Saturday, August 25, 2012

Tetap EMO

Heyo0o0o0o0o!



lama jugak rasanya tak menulis kat sini. sebab aku sibuk. yaa aku memang sibuk kebelakangan ni. siang dgn praktikalnya, malam dgn part time nya. gigih mencari sesuap nasi.

dah seminggu raya. yaa raya dah seminggu dah. kalau nak cerita pasal raya, pendek kata raya tahun ni mcm biasa je. memang biasa dan sangat bersederhana. dengan pakaian seragam berwarna hijau seluruh keluargaku. pagi raya lepas selesai solat raya semua baru bergerak ke kampung. 

raya kat kampung pon tak lama, sekadar melunaskan hajat yg penting, berjumpa sanak saudara, atuk nenek semua, cukup sederhana. dan bagi kanak kanak, tujuan utama mestilah untuk mengumpul duit raya. rasanya aku pon begitu juga. erm erm.

lepas fikir fikir balik, aku rasa ni mungkin last raya aku sebagai seorang pelajar, rasanya tahun depan dah habis belajar dah. minta minta lah kan. bertukar giliran memberi duit raya pula. memang impian aku tu. 

masa raya, memang lumrah menghantar mesej ucapan raya. ramai orang aku send mesej raya, kecuali orang tu. bukan apa, sebab nombor dah tak ada. yaa flashback datang kembali. ish ish. rasanya sekarang dia tengah bahagia dengan orang lain kot. kan bagus mcm tu. oh oh.

esok hari sabtu. last day aku part time. memang berlambak pengalaman aku dapat. bergaul dan menyesuaikan diri dengan golongan 'minoriti', berdepan kerenah golongan 'majoriti', dan mcm mcm  lagi. aku tak akan lupa.

aku juga harap waktu praktikal aku ni cepat habis. lagi tinggal dua minggu je. tak lama dah rasanya. setiap hari lalu jalan yg sama, membuatkan otak aku ligat mengitar semula kisah silam. kan aku dah berfalsafah oh. 

minggu depan lecturer nak datang evaluate praktikal aku. kena bersedia dgn log book semua bagai ni. terasa semangat kemalasan di situ. 

aku cuma harap nak dapat banyak lagi pengalaman, tak kira baik atau buruk. cuba utk menjadi lebih baik, tapi dalam masa yg sama tetap EMO. 



-_- nak potong rambut pendek sikit tapi tetap EMO.