Wednesday, October 17, 2012

Mood Down

Assalamualaikum.


esok ada presentation poster LI. dah berkurun habis LI baru nak present poster bagai. agak menyusahkan di situ. bosan.

esok jugak ada test bahasa jepun. yes. aku ambil subjek wajib jepun sem ni. saja nak tambah pengetahuan sikit sikit pasal bahasa orang asing. senang sikit kalau nak pergi jepun nanti. kalau lah. lepas penat menghafal huruf huruf hiragana, rehat dulu utk malam ni. esok lepas present boleh sambung menghafal balik.

nak cerita sikit pasal aku yg menjadi stalker separuh masa. buka fb, twitter, mesti stalk si dia punya. dia dah tak private kan twitter dah, tak private fb dah, jadi aku membuat keputusan utk melakukan perkara yg sama. yelah kan, kata dah besar, dah tak perlu nak gaduh gaduh dah. peringatan kepada diri sendiri. 

setiap hari stalk benda yg sama. bosan? setakat ni tak. contoh mcm sekarang, tengah buat benda yg sama jugak. perkara lepas? jadikan pengajaran. mcm naik motor ke kereta ke, mata kena pandang ke depan, tapi sekali sekala kena pandang belakang juga supaya kita alert apa yg ada kat belakang kita. metafora aku di malam hari.

hari mood agak down, lepas balik dari dragon tadi. sebab? kalau cerita sebabnya memang tak rasional, memang tak 'aku'. dah la kena layan mcm tu, balik merempit dalam hujan pula. cuaca pun faham aku.






-_- mengimbas dan mengimbas dan mengimbas..




No comments:

Post a Comment