Friday, July 27, 2012

Tolong Respect

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

okai, dah nak masuk seminggu dah puasa. pejam celik pejam celik dekat berjuta kali lah baru sedar ha. kali ni bukan nak cerita apa sgt pon, cume sembang sembang kosong saja. 

semenjak berapa lama aku duduk kat site tu, macam macam ragam org aku tengok. dari pe'el (perangai) pekerja buruhnya sampailah pe'el bos paling atas.

semua org bekerja utk mencari duit. samalah pakcik makcik buruh tu. selalu aku tengok memang serius berat kerja dorang. dari pagi sampai petang kerja. ada yg dah ada family, nak cari rzeki utk anak anak katanya. 

orang yg bekerja susah payah utk cari duit, aku respect org macam ni. ada org tahu nak senang dari mula. ada org yg pandang rendah pakcik makcik buruh tu. tapi aku paling hormat org mcm ni. setiap org ada matlamat masing masing. lain org lain ragam.

ni aku bukan nak cerita apa pon sebenarnya. saja je update entry. esok kerja lagi. kerja kerja kerja. kalau nak cari duit kenalah kerja, duduk goyang kaki garu perut memang tak masuklah in come kan. deng.




-_- sila RESPECT org yg berusaha mencari rezeki tak kira kerja apa pon asalkan halal.




Tuesday, July 24, 2012

1st, Nightmare, then Strange but Beautiful

Assalamualaikum dan salam Ramadhan;

nightmare. yup. tu yg aku lalui dlm 2 hari lepas rasanya. ouh ni bukan nightmare yg biasa biasa org mimpi tu, ni mimpi buruk aku. 

kisahnya berkenaan dgn seseorang, yg masuk dalam mimpi aku, dan melakonkan satu adegan yg aku sangat tak nak tonton. nak cerita pon buat aku tade mood.

strange but beautiful. yup ni satu lagi kisah mimpi aku yg berlaku semalam. apabila aku mendaki satu puncak gunung ni, dan terjumpa seseorang yg aku tak kenal, dan berlakunya adegan adegan yg sweet ala ala kisah cinta zaman budak sekolah dulu plop. cekang.

mimpi ialah mainan tido. itu kata sesetengah orang lah. mungkin ya, mungkin tak. subjektif. bagi aku, mimpi hanya sekadar mimpi. walau kekadang boleh buat aku kehilangan mood. aku kan suka emo. memang sesuai.

dah masuk bulan ramadhan, hari ni 1st puasa sambil kerja (hanya praktikal), aku amek MC kerja petronas, atas sebab sebab tertentu. 

penghayatan bulan puasa ni sangat lah penting bagi aku. disambil menguji ketahanan diri, aku juga sangat berharap utk berubah menjadi lebih baek. "tolonglah berubah" kataku kpd diriku sendiri.




-_- berpesan kepada diri sendiri.





Thursday, July 5, 2012

Do Not EVER Look Down To Others

Assalamualaikum,

walaupun aku duduk rumah skg, mmg lama rasanya aku tak update entry baru. yelah kan semenjak dah jadi org berkerjaya ni, LI pon kerjaya jugak lah k, aku semakin bz. maksudnya sibuk. siang pergi site, malam part time plop, gila agak cekang lah. semuanya kerana duit. bhahahahahaq.

okai kali ni nak cerita pasal LI. tempat aku kerja tu, dekat tapak pembinaan dekat batu 9 tmn intan perdana port dickson. projeknya membina sekolah. sekolah rendah dan sekolah menengah dalam satu kawasan. hebat. tp menyusahkan. okai aku kerja start jam 8 sampai 5. tiap hari mesti aku paling awal, tggu akak akak tu diorg mmg lambat skit. baru aku tahu itu perkara biasa. ouhhh.

kerja aku sebenarnya aku pon tak tahu. ekot je cakap akak akak tu. dlm site office aku ada 5 org je. boleh jadi akrab. nice.

cukup tu je cerita pasal LI aku nanti aku sambung. entry ni sbnanya nak story pasal pengalaman seorg kwn aku. beliau kerja sbg cashier biasa je. pengalaman beliau ialah dimarahi seteruk teruknya oleh customer. lagi lagi cacian dan komen komen berbentuk perlian dan penghinaan. 

aku pon penah rasa semua tu. kadang aku pelik, kenapa suka pandang rendah dgn org yg kerja biasa biasa ni? org kerja cari rezeki halal. ada yg menghina, memaki dan sbgnya. aku dah byk observe (ckp omputeh sat) jenis manusia manusia ni, ada yg pandang gila gila rendah kat org yg kerja cthnya jurupam minyak dan cashier. aku tak kesah sgt sbb aku boleh faham manusia ni lain lain, tp mcm mana dgn sorg ayah, mak, yg kerja mcm ni just utk cari rezeki utk keluarga tp selalu dimarah, dimaki, ditengking? come on lah dorg manusia jugak, ada hati, ada perasaan, kalau nak tegur boleh je cara lembut. 

kita hidup ni jangan pandang rendah kat org lain, aku igt kan kat diri aku jugak, sbb manusia ni sbnanya sama je semua. bagi aku manusia bodoh ni ada dua jenis, manusia yg bodoh dlm belajar dan manusia yg bodoh jadi orang. biar jadi bodoh dlm belajar asalkan reti adab sopan, baik tingkah laku, drpd bodoh jadi orang yg tade perikemanusiaan langsung. org mcm ni betul betul bodoh, bagi aku.

jangan rasa diri kita tinggi sgt, sbb kalau kena tendang bontot tu confirm senang je jatuh ke bawah. remember.



-_- hidup kena bertamadun okai!