Wednesday, January 25, 2012

Mimpi Yang Gila

Hello !

tonight i'm gonna.......erk uh..tak reti aku nak speaking. not in the mood omputeh cakap. heheh. hari ni buat apa? ouh tak adalah apa apa sangat. cuma kerja kerja rumah biasa saja.

bangun pagi, aku mandi terus. ya aku memang suka cakap bila aku mandi terus lepas bangun. susah nak jadi tu. lepas tu aku pergi basuh kereta. semangat nih. memang dah pasang niat nak basuh sejak semalam. jadi tadi dengan lajunya aku membasuh luar dan dalam kereta tersebut. aku yang rajin. yes. hua hua.

lepas tu telefon rumah aku berbunyi. truutt trutt.

mak aku pun cakap "kejap lagi ada orang nak datang cepat kemas rumah".

wah ada orang nak datang meminang aku ke? aku berkata dalam hati. aku berdebar debar.

"untie lin nak datang", mak aku sambung. adeh. lesap terus angan angan ku. ouh ya untie lin tu ialah kakak angkat mak aku. dulu suami dia kerja dekat hotel corus batu 9 tu. tapi sekarang dah pindah dah. memang lama tak jumpa pun. anak anak dia pun dah besar. yang perempuan makin cun pula tu. heheh.

tak lama lepas tu untie lin tu pun sampai dengan family beliau dan bla bla bla beliau pun pulang. 

time petang pula aku pergi isi minyak dengan angin tayar kereta dekat petronas aku kerja dulu. jumpa lah sorang kakak ni yg kerja sama sama dulu tapi dia cuti lama sebab beranak. ingat nak sembang lama tapi ramai lah pula orang time tu. jadi lain kali pula lah.

tadi nak maghrib aku pergi rumah jiran aku ni. dia seorang kontraktor. aku nak tanya pasal LI (latihan industri) aku nanti. kemudian dia cakap dia boleh tolong. sekarang tinggal nak buat resume je. adeh. tak pernah buat ni. guane?

okai. semua kat atas ni cuma mukadimah saja. yg sebenarnya aku nak cerita (topik utama entry kali ni) pasal mimpi aku semalam. ya mimpi. yg orang cakap mimpi mainan tidur tu. semalam aku mimpi tentang si die. pelik. aku dah tak ingat bila last aku mimpi die. kisahnya macam ni...

time tu aku dekat tempat yg macam parking kereta aras atas pusat beli belah. aku tengah duduk atas motor aku. tak ingat aku tengah tunggu siapa masa tu. okai. kemudian aku ternampak dia tengah duduk atas motor juga tak jauh depan aku. sekali pandang macam kenal. tapi aku tak tegur. lepas beberapa minit datang lah 2 ke 3 orang mamat ni. die borak borak dengan dia orang. kemudian tiba tiba die k*** sorang mamat ni. aku ala ala terkejut lah kan. lepas tu die datang dekat aku. die cakap...

"ni helmet awak ek? tadi saya pinjam kejap"

aku yg terkedu hanya mampu mengangguk. lepas tu die blah macam tu saja. kemudian aku terdengar lagu 2PM ni "baby i'm your man iye iye". rupanya mesej masuk dekat handphone aku. aku terjaga. adeh.

haa tu lah aku nak cerita. pelik? entahlah. mimpi bagi aku biasa. tapi yg semalam? orang cakap kalau kita mimpi pasal sorang tu maknanya orang tu ingat dekat kita. aku tak tahu. heheh.

apa apa pun esok aku nak pergi bank. ada banyak benda nak buat ni. selamat membaca (kalau ada orang baca lah) heheh





^__^ gila punya mimpi




No comments:

Post a Comment