Monday, January 30, 2012

Hari Yang Penat

Yo;

hari ni setel dah. hari yg memenatkan. tadi rumah aku ada buat tahlil sikit. makanan semua masak sendiri. layan tetamu. mengemas. menghidang. membasuh. macam macam lagi. semua family aku penat sampai ada yg demam dah.

sekarang dah masuk seminggu dah aku duduk rumah. memang heaven. yelah. tak ada fikir pasal study ke homework ke class ke. tapi masih lagi ada sikit kerja yg kena setelkan. resume tak siap lagi. report utk panjat gunung dulu tak siap lagi. ada lagi 2 minggu cuti, jadi mulai esok kena start setelkan satu satu. azam tuh.

esok adik adik aku dah start sekolah. jadi rutin aku akan jadi mcm biasa. bangun pagi hantar dorang ke bas, kemas kemas rumah sikit, kemudian tidur balik. ouhh yeah jangan jadi malas esok pun cukuplah.

2 minggu lagi dekat sini. aku rasa rambut aku akan pendek lepas nih. nak try stail lain plop. haha. tengok lah mcm mana nanti. adik aku suruh pergi potong dekat kedai plop. dah berapa tahun tak pergi potong dekat kedai dah ha. aigoo.

motor aku plop bila entah nak sampai. mungkin esok kot. sabo jolah. 

mesej die hari itu aku masih simpan lagi. nak delete? aku tak tahu. aishh.








^__^ maybe.




Thursday, January 26, 2012

Mimpi Gila. Lagi.

Ohaiyo;

semalam aku mimpi lagi. kali ni pasal org lain plop. aigoo kenapa entah asyik mcm ni. yg kisah semalam lain plop. begini kisahnya....

time tu aku tengah ada dekat satu rumah ni. aku tak tahu mcm mana aku boleh ada kat rumah tu. bila aku masuk je aku terus nampak sorang awek ni. yup. org yg memang aku kenal sangat. rupa dia tak berubah. kemudian dia tiba tiba cakap..

"baik awak pergi nanti ada org nampak".

aku yg terkedu pun terus mem-blah-kan diri dari situ. aku blur. apa motif aku pun tak tahu. pelik. macam semalam. 

lagi tadi pagi lepas bangun aku pergi bayar duit cukai pintu dekat MDPD sana tu. korang mesti tak tahu kan. lepas tu aku pergi pekan (sebenarnya dah bandar dah PD ni) sebab nak pergi bank mcm yg aku cakap semalam. aku kalau dah kat pekan apa lagi memang aku akan singgah kedai buku cina tu. memang tempat aku selalu usha barang (buku) (@ majalah) aku lah. tadi usha usha kreko tak keluar lagi. 

tiba tiba ternampak hajime kindaichi. perghh. lama gila tak keluar. tengok tarikh disember 2011. wah. aku memang minat gila kindaichi ni. apa lagi aku beli terus. sengan surat khabar star skali. konon baca paper english lah padahal aku suka tengok gambar je. 

tadi malam aku pergi mcd. a'ah yg baru buka tu. bawa lah adik adik aku dua orang ni. saja. nak bagi merasa mcd kat PD. tapi dorang pakai duit sendiri lah. haha.

itu jelah kisah pasal apa aku buat hari ni. selebihnya macam biasa makan tidur bla bla bla. esok nak kena hantar mak dengan along pergi mana entah. aku boleh je.

tapi sekarang nak tunggu bola dulu. kejap lagi ada game yg agak besar. kalau mata ni laratlah.




^__^ pelik pelik mimpi zaman sekarang





Wednesday, January 25, 2012

Mimpi Yang Gila

Hello !

tonight i'm gonna.......erk uh..tak reti aku nak speaking. not in the mood omputeh cakap. heheh. hari ni buat apa? ouh tak adalah apa apa sangat. cuma kerja kerja rumah biasa saja.

bangun pagi, aku mandi terus. ya aku memang suka cakap bila aku mandi terus lepas bangun. susah nak jadi tu. lepas tu aku pergi basuh kereta. semangat nih. memang dah pasang niat nak basuh sejak semalam. jadi tadi dengan lajunya aku membasuh luar dan dalam kereta tersebut. aku yang rajin. yes. hua hua.

lepas tu telefon rumah aku berbunyi. truutt trutt.

mak aku pun cakap "kejap lagi ada orang nak datang cepat kemas rumah".

wah ada orang nak datang meminang aku ke? aku berkata dalam hati. aku berdebar debar.

"untie lin nak datang", mak aku sambung. adeh. lesap terus angan angan ku. ouh ya untie lin tu ialah kakak angkat mak aku. dulu suami dia kerja dekat hotel corus batu 9 tu. tapi sekarang dah pindah dah. memang lama tak jumpa pun. anak anak dia pun dah besar. yang perempuan makin cun pula tu. heheh.

tak lama lepas tu untie lin tu pun sampai dengan family beliau dan bla bla bla beliau pun pulang. 

time petang pula aku pergi isi minyak dengan angin tayar kereta dekat petronas aku kerja dulu. jumpa lah sorang kakak ni yg kerja sama sama dulu tapi dia cuti lama sebab beranak. ingat nak sembang lama tapi ramai lah pula orang time tu. jadi lain kali pula lah.

tadi nak maghrib aku pergi rumah jiran aku ni. dia seorang kontraktor. aku nak tanya pasal LI (latihan industri) aku nanti. kemudian dia cakap dia boleh tolong. sekarang tinggal nak buat resume je. adeh. tak pernah buat ni. guane?

okai. semua kat atas ni cuma mukadimah saja. yg sebenarnya aku nak cerita (topik utama entry kali ni) pasal mimpi aku semalam. ya mimpi. yg orang cakap mimpi mainan tidur tu. semalam aku mimpi tentang si die. pelik. aku dah tak ingat bila last aku mimpi die. kisahnya macam ni...

time tu aku dekat tempat yg macam parking kereta aras atas pusat beli belah. aku tengah duduk atas motor aku. tak ingat aku tengah tunggu siapa masa tu. okai. kemudian aku ternampak dia tengah duduk atas motor juga tak jauh depan aku. sekali pandang macam kenal. tapi aku tak tegur. lepas beberapa minit datang lah 2 ke 3 orang mamat ni. die borak borak dengan dia orang. kemudian tiba tiba die k*** sorang mamat ni. aku ala ala terkejut lah kan. lepas tu die datang dekat aku. die cakap...

"ni helmet awak ek? tadi saya pinjam kejap"

aku yg terkedu hanya mampu mengangguk. lepas tu die blah macam tu saja. kemudian aku terdengar lagu 2PM ni "baby i'm your man iye iye". rupanya mesej masuk dekat handphone aku. aku terjaga. adeh.

haa tu lah aku nak cerita. pelik? entahlah. mimpi bagi aku biasa. tapi yg semalam? orang cakap kalau kita mimpi pasal sorang tu maknanya orang tu ingat dekat kita. aku tak tahu. heheh.

apa apa pun esok aku nak pergi bank. ada banyak benda nak buat ni. selamat membaca (kalau ada orang baca lah) heheh





^__^ gila punya mimpi




Tuesday, January 24, 2012

Lepas Lama Senyap

Yo;

bersarang? ya. memang dah bersarang blog ini. sebab kat wang ulu ni aku tak boleh nak update. apa kena entah line internet nya. mengong.

so hari ni, malam ni, aku nak sambung sikit la pasal kehidupan ku. ouh ya sekarang aku dekat rumah. tengah cuti 3 minggu. 

nak cerita pasal apa? tak tahu sebenarnya. sekarang tengah dengar lagu IU ni. besh juga. banyak juga lagu korea yg baru aku layan. contohnya


video
ni lagu MBLAQ. try layan memang sedih. malas nak cerita, layan sendiri dulu okai.


video
yg ni pun boleh tahan. IU memang cumil sangat.


sebenarnya banyak lagilah. malam malam yg dingin ni memang besh layan lagu lagu mcm ni. boleh buat teringat kisah lama. ish. 

nak tulis apa lagi? post sikit sikit sudah lah. lepas ni on lagi. kbai.



^__^ you cry, i cry.