Thursday, January 26, 2012

Mimpi Gila. Lagi.

Ohaiyo;

semalam aku mimpi lagi. kali ni pasal org lain plop. aigoo kenapa entah asyik mcm ni. yg kisah semalam lain plop. begini kisahnya....

time tu aku tengah ada dekat satu rumah ni. aku tak tahu mcm mana aku boleh ada kat rumah tu. bila aku masuk je aku terus nampak sorang awek ni. yup. org yg memang aku kenal sangat. rupa dia tak berubah. kemudian dia tiba tiba cakap..

"baik awak pergi nanti ada org nampak".

aku yg terkedu pun terus mem-blah-kan diri dari situ. aku blur. apa motif aku pun tak tahu. pelik. macam semalam. 

lagi tadi pagi lepas bangun aku pergi bayar duit cukai pintu dekat MDPD sana tu. korang mesti tak tahu kan. lepas tu aku pergi pekan (sebenarnya dah bandar dah PD ni) sebab nak pergi bank mcm yg aku cakap semalam. aku kalau dah kat pekan apa lagi memang aku akan singgah kedai buku cina tu. memang tempat aku selalu usha barang (buku) (@ majalah) aku lah. tadi usha usha kreko tak keluar lagi. 

tiba tiba ternampak hajime kindaichi. perghh. lama gila tak keluar. tengok tarikh disember 2011. wah. aku memang minat gila kindaichi ni. apa lagi aku beli terus. sengan surat khabar star skali. konon baca paper english lah padahal aku suka tengok gambar je. 

tadi malam aku pergi mcd. a'ah yg baru buka tu. bawa lah adik adik aku dua orang ni. saja. nak bagi merasa mcd kat PD. tapi dorang pakai duit sendiri lah. haha.

itu jelah kisah pasal apa aku buat hari ni. selebihnya macam biasa makan tidur bla bla bla. esok nak kena hantar mak dengan along pergi mana entah. aku boleh je.

tapi sekarang nak tunggu bola dulu. kejap lagi ada game yg agak besar. kalau mata ni laratlah.




^__^ pelik pelik mimpi zaman sekarang





2 comments:

  1. haha...semua nye pasal adi memang pelik pelik...

    ReplyDelete