Thursday, July 5, 2012

Do Not EVER Look Down To Others

Assalamualaikum,

walaupun aku duduk rumah skg, mmg lama rasanya aku tak update entry baru. yelah kan semenjak dah jadi org berkerjaya ni, LI pon kerjaya jugak lah k, aku semakin bz. maksudnya sibuk. siang pergi site, malam part time plop, gila agak cekang lah. semuanya kerana duit. bhahahahahaq.

okai kali ni nak cerita pasal LI. tempat aku kerja tu, dekat tapak pembinaan dekat batu 9 tmn intan perdana port dickson. projeknya membina sekolah. sekolah rendah dan sekolah menengah dalam satu kawasan. hebat. tp menyusahkan. okai aku kerja start jam 8 sampai 5. tiap hari mesti aku paling awal, tggu akak akak tu diorg mmg lambat skit. baru aku tahu itu perkara biasa. ouhhh.

kerja aku sebenarnya aku pon tak tahu. ekot je cakap akak akak tu. dlm site office aku ada 5 org je. boleh jadi akrab. nice.

cukup tu je cerita pasal LI aku nanti aku sambung. entry ni sbnanya nak story pasal pengalaman seorg kwn aku. beliau kerja sbg cashier biasa je. pengalaman beliau ialah dimarahi seteruk teruknya oleh customer. lagi lagi cacian dan komen komen berbentuk perlian dan penghinaan. 

aku pon penah rasa semua tu. kadang aku pelik, kenapa suka pandang rendah dgn org yg kerja biasa biasa ni? org kerja cari rezeki halal. ada yg menghina, memaki dan sbgnya. aku dah byk observe (ckp omputeh sat) jenis manusia manusia ni, ada yg pandang gila gila rendah kat org yg kerja cthnya jurupam minyak dan cashier. aku tak kesah sgt sbb aku boleh faham manusia ni lain lain, tp mcm mana dgn sorg ayah, mak, yg kerja mcm ni just utk cari rezeki utk keluarga tp selalu dimarah, dimaki, ditengking? come on lah dorg manusia jugak, ada hati, ada perasaan, kalau nak tegur boleh je cara lembut. 

kita hidup ni jangan pandang rendah kat org lain, aku igt kan kat diri aku jugak, sbb manusia ni sbnanya sama je semua. bagi aku manusia bodoh ni ada dua jenis, manusia yg bodoh dlm belajar dan manusia yg bodoh jadi orang. biar jadi bodoh dlm belajar asalkan reti adab sopan, baik tingkah laku, drpd bodoh jadi orang yg tade perikemanusiaan langsung. org mcm ni betul betul bodoh, bagi aku.

jangan rasa diri kita tinggi sgt, sbb kalau kena tendang bontot tu confirm senang je jatuh ke bawah. remember.



-_- hidup kena bertamadun okai!




No comments:

Post a Comment