Sunday, October 28, 2012

Aku Buaya Emo yg Semakin Matang

Aaaaiiiiihhhhhhhhhhhhh..



mengeluh panjang. raya korban dah lepas semalam. pulang ke kampung sehari suntuk, balik singgah rumah makcik. begitulah urusan seharian semalam.

esok dah ahad. apa yg dirancang tidak menjadi. yup. kita kena sedar tak semua yg kita nak, kita selalu dapat. esok sepatutnya akan berlaku sebuah drama. drama kehidupan normal orang mcm aku. tapi tak menjadi. kehidupan.

its not fair. tak adil. itu alasan yg aku bagi. sebenarnya tuju kat aku. tak adil pada aku. ego setinggi gunung. ahhhhh. kesalahan yg sama. perkara yg sama. berulang. sentiasa berulang. benda yg sama.

yup. aku buaya. kepada yg tak kenal aku, ADIDO IALAH SEORANG BUAYA. BHAHAHAHA. tapi, yee ada tapinya, tu semua dulu. ahh. bukan buaya sgt pun, cuma metafora yg aku guna utk diri sendiri je. 

dulu aku layan ramai perempuan, bukan benda pelik, layan cuma perkara biasa, yg penting aku tak pernah abai kau. kau tetap nombor 1. aku bukan sekadar cakap, aku buktikan. aku usaha. tapi betul lah apa org cakap, bila dah tak sayang, bila dah bosan, jalan ceritanya tetap sama. 

aku bukan nak mengungkit, bukan nak mengadu, cuma nak menulis kisah pengalaman yg lepas. aku tak harap semua yg baca ni utk faham, aku cuma harap kau seorang faham dah cukup. wow. drama sangat.

kau dah jumpa pengganti, tapi aku tak. aku bukan lelaki baik mcm dalam filem nak wish semoga bahagia dgn pilihan hati. aku cuma harap aku hilang perasaan ni. aku kan buaya. aku kena biasakan ni.

usia semakin bertambah. aku bukan main main lagi. antara perasaan dan rasional. yg datang akan pergi. fikir mcm tu senang.

kau di sana, ya kau, kau takkan jumpa lelaki yg sayang kau mcm aku sayang kau, itu pasti (okai ni memang pinjam ayat filem).






-_- sekadar menginjak perkara lepas.






Wednesday, October 17, 2012

Mood Down

Assalamualaikum.


esok ada presentation poster LI. dah berkurun habis LI baru nak present poster bagai. agak menyusahkan di situ. bosan.

esok jugak ada test bahasa jepun. yes. aku ambil subjek wajib jepun sem ni. saja nak tambah pengetahuan sikit sikit pasal bahasa orang asing. senang sikit kalau nak pergi jepun nanti. kalau lah. lepas penat menghafal huruf huruf hiragana, rehat dulu utk malam ni. esok lepas present boleh sambung menghafal balik.

nak cerita sikit pasal aku yg menjadi stalker separuh masa. buka fb, twitter, mesti stalk si dia punya. dia dah tak private kan twitter dah, tak private fb dah, jadi aku membuat keputusan utk melakukan perkara yg sama. yelah kan, kata dah besar, dah tak perlu nak gaduh gaduh dah. peringatan kepada diri sendiri. 

setiap hari stalk benda yg sama. bosan? setakat ni tak. contoh mcm sekarang, tengah buat benda yg sama jugak. perkara lepas? jadikan pengajaran. mcm naik motor ke kereta ke, mata kena pandang ke depan, tapi sekali sekala kena pandang belakang juga supaya kita alert apa yg ada kat belakang kita. metafora aku di malam hari.

hari mood agak down, lepas balik dari dragon tadi. sebab? kalau cerita sebabnya memang tak rasional, memang tak 'aku'. dah la kena layan mcm tu, balik merempit dalam hujan pula. cuaca pun faham aku.






-_- mengimbas dan mengimbas dan mengimbas..




Saturday, October 13, 2012

Scrolling Down

selamat pagi buta.

aku scroll scroll scroll dan secara tiba tiba aku ternampak kamu. bagaimana caranya? hahaha

gila meroyan aku tengah tengah pagi buta ni. saja je. cuma kekadang terimbas kembali kenangan lama. bukan saja nak imbas, mungkin takdir kot. wah!

profile dibuka, timeline dibaca, ouhhh kita kena sedar benda lepas ialah benda lepas. abaikan saja dah cukup. tak perlu difikirkan sangat. jangan terlalu ikut perasaan. emo.

menyesal dengan keputusan masa lampau? tak. 

teringin kembali ke masa silam? ya.


-_- maybe.

Tuesday, October 9, 2012

Rencana Hari Ini

Hello dan salam sejahtera.


okai lama dah tak tulis ni. sekarang dah masuk minggu ke lima, kot. dengan berbekalkan kelas dua hari je seminggu, tahap kemalasan diriku ini semakin meningkat. tajuk fyp dah dapat. minggu ni kena siapkan slide proposal untuk dibentangkan. aduh. memang tiada idea langsung.

sekarang jam di handphone menunjukkan pukul 1.09 am. yeah. masih tak tidur. bukan buat kerja pun, cuma merasa nak online guna broadband. ouh ya, aku sekarang dah ada bb, bukan blackberry, tapi broadband. bukan apa, cuma senang sikit nak surf web web yg asyik kena block dengan line di wang ulu. tapi bb ni pula nak kena online dalam bilik baru laju. duduk luar memang kalah kelajuan nya dengan siput babi di tepi sawah padi ini.

minggu ni juga kena siapkan poster tentang LI aku dulu. baru tahu minggu lepas rupanya kena present poster tu minggu depan. aduh. memang memeningkan kepala sungguh. dah la tak tahu nak tulis apa, nak kena design lagi bagai publisher tu. memang bukan bidang aku. biarlah nanti lepas present proposal aku khamis ni baru buat.

ehem ehem ehem ehem. mata dah berat. baru makan ubat. sekarang ni kesihatan adalah perkara yg sangat penting. tidur dulu.




-_- aku tak suka gatal gatal. deng betul. sekian.