bersederhana. jangan nak ikut orang. ikut dalam pelajaran takpe. dorang pandai, kita ikut jadi pandai jugak takpe. itu bagus. dorang pakai ferrari, kita nak pakai jugak, padahal duit belanja tiap bulan cukup makan je, itu tak bagus.

aku cuma nak cakap, kita kena sedar diri. no offense. bagi yang kurang kemampuan, sedar diri. bagi yang mampu pun, sedar diri. kita hidup dalam realiti, bukan fantasi. asalkan kita sedar diri, banyak perkara positif boleh jadi. contohnya? pikir sendiri. tak seronoklah bagi tau. 





-_- orang selalu cakap aku muka berlagak. persepsi.