Tuesday, October 9, 2012

Rencana Hari Ini

Hello dan salam sejahtera.


okai lama dah tak tulis ni. sekarang dah masuk minggu ke lima, kot. dengan berbekalkan kelas dua hari je seminggu, tahap kemalasan diriku ini semakin meningkat. tajuk fyp dah dapat. minggu ni kena siapkan slide proposal untuk dibentangkan. aduh. memang tiada idea langsung.

sekarang jam di handphone menunjukkan pukul 1.09 am. yeah. masih tak tidur. bukan buat kerja pun, cuma merasa nak online guna broadband. ouh ya, aku sekarang dah ada bb, bukan blackberry, tapi broadband. bukan apa, cuma senang sikit nak surf web web yg asyik kena block dengan line di wang ulu. tapi bb ni pula nak kena online dalam bilik baru laju. duduk luar memang kalah kelajuan nya dengan siput babi di tepi sawah padi ini.

minggu ni juga kena siapkan poster tentang LI aku dulu. baru tahu minggu lepas rupanya kena present poster tu minggu depan. aduh. memang memeningkan kepala sungguh. dah la tak tahu nak tulis apa, nak kena design lagi bagai publisher tu. memang bukan bidang aku. biarlah nanti lepas present proposal aku khamis ni baru buat.

ehem ehem ehem ehem. mata dah berat. baru makan ubat. sekarang ni kesihatan adalah perkara yg sangat penting. tidur dulu.




-_- aku tak suka gatal gatal. deng betul. sekian.



2 comments:

  1. gatal-gatal seronok la weh .
    merah2 je kulit .
    HAHA . (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha yup memang seronok gila. bila dah merah merah baru nampak baru mcm org putih sikit kan. ala ala kena sun bath gitu. hahahaha

      Delete