Thursday, February 9, 2012

Negeri Sembilan Daebak !

Ohaiyo;

haa entry kali ni pendek je kot. semalam aku pergi tengok bola Liga Super dekat stadium Paroi. sebenarnya dah lama gila aku tak pergi stadium. ouh sebenarnya ni baru kali kedua. hoh.

n9 vs t-team. mula mula n9 ketinggalan 0-1 tapi akhirnya dapat buat comeback dan menang 2-1. perghhh dah Man Utd dah aku tengok boleh kejar balik. aku rasa sebab aku datang tengok kot. haha.

alang alang dah sampai stadium aku pun rembat sehelai jersi. semstinya jersi n9. memang WOW lah suasana sebelum game dekat luar stadium. banyak plop kedai yg buka. punyalah semangat jadi aku sanggup lah mencari sehelai jersinya. aku cari yg paling murah saja. aku kan suka barang murah. heheh.

seronok sebenarnya perasaan tengok live ni. aku dengan suara serak serak basah ni dah mcm commentator dah asyik menjerit saja. rasa mcm nak masuk padang tu dan sepak sepak bola tu. 

tu jelah nak cerita kot. trimas kepada Safwan dan adiknya dan Nill Rashdan. hoho.






^__^ aku adalah seorang NINERS.





Monday, February 6, 2012

Tahniah Malaysia ! MU hebat juga !

Salam Maulidur Rasul kpd semua !

hari ni aku menulis lagi. rasa mcm lama tak menulis ha. apa kes? tiada kes. sebab tu tak menulis. hoha.

aku baru lepas tonton Chelsea vs MU. keputusannya 3-3. MU ketinggalan 3-0 tapi dapat kejar. gila hebat. sangat hebat. aku puji sebab aku penyokong MU. haha

tadi juga ada game Bahrain vs Malaysia. kesudahannya Malaysia tumpas 2-1. jadi kesimpulannya Malaysia dah terkeluar daripada saingan untuk ke Olimpik. sebab dah 4 game kalah. walaupun kalah aku tetap bangga dgn Malaysia sebab dah melayakkan diri ke pusingan ke 3. senang cerita Malaysia adalah salah satu pasukan daripada 12 pasukan terbaik Asia. Asia tu weh siapa tak bangga. Tanah tumpahnya darahku. Syabas Malaysia !

sambung cerita aku plop, sekarang dah masuk 2 minggu aku cuti. rasa kejap je. serius rasa kejap. minggu depan nak kena balik Perlis dah. adeh.

tak ada apa apa yg menarik sangat pon yg aku buat setiap hari. kemas rumah. ouh tu memang minat aku. aku suka kemas rumah. sesuai jadi menantu tak? haho

esok aku plan nak keluar pergi Jusco Seremban. nak bawa adik adik aku pergi kedai buku. aku sebenarnya nak guna voucher buku aku tu jadi alang alang esok beli utk adik aku sekali lah. yg dua orang budak sekolah rendah tu. haha.

esok adalah hari Isnin. masih cuti. untuk budak sekolah pon cuti juga. apa yg menarik pada hari Isnin? tak ada  apa apa. cuma hari yg biasa. sebab apa? sebab Monday Couple dah tak ada! Damn.

sambil melayan lagu lagu dalam playlist aku ni aku berfikir sejenak kan best kalau aku ada Monday Couple juga mcm Gary dgn Ji Hyo. hahaha!






^__^ mari melayan perasaan di tengah malam !