Saturday, November 16, 2013

Confirmation

It has been almost 3 months since I started my job. Wait, actually it is already 3 months. Time flies fast. Ouh this time I will be writing in English. Nahhh just my broken English of course. Ahahah.

Right now I'm at home. But in KL I am renting near Pandan Indah, together with my office-house-mate buddy. My first experience renting outside. Since my study years, I never really renting. Yeah kind of suffocating my finance. Damn.

As a C & S consultant, my job is to give advice, along with the design-check-drawing-report-blablabla stuffs, but with my 3 months experiences, I guess I was the only one getting advice. It's hard, really. Things that we learned in schools, just like a tip of the ice compared to the real world. And it just getting harder. PFFFT.

The only good things about all this-give-me-headache things are the experiences. Taught me a lot. Freshie like me will just say yes when listening to boss order. Hypocrite. Hahahaha Don't even care.

This time around, I was getting busy-er. Projects come in and I can't go out. Positively, although they are hard, in the same time they benefits me. Wow. So positive of me. PFFFFT.

Almost 2 am right now, let's get into the dream world.



-_- Working the experiences.



Monday, September 16, 2013

Kecewa

ada benda yg bila diuji, biar kena pada tempatnya.

well, ya bukan semua orang mempunyai tahap kesabaran yg tinggi. jika selalu sangat diuji dengan cara yg sama, benda yg sama diulang-ulang, aku pun penat lah.

perasaan itu masih ada, tak pernah kurang sedikitpun, bila diberitahu, tak percaya. ya dulu aku memang teruk, aku mengaku, sekarang pun bukan lah baik sangat tapi aku dah semakin serius, bukan tahap main-main dah.

don't judge me by past, I don't live there anymore.

sekarang bila dihurung rasa kecewa, masing-masing mula terasa. bukan senang nak melupakan, mungkin takkan melupakan langsung. tapi kalau masa depan dah bahagia dengan perasaan baru terhadap orang lain, silakan jika itu yg terbaik.

jiwang ouh jiwangnya aku ini malam..ahahaha

rindu? maybe.





-_- sentiasa ingat, jangan risau.






Wednesday, September 4, 2013

Tetap Menunggumu

Walau sekadar mimpi tak pernah ku peduli..?

well, menjadi seorang lelaki yg berada di tahap dan peringkat ini, amat mencabar sebenarnya. mengapa?

teringat waktu dulu, waktu manis manis dulu, yelah, bukan nak merasa menyesal ke apa, cuma kadang buat kita terfikir, dulu dan sekarang byk dah berbeza.

aku sedar dulu aku bukan baik sangat. tapi serius sekarang kalau diberi peluang, pasti takkan sia kan. kan bagus kalau dia faham. alangkah bagus. heheh




-_- keep calm and move on. seriously?




Wednesday, August 14, 2013

New

menuju ke alam baru. dunia yg berlainan. mula sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matriks, uni, dan ke alam pekerjaan. nampak flow di situ?

duduk menumpang rumah orang, terasa janggal. biasalah tu. lama lama nanti biasa lah kot. hidup kena pandai bawa diri. berasal dari keluarga susah, bukan masalah. cuma kena bijak, bukan pandai, tapi bijak. nampak perbezaan di situ?

bila nak buat apa pun, benda paling penting rasanya ialah niat. niat nak tolong keluarga, niat nak majukan diri, niat nak berjaya, lagi positif lagi bagus. bukan semua orang ada peluang, so bila dah ada kena gunakan sebaiknya. ini namanya rezeki. jangan lupa bersyukur. alhamdulillah.

umur bila semakin meningkat, ada perkara kena ubah. kena serasi dengan keadaan. kena pandai control. kena fleksibel. dulu masa kecik semua mak bapak sediakan. bila kita dah besar, ini masanya nak balas balik. kena sedar diri. 

esok kena bangun awal. mari menuju ke alam mimpi. oyasumi nasai.






-_- tanpa keluarga, kita tiada apa-apa.



Saturday, July 20, 2013

Bodoh

Hari ini, rasa itu kembali memuncak.

Ke-bangang-ngan diri terasa di tahap tertinggi.

Ke-bodoh-an diri di tahap bahaya.

Tenang. Sila tenang.



-_- Tolong rasional la bro. 

Friday, July 5, 2013

Tujuan

Hey semua.

Tadi siang aku pergi teman along aku onterview. Gerak dari rumah dlm 6.30 am sbb nak kejar KTM jam 7, alih alih terlepas tapi nasib baik ada jam 7.15. Syukur.

Disebabkan baru belajar nak naik train setelah berapa tahun tak naik, agak terkial kial pada mulanya. Tapi lepas beberapa kali training tadi, nampak mcm dah biasa pulak. Hohoho. Along aku interview jam 9, lepas hantar dia, aku pergi la ke stesen Bangsar, turun bawah, pergi seberang jalan, pekena roti canai dgn teh tarik. Sambil membaca akhbar, aku mengisi perut yg kekosongan, keseorangan.

Then aku jalan jalan pusing sekitar situ, penat, naik train balik, singgah KL Sentral, pergi Mid pulak. Mcm biasalah aku kalau dah masuk tempat tempat mcm tu, mseti singgah kedai sukan dulu. Usha usha boot terbaru, kasut futsal, tetiba teringat, zaman aku habis dah. Zaman berseronok menendang, menggelecek objek bulat di tengah padang. Ahhhhh dah mula rindu zaman sekolah dulu dulu.

Tengah jalan jalan, aku meng-observed telatah manusia di sekeliling. Setiap orang, ada tujuan masing masing, ada perancangan masing masing, ada yg nak pergi kerja, ada yg membeli barang rumah, ada yg berdating, ada yg jalan jalan tade kerja mcm aku ni, dan pelbagai lagi. See? Life.




-_- Perlu ada tujuan baru boleh hidup dgn bermakna!




Wednesday, July 3, 2013

Dunia Baru

Dah habis.

Dah 4 tahun belajar, akhirnya habis dah degree aku. Last sem aritu banyak pulak rasa kerja yg tak berkenaan dgn pelajaran perlu dilakukan. Yelah kita duduk uni bukan setakat nak belajar jadi pendai je, kena lah pandai buat-buat benda lain jugak. Pendek kata, belajar jadi MANUSIA.

Haaa sebab sibuk sangat tu la (mcm sangat sibuk) sampai berhabuk blog ni. Bila dah banyak kerja, mood nak mem-blog entah ke mana. Tapi sekarang bila dah free, bolehlah mula balik tulis menulis ni.

Tadi petang setel satu lagi interview. Semalam satu dekat Seri Kembangan, dengan company cina, tadi dekat Sri Hartamas, company melayu rasanya. Semalam interview dekat sejam setengah kot, dah la aku sorang, pertama kali pulak tu, agak menggoyang jiwa raga jugak lah. Tapi tadi kejap pulak interviewnya, dgn sorg akak ni je. Pendek kata, mcm susah je nak dapat dua-dua ni. Tak apa, ada hikmah kot. Kena positif lah tak gitu~

Life sebagai student dah habis, sekarang phase lain pulak, kena cari kerja, cari duit, jalankan tanggungjawab. Menjadi manusia dewasa. Oooohhhhhhh. Ibarat kambing masuk kampung. Masih mengembek tak tentu hala.

Okai.

Bukti kesungguhan selama satu tahun.

-_- Berubah ke dunia baru!



Tuesday, February 12, 2013

Result Exam

hep.

kepada semua, mari bercerita tentang result exam yg baru saja keluar. bagaimana result anda? aku tau kebanyakan kita mesti okai kan resultnya? sebab ambil 2 subjek je. tahniah!

result aku pula Alhamdulillah yang terbaik pernah aku dapat sepanjang aku belajar kat Perlis tu. memang tak sebaik pointer korang tapi bagi aku besar maknanya result ni. tak sampai dekan pun tapi aku tetap bersyukur. sangat sangat bersyukur.

haaaa entri ni nak cerita pasal tu je. ada yang happy, ada yang sedih. kepada yang happy, bersyukur lah. kepada yang sedih, tambah lagi bila kawan tanya "weh ko dapat bape?", "aku bla bla bla jee, ko?", "aku dekan.". lagilah. sabo jolah bak kata orang negeri sembilan.

memang orang cakap result tu penting, tapi bagi aku ada benda yang lagi penting daripada result. macam macam benda. duit, cinta (wow!) hahaha



-_- result tak seberapa tapi aku sangat gembira. Alhamdulillah.



Saturday, February 9, 2013

Jealous VS Annoying

holla.

'jealous' dan 'annoying' adalah dua benda yang berbeza. yee aku tau dari segi maksudnya pun memang dah berbeza dah. cuma yang aku nak bold kan dekat sini ialah berbeza dari segi persepsi orang. malam ni entri tentang persepsi lagi.

jealous atau jelez dalam bahasa pasarnya membawa maksud iri hati. kau tengok orang tu pakai kereta mewah, kau nak jugak tapi tak dapat, jadi kau akan rasa jelez. orang ada awek, kau nak jugak tapi sebabkan muka kau yang selalu ketat tu, awek semua lari, jadi kau akan rasa jelez. erm erm lebih kurang macam tu lah definisinya. 

annoying pula bermaksud, "eeee kau ni sikit sikit selca (self-camera / snap gambar sendiri), kejap muncung itik, kejap tengah cium bunga, kejap kembang pipi, eeee apa niiii eeeeee". tu lah maksud annoying. senang paham kan? =D

kekadang kalau kita cakap kat someone tu,

"eh kau ni asyik asyik post pasal pakwe kau, asyik asyik selca, tak bosan ke?"

"ala kau jelez kan?" ni jawapan yang selalu sumorang dapat kan? 

padahal kita bukan jelez, cuma rasa annoying sangat bila someone tu buat macam tu. okai memang ada orang akan cakap, 

"eh biarlah tu hak dorang nak post apa pun, kalau tak suka tak payah baca."

betul tu, tapi kalau dah selalu sangat post benda benda annoying ni, maka akan selalulah ianya keluar dekat home kita. apa aku nak cakap kat sini ialah bukannya nak mengutuk atau mengeji mereka yang selalu post benda benda annoying ni, aku cuma nak tekankan bahawa terdapat perbezaan antara 'jealous' dan 'annoying'.

setiap orang pikiran lain lain. itu normal. tapi kalau aku dah rasa annoying sangat dengan orang tu.......aku.......aku......aku.....................




-_- jangan jadi manusia yang annoying sangat, rakyat Malaysia lain tak suka.





Friday, February 8, 2013

Berlagak

hai.

BERLAGAK. apa orang lain ada kau nak jugak. itu adalah salah satu masalah yang sering berlaku terutama kepada remaja remaja, kanak kanak, bayi bayi, makcik makcik, pakcik pakcik, YB YB, menteri menteri, tukang bawa lori, tukang bancuh air dekat kantin sekolah, dan semua orang. 1 Malaysia yeah!

memang sifat manusia tak pernah puas. apa yang dah ada, tak cukup, nak lagi, sampai puas. orang ada henset, kau nak henset. orang ada laptop, kau nak laptop. orang ada motor, kau nak motor. orang buat blog, kau nak buat jugak. (semua kena batang hidung sendiri). ahaks.

aku cuma nak cakap secara umum, general, general perang, perang dunia ke dua, okai, kerepek. secara umumnya aku pun tahu kita kena bersederhana, dalam apa benda pun. tak kisah dari segi harta benda, penampilan, termasuklah pelajaran (paham maksudnya? hehe). 

kita kalau nak bergaya ke nak mewah ke semua kena ikut kemampuan. bagi yang masih ditanggung ibu bapa tu kena ikut kemampuan merekalah. tolong paham situasi mereka yang bersusah payah cari rezeki nak bagi kita life, kita pulak berlagak nak minta tu minta ni, nak ikut kawan konon, tu kira berlagak bangang namanya. bagi yang ada pendapatan sendiri, ermmmmmm ikut korang lah, duit korang, yang penting time dah sengkek jangan menyusahkan orang lain.

berlagak juga boleh bergantung kepada persepsi sesorang tu. ada orang yang pakai benda mewah, penampilan mewah, pelajaran mewah, tapi orang pandang mereka berlagak, padahal bagi mereka semua tu biasa je. haaa kat sini persepsi memainkan peranan. bak kata omputeh "don't judge a book by its cover", "read it first then judge", bak kata adido. kerkerker.

apa yang penting sebenarnya kita kena bersederhana. jangan nak ikut orang. ikut dalam pelajaran takpe. dorang pandai, kita ikut jadi pandai jugak takpe. itu bagus. dorang pakai ferrari, kita nak pakai jugak, padahal duit belanja tiap bulan cukup makan je, itu tak bagus.

aku cuma nak cakap, kita kena sedar diri. no offense. bagi yang kurang kemampuan, sedar diri. bagi yang mampu pun, sedar diri. kita hidup dalam realiti, bukan fantasi. asalkan kita sedar diri, banyak perkara positif boleh jadi. contohnya? pikir sendiri. tak seronoklah bagi tau. 





-_- orang selalu cakap aku muka berlagak. persepsi.





Monday, January 28, 2013

Ronda Waktu Cuti

hep! selamat tahun 2013! dan aku mulakan entry tahun baru ni dengan...bismillah...=D


okai, lama gak lah tak update blog nih. bz? tade masa? ouh tadelah bz mana, masa ada je byk, cuma penyakit malas melanda. haha.

hari tu, kami sekeluarga pergi melawat petrosains. dah lama nak pergi cuma tade masa sbb nak tunggu semua berkumpul. (aku sebenarnya yg duduk jauh sgt hahahah). kami bergerak lepas subuh. okai tadelah betul betul lepas subuh, dlm jam 7 lebih jugak lah. pagi tu singgah rumah paklong dulu. yes. pegi rumah paklong memang best sebab confirm dapat makan. hoho. dah la pagi tu kami tak makan sgt pun before gerak. kepalaran seyh.

lepas setel sarapan yg berbagai jenis di rumah paklong, kami pun menuju ke klcc. petrosains terletak di tingkat 4 suria klcc ya semua murid murid. then beli tiket, then pusing pusing dlm tu. okai, agak menarik. mcm mcm benda sains dalam tu. boleh main main, lompat lompat, baling baling, mcm mcm adaaaaa. 

lepas tu kami masuk pula ke satu exhibition lain dlm petrosains iaitu 'sultans of science exhibition'. well, semua dlm ni berkenaan sejarah. kebetulan aku pula memang minat sejarah sejarah ni. yee aku memang minat. betul tak tipu. cerita tentang kapal terbesar pernah dicipta, sejarah perubatan Ibnu Sina, mcm mcm lagi. then ada pula awek awek volunteer yg jaga booth utk present tentang sejarah sejarah ni. aigoo. rajin betul mereka men-volunteer-kan diri ek. aku kalau duduk dekat dah lama nak volunteer jugak. nasib baik duduk jauh. ahaks.

selesai meronda, kami sekeluarga ronda ronda klcc pula. aku mcm biasa lah akan pergi usha kedai kedai sukan ni. boot bola semua cantik cantik menambat hati dan MAHAL gila nak mampus. aigoo. di sini lah rasional memainkan peranan. faham? ahaks. 

habis tu kami pun pulang ke port dickson. hari yg seronok. masa terluang bersama keluarga adalah paling berharga. remember, family is everything. =)

sorang lagi muka tak nampak. ouh lupa akak aku tak follow sbb ada kwn dia dtg umah.

tiket masuk.

aku abg dan dia adik okai. dlm kebuk angin kelajuan tinggi. hahaha

aigoo.

kereta zaman dulu kot.

belajar guna back hoe.

aigooooo.

kecik kecik dan pndai guna back hoe.

turn abg dia plop!

'auuummmm' kata dinosaur tersebut. 

bersama patung.?

aku dulu praktikal kat site kot!

ni antara awek awek volunteer. thehehehe.

dah mcm patung tu dah aku tengok.




-_- whatever things happen, family comes first. do remember.