Thursday, November 1, 2012

Perubahan yg Klise

Menguap sambil melayan lagu yg sama;


esok malam nak gerak dah. bus 10.45. mayangsari. tiket cepat betul habis kali ni. melepas intercity aku. tak apa 2 minggu lagi balik lagi. i'll be back, bak kata arnold susahnakeja.

jam menunjukkan sekitar 3 am. ya aku masih segar menunggu game chelsea man utd. yelah kalau kat sana bila lagi nak tengok. kat rumah ni je lah boleh layan.

keadaan dari parah menjadi semakin okai. dua tiga hari tidak bertegur sapa masih okai. agaknya masa depan akan okai. okai okai okai. 

betul macam apa org selalu cakap, "doakan kebahagiaan org yg kita sayang, walau itu bermaksud die bahagia bersama orang lain". aahhhhhhhh menyampah. gedik. bosan. klise.

aku tak pernah menyesal dengan perkara lalu, itu yg paling penting. semua orang patut begitu. semua orang yg ada kisah seperti aku. 

aku selalu cakap, dunia berubah, manusia berubah, tapi walau banyak mana berubah pun, mesti akan ada yg masih sama. perasaan. itulah aku yg emo.

balik esok harap aku berubah. sedikit demi sedikit.



-_- the heck.




Sunday, October 28, 2012

Aku Buaya Emo yg Semakin Matang

Aaaaiiiiihhhhhhhhhhhhh..



mengeluh panjang. raya korban dah lepas semalam. pulang ke kampung sehari suntuk, balik singgah rumah makcik. begitulah urusan seharian semalam.

esok dah ahad. apa yg dirancang tidak menjadi. yup. kita kena sedar tak semua yg kita nak, kita selalu dapat. esok sepatutnya akan berlaku sebuah drama. drama kehidupan normal orang mcm aku. tapi tak menjadi. kehidupan.

its not fair. tak adil. itu alasan yg aku bagi. sebenarnya tuju kat aku. tak adil pada aku. ego setinggi gunung. ahhhhh. kesalahan yg sama. perkara yg sama. berulang. sentiasa berulang. benda yg sama.

yup. aku buaya. kepada yg tak kenal aku, ADIDO IALAH SEORANG BUAYA. BHAHAHAHA. tapi, yee ada tapinya, tu semua dulu. ahh. bukan buaya sgt pun, cuma metafora yg aku guna utk diri sendiri je. 

dulu aku layan ramai perempuan, bukan benda pelik, layan cuma perkara biasa, yg penting aku tak pernah abai kau. kau tetap nombor 1. aku bukan sekadar cakap, aku buktikan. aku usaha. tapi betul lah apa org cakap, bila dah tak sayang, bila dah bosan, jalan ceritanya tetap sama. 

aku bukan nak mengungkit, bukan nak mengadu, cuma nak menulis kisah pengalaman yg lepas. aku tak harap semua yg baca ni utk faham, aku cuma harap kau seorang faham dah cukup. wow. drama sangat.

kau dah jumpa pengganti, tapi aku tak. aku bukan lelaki baik mcm dalam filem nak wish semoga bahagia dgn pilihan hati. aku cuma harap aku hilang perasaan ni. aku kan buaya. aku kena biasakan ni.

usia semakin bertambah. aku bukan main main lagi. antara perasaan dan rasional. yg datang akan pergi. fikir mcm tu senang.

kau di sana, ya kau, kau takkan jumpa lelaki yg sayang kau mcm aku sayang kau, itu pasti (okai ni memang pinjam ayat filem).






-_- sekadar menginjak perkara lepas.






Wednesday, October 17, 2012

Mood Down

Assalamualaikum.


esok ada presentation poster LI. dah berkurun habis LI baru nak present poster bagai. agak menyusahkan di situ. bosan.

esok jugak ada test bahasa jepun. yes. aku ambil subjek wajib jepun sem ni. saja nak tambah pengetahuan sikit sikit pasal bahasa orang asing. senang sikit kalau nak pergi jepun nanti. kalau lah. lepas penat menghafal huruf huruf hiragana, rehat dulu utk malam ni. esok lepas present boleh sambung menghafal balik.

nak cerita sikit pasal aku yg menjadi stalker separuh masa. buka fb, twitter, mesti stalk si dia punya. dia dah tak private kan twitter dah, tak private fb dah, jadi aku membuat keputusan utk melakukan perkara yg sama. yelah kan, kata dah besar, dah tak perlu nak gaduh gaduh dah. peringatan kepada diri sendiri. 

setiap hari stalk benda yg sama. bosan? setakat ni tak. contoh mcm sekarang, tengah buat benda yg sama jugak. perkara lepas? jadikan pengajaran. mcm naik motor ke kereta ke, mata kena pandang ke depan, tapi sekali sekala kena pandang belakang juga supaya kita alert apa yg ada kat belakang kita. metafora aku di malam hari.

hari mood agak down, lepas balik dari dragon tadi. sebab? kalau cerita sebabnya memang tak rasional, memang tak 'aku'. dah la kena layan mcm tu, balik merempit dalam hujan pula. cuaca pun faham aku.






-_- mengimbas dan mengimbas dan mengimbas..




Saturday, October 13, 2012

Scrolling Down

selamat pagi buta.

aku scroll scroll scroll dan secara tiba tiba aku ternampak kamu. bagaimana caranya? hahaha

gila meroyan aku tengah tengah pagi buta ni. saja je. cuma kekadang terimbas kembali kenangan lama. bukan saja nak imbas, mungkin takdir kot. wah!

profile dibuka, timeline dibaca, ouhhh kita kena sedar benda lepas ialah benda lepas. abaikan saja dah cukup. tak perlu difikirkan sangat. jangan terlalu ikut perasaan. emo.

menyesal dengan keputusan masa lampau? tak. 

teringin kembali ke masa silam? ya.


-_- maybe.

Tuesday, October 9, 2012

Rencana Hari Ini

Hello dan salam sejahtera.


okai lama dah tak tulis ni. sekarang dah masuk minggu ke lima, kot. dengan berbekalkan kelas dua hari je seminggu, tahap kemalasan diriku ini semakin meningkat. tajuk fyp dah dapat. minggu ni kena siapkan slide proposal untuk dibentangkan. aduh. memang tiada idea langsung.

sekarang jam di handphone menunjukkan pukul 1.09 am. yeah. masih tak tidur. bukan buat kerja pun, cuma merasa nak online guna broadband. ouh ya, aku sekarang dah ada bb, bukan blackberry, tapi broadband. bukan apa, cuma senang sikit nak surf web web yg asyik kena block dengan line di wang ulu. tapi bb ni pula nak kena online dalam bilik baru laju. duduk luar memang kalah kelajuan nya dengan siput babi di tepi sawah padi ini.

minggu ni juga kena siapkan poster tentang LI aku dulu. baru tahu minggu lepas rupanya kena present poster tu minggu depan. aduh. memang memeningkan kepala sungguh. dah la tak tahu nak tulis apa, nak kena design lagi bagai publisher tu. memang bukan bidang aku. biarlah nanti lepas present proposal aku khamis ni baru buat.

ehem ehem ehem ehem. mata dah berat. baru makan ubat. sekarang ni kesihatan adalah perkara yg sangat penting. tidur dulu.




-_- aku tak suka gatal gatal. deng betul. sekian.



Saturday, August 25, 2012

Tetap EMO

Heyo0o0o0o0o!



lama jugak rasanya tak menulis kat sini. sebab aku sibuk. yaa aku memang sibuk kebelakangan ni. siang dgn praktikalnya, malam dgn part time nya. gigih mencari sesuap nasi.

dah seminggu raya. yaa raya dah seminggu dah. kalau nak cerita pasal raya, pendek kata raya tahun ni mcm biasa je. memang biasa dan sangat bersederhana. dengan pakaian seragam berwarna hijau seluruh keluargaku. pagi raya lepas selesai solat raya semua baru bergerak ke kampung. 

raya kat kampung pon tak lama, sekadar melunaskan hajat yg penting, berjumpa sanak saudara, atuk nenek semua, cukup sederhana. dan bagi kanak kanak, tujuan utama mestilah untuk mengumpul duit raya. rasanya aku pon begitu juga. erm erm.

lepas fikir fikir balik, aku rasa ni mungkin last raya aku sebagai seorang pelajar, rasanya tahun depan dah habis belajar dah. minta minta lah kan. bertukar giliran memberi duit raya pula. memang impian aku tu. 

masa raya, memang lumrah menghantar mesej ucapan raya. ramai orang aku send mesej raya, kecuali orang tu. bukan apa, sebab nombor dah tak ada. yaa flashback datang kembali. ish ish. rasanya sekarang dia tengah bahagia dengan orang lain kot. kan bagus mcm tu. oh oh.

esok hari sabtu. last day aku part time. memang berlambak pengalaman aku dapat. bergaul dan menyesuaikan diri dengan golongan 'minoriti', berdepan kerenah golongan 'majoriti', dan mcm mcm  lagi. aku tak akan lupa.

aku juga harap waktu praktikal aku ni cepat habis. lagi tinggal dua minggu je. tak lama dah rasanya. setiap hari lalu jalan yg sama, membuatkan otak aku ligat mengitar semula kisah silam. kan aku dah berfalsafah oh. 

minggu depan lecturer nak datang evaluate praktikal aku. kena bersedia dgn log book semua bagai ni. terasa semangat kemalasan di situ. 

aku cuma harap nak dapat banyak lagi pengalaman, tak kira baik atau buruk. cuba utk menjadi lebih baik, tapi dalam masa yg sama tetap EMO. 



-_- nak potong rambut pendek sikit tapi tetap EMO.





Friday, July 27, 2012

Tolong Respect

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

okai, dah nak masuk seminggu dah puasa. pejam celik pejam celik dekat berjuta kali lah baru sedar ha. kali ni bukan nak cerita apa sgt pon, cume sembang sembang kosong saja. 

semenjak berapa lama aku duduk kat site tu, macam macam ragam org aku tengok. dari pe'el (perangai) pekerja buruhnya sampailah pe'el bos paling atas.

semua org bekerja utk mencari duit. samalah pakcik makcik buruh tu. selalu aku tengok memang serius berat kerja dorang. dari pagi sampai petang kerja. ada yg dah ada family, nak cari rzeki utk anak anak katanya. 

orang yg bekerja susah payah utk cari duit, aku respect org macam ni. ada org tahu nak senang dari mula. ada org yg pandang rendah pakcik makcik buruh tu. tapi aku paling hormat org mcm ni. setiap org ada matlamat masing masing. lain org lain ragam.

ni aku bukan nak cerita apa pon sebenarnya. saja je update entry. esok kerja lagi. kerja kerja kerja. kalau nak cari duit kenalah kerja, duduk goyang kaki garu perut memang tak masuklah in come kan. deng.




-_- sila RESPECT org yg berusaha mencari rezeki tak kira kerja apa pon asalkan halal.




Tuesday, July 24, 2012

1st, Nightmare, then Strange but Beautiful

Assalamualaikum dan salam Ramadhan;

nightmare. yup. tu yg aku lalui dlm 2 hari lepas rasanya. ouh ni bukan nightmare yg biasa biasa org mimpi tu, ni mimpi buruk aku. 

kisahnya berkenaan dgn seseorang, yg masuk dalam mimpi aku, dan melakonkan satu adegan yg aku sangat tak nak tonton. nak cerita pon buat aku tade mood.

strange but beautiful. yup ni satu lagi kisah mimpi aku yg berlaku semalam. apabila aku mendaki satu puncak gunung ni, dan terjumpa seseorang yg aku tak kenal, dan berlakunya adegan adegan yg sweet ala ala kisah cinta zaman budak sekolah dulu plop. cekang.

mimpi ialah mainan tido. itu kata sesetengah orang lah. mungkin ya, mungkin tak. subjektif. bagi aku, mimpi hanya sekadar mimpi. walau kekadang boleh buat aku kehilangan mood. aku kan suka emo. memang sesuai.

dah masuk bulan ramadhan, hari ni 1st puasa sambil kerja (hanya praktikal), aku amek MC kerja petronas, atas sebab sebab tertentu. 

penghayatan bulan puasa ni sangat lah penting bagi aku. disambil menguji ketahanan diri, aku juga sangat berharap utk berubah menjadi lebih baek. "tolonglah berubah" kataku kpd diriku sendiri.




-_- berpesan kepada diri sendiri.





Thursday, July 5, 2012

Do Not EVER Look Down To Others

Assalamualaikum,

walaupun aku duduk rumah skg, mmg lama rasanya aku tak update entry baru. yelah kan semenjak dah jadi org berkerjaya ni, LI pon kerjaya jugak lah k, aku semakin bz. maksudnya sibuk. siang pergi site, malam part time plop, gila agak cekang lah. semuanya kerana duit. bhahahahahaq.

okai kali ni nak cerita pasal LI. tempat aku kerja tu, dekat tapak pembinaan dekat batu 9 tmn intan perdana port dickson. projeknya membina sekolah. sekolah rendah dan sekolah menengah dalam satu kawasan. hebat. tp menyusahkan. okai aku kerja start jam 8 sampai 5. tiap hari mesti aku paling awal, tggu akak akak tu diorg mmg lambat skit. baru aku tahu itu perkara biasa. ouhhh.

kerja aku sebenarnya aku pon tak tahu. ekot je cakap akak akak tu. dlm site office aku ada 5 org je. boleh jadi akrab. nice.

cukup tu je cerita pasal LI aku nanti aku sambung. entry ni sbnanya nak story pasal pengalaman seorg kwn aku. beliau kerja sbg cashier biasa je. pengalaman beliau ialah dimarahi seteruk teruknya oleh customer. lagi lagi cacian dan komen komen berbentuk perlian dan penghinaan. 

aku pon penah rasa semua tu. kadang aku pelik, kenapa suka pandang rendah dgn org yg kerja biasa biasa ni? org kerja cari rezeki halal. ada yg menghina, memaki dan sbgnya. aku dah byk observe (ckp omputeh sat) jenis manusia manusia ni, ada yg pandang gila gila rendah kat org yg kerja cthnya jurupam minyak dan cashier. aku tak kesah sgt sbb aku boleh faham manusia ni lain lain, tp mcm mana dgn sorg ayah, mak, yg kerja mcm ni just utk cari rezeki utk keluarga tp selalu dimarah, dimaki, ditengking? come on lah dorg manusia jugak, ada hati, ada perasaan, kalau nak tegur boleh je cara lembut. 

kita hidup ni jangan pandang rendah kat org lain, aku igt kan kat diri aku jugak, sbb manusia ni sbnanya sama je semua. bagi aku manusia bodoh ni ada dua jenis, manusia yg bodoh dlm belajar dan manusia yg bodoh jadi orang. biar jadi bodoh dlm belajar asalkan reti adab sopan, baik tingkah laku, drpd bodoh jadi orang yg tade perikemanusiaan langsung. org mcm ni betul betul bodoh, bagi aku.

jangan rasa diri kita tinggi sgt, sbb kalau kena tendang bontot tu confirm senang je jatuh ke bawah. remember.



-_- hidup kena bertamadun okai!




Saturday, June 30, 2012

End

What's great about tonight?

After all this years, it all come to an end.

It is good.

Why?

Because I can be another person.

Seriously.

Fuck.

Friday, June 22, 2012

Kerja Di Site

Salam sejahtera;

apa khabar semua? ya aku pon baik juga. terima kasih.

entry kali ni cuma nak bercerita tentang "aku yg bekerja di site". ya sejak semalam aku dah mula bekerja di site. ouh ber-praktikal sebenarnya. sama jela. 

hari ni aku mula mula awal pagi dah disuruh buat detail utk semua ongoing work progress. aku speaking di situ. minta maaf. aku pun berjalan lah di semua kawasan site. ouh lupa nak bg tahu, site aku ni sebenarnya tengah bina sekolah, dua sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah dalam satu kawasan. kira gabung sekolah lah. hebat? 

aku jaga bahagian sekolah rendah. dah 70% siap. okai lepas habis aku jalan jalan semua aku pun balik site office. lepas tu aku diarahkan utk mengira lori yg keluar bawa tanah lebih utk kerja site clearance. sedang aku seronok menunggu tiba tiba hujan plop. kerja terhenti di situ dan semua bangla bangla mat indon pon berhenti kerja. 

dalam jam 1 sambung balik kerja tapi aku dapat tahu kerja site clearance ni tak boleh buat sebab tanah basah dan lori tak dapat masuk. jadi aku pon baliklah office. buhsan. buhsan. buhsan. tade kerja. then datang lah kakak kakak dan sorg lagi budak praktikal yg bhg QS punya ke site. akhirnya aku ada teman berborak. akhernya, seronok aku borak borak dgn budak tu pasal kerja building ni semua sampai jam 5. masa utk balik. dan aku pon balik. aku harap budak tu datang lagi temankan aku borak. fuh.

esok nak sambung kira lori. eloklah sekurangnya ada kerja nak buat. ni kalau tak bayangkan aku time berdiri tengah panas pon boleh nak tertido. punya lah tggi minat aku ngn tido. cekang.

okai aku tengah tggu bole sebenarnya ni, portugal maen. tapi lapaq lah plop. pergi cari makan dulu. sekian.





-_- esok bangun pagi pergi kerja. semangat sikit.






Monday, June 18, 2012

Bermula 3 Bulan!

Anyeong!

aku ber-korea sebentar utk satu perkataan. maksudnya 'hai!'

hari ni aku kat rumah. yeah bebeh. seronok? boleh lah. sebab? esok nak pergi praktikal dah. kat sini cuti esok, company tu aku tatau kerja ke tak esok, redah jelah dulu. kalau tutup, aku balik. apa susah.

sambil aku melayan radio korea ni, (betul aku tak tipu ni betul2 radio korea weh) aku menyambung entry aku yg sekali sekala aku update ni. 

hari ni nak cerita tak banyak sangat. ouh banyak sebenarnya, cuma tade mood nak cerita la plop. sebab esok mcm tade mood gila nak pegi praktikal tu. 

cerita mestilah dekat perlis sana punya cerita. cerita pasal aku. cerita dari hari ke hati (wah?). cerita klise yg dah biasa korang dengar, tapi tak pernah buhsan. ceritera.......

nanti aku sambung esok ke tengoklah nanti. tunggu esok pergi praktikal punya drama apa jadi. semoga seronok esok! ucap pada diri aku sendiri.





-_- aku bukan nak berjiwang, cuma bear ni nmpk cumil. 





Wednesday, May 16, 2012

Hidup Aku

Heyo semua.


entry pertama aku dekat perlis ni. walaupon dah nak final dah ha. memang lambat. ni pon sebab pinjam kawan punya bodben. bhahaha.

2 minggu lepas aku baru habis sukan antara skool. aku mcm biasa lah bawa team volley lelaki dan perempuan. tapi disebabkan masa game yg sama antara lelaki dan perempuan, jadi aku terpaksa menyerahkan team perempuan kpd kapten mereka. ni ha nak cerita bahawasanya team volley aku kali ni dapat no 4. ouh. peningkatan drpd tahun lepas. setiap tahun meningkat naik. sesuatu yg bagus. team perempuan plop kalah di suku akhir. okai lah tu. mari cuba lagi tahun depan.


nampak gaya aku spike? sampai hilang setengah tangan dan bola itu.


dengar captain cakap ni weh.


my volley team. aku puas hati. trimas.


final exam dah dekat. tinggal lagi seminggu setengah nak study week. aku plop mcm tak prepare apa lagi pon ha. bila nak berubah ni? 

erm erm erm nak cerita apa lagi? tempat praktikal dah dapat, alhamdulillah. dekat seremban officenya. aku kena hantar ke mana pon tak tahu lagi. yg aku dengar mungkin kena hantar ke site dekat satu taman dekat pd ni. tapi tak tahu lagilah mcm mana. tunggu jelah mana mana pon.

hujung minggu ni mungkin nak join explorace dekat wang ulu ni. minggu depan plop maybe join bola sepak 9 sebelah kat wang ulu ni jugak. yeah. lagi baik aku menyibukkan diri dari asyik tido je. 

tadi tengah hari pergi derma darah. yelah. tetiba aku memang minat gila nak derma darah ni. aku tahu aku 'baik'. terima kasih. 

cuaca malam ni panas sepoi sepoi tak reti bahasa. sambil melayan perasaan di malam hari, aku mula teringat pada si dia. aha hari tu aku ada mimpi si dia. peh. ini namanya gila meroyan. tapi tak apa. dah lama jugak tak rasa mcm ni. kadang kadang seronok jugak. hidup kena enjoy semua benda okai.





^__^ memang banyak fikir pasal si dia. wah. jiwang. gila. cukup. sekian. oyasumi nasai.







Monday, April 30, 2012

Tiga Cerita Hari Ini

Assalamualaikum kpd semua;

yaa hari ni, mlm ni aku menulis lagi. aha dia mai dah idea ni. haa. haa. byk sgt. okai. satu satu.

tadi aku keluar pegi makan dgn family. makan luar lah kiranya. bukan luar rumah. memang luar rumah lah maksudnya. maksudnya makan kat kedai. dalam kedai. kedai makan. okai pening? saja sebab lama dah rasa tak mkn luar ngn family. haha.

okai story kedua. tadi ptg pegi mandi laut bawa adik adik aku yg dua org tu. amato ngn alifo. sbb dah janji semalam. okai juga sbb aku pon dah lama tak rasa laut pd. tp tadi aku tak mandi pon. budak dua org tu je yg mandi. aku jadi fotografer sajer. aku kan memang suka ambil ambil gambar ni. jadi byk lah juga aku snap tadi, antaranya ialah..

ber-ga-bung !

ini nama aku 

kapal terbang tu terbang dekat je ngn bulan

air surut. pantai pd mmg cantik. aku suka pemandangannya.

panjang kan kaki aku?

aku tak paham dia cuba buat apa. ouh inilah alifo.

konon cuba utk terbang. lompat je sebenarnya.

dia cuba angkat laut tu. ouh inilah amato.

lihatlah keindahan pantai pd. banyak lagi pic, kalau nak tengok boleh contact aku.



okai story ketiga. aku plan nak stay up mlm ni. sebab nak tggu game MU dgn MCity jam 3 pagi jap lagi. jadi aku pon dah telan secawan nescafe dan tido 3 4 5 jam siang tadi. kalau tak tahan juga tak tahu lah. 

esok malam nak balik dah. memang terasa besh kot dapat balik ni. pada hal cuti weekend je pon. tak apa sebab nanti LI aku mmg duduk rumah je pon. dan aku dah fikir apa yg nak dibuat time tu. 

lepas ni entah bila aku boleh update blog ni. tengok line dan masa lapang aku jelah. okai setakat ni jelah. semoga bertemu lagi di lain hari dan masa.




^__^ okai aku mengaku aku RINDU.






Aku Kembali Dengan Pelbagai Warna Kehidupan! Wah Tajuk Tak Boleh Blah!

ehem ehem hey?!

lama gila. yup. lama gila tak update benda alah ni. berhabuk? bersawang? tade pon aku tengok. okai je skrin ni. habuk dan sawang tu cuma metafora tak berasas sebenarnya, bagi menambahkan ke-menarikkan ayat. ha ha ha.

aku menyepi sebab, sibuk. okai aku tipu. okai aku tipu lagi. aku memang sibuk pon dlm 2 3 bulan ni. macam macam ada. nak cerita byk sgt, antaranya memanjat gunung, explorace, bla bla bla..

sebenarnya aku dah lama tak update adalah disebabkan line kat wang ulu tu teruk tahap cipan. okai tipu lagi. tade lah teruk sgt tapi yg pelik bila aku try na post je tak boleh. yg laen boleh. adeh. jadi tu lah sebab sebenarnya. 

mcm mana aku boleh post entry ni? sebab sekarang aku dekat rumah! okai tipu lagi. aku dalam rumah di port dickson ni weh bebeh! aku balik sempena cuti yg tak panjang langsung ni. start hari jumaat sabtu ahad isnin dan selasa. hari isnin aku tade class langsung, hari selasa cuti hari pekerja, hari jumaat aku ponteng. SILA TIRU MACAM SAYA.

duduk rumah memang heaven. sebab aku sangat tenang dan relex di sini. tanpa perlu memikirkan subjek subjek pavement, concrete, steel, bla bla bla..

aha tetiba nak cerita satu kisah ni. aku ada suka sorg wanita ni tapi dia tak suka aku. klise. the end. okai tetiba lagi aku nak cerita kisah laen ni, kisah no 2. hari tu aku ada pergi panjat gunung dekat terengganu. peh. pertama  kali aku menjejakkan kaki di sana. osom. gunung kali ni (ni gunung ke tiga aku lead okai ouh aku sila jgn riak) lebih relex dan penuh dgn air terjun dan anak sungai dan jeram dan bla bla bla.. jadi aku berpeluang utk mandi dan berasa lebih selesa utk membuang air besar dan kecil. nah sikit pic utk tatapan semua....


team dr PPKAS yg aku lead. baju oren ialah encik guide no 1. (pic kabur)

ni air terjun chemerong, tmpat kami singgah menghilangkan lelah seketika. sangat menyegarkan!

ni hammock en guide no 2. gila cekang setting atas air. last2 bila mlm lari tido bawah sheet en guide no 1 jugak. sejuk weh kat sini!


aha begitu lah ceritanya serba sikit pengalaman panjat gunung. memang seronok gila dgn flora dan fauna yg tak pernah kita lihat. ontong memang ontong.

minggu depan ada interskool. pertandingan yg menjadi igauan anak muda spt aku. aku mcm biasa lead team volley kali ni. patutnya weekend ni ada training tp aku dah cabut dulu. entah apa jadi pon aku tatau. tapi aku tetap percaya pd pembantu aku. em em.

lupa nak ckp, beday aku ialah pada 26 april yg lepas. ya. khamis lepas. okai. ramai org wish kat facebook. setiap sorg aku balas. cekang. yg aku nak cerita ni pasal aku memberi hadiah kpd orang pada beday aku. unik kan? 




^__^ dah lama tak berperasaan begini. seronok juga! 





Thursday, February 9, 2012

Negeri Sembilan Daebak !

Ohaiyo;

haa entry kali ni pendek je kot. semalam aku pergi tengok bola Liga Super dekat stadium Paroi. sebenarnya dah lama gila aku tak pergi stadium. ouh sebenarnya ni baru kali kedua. hoh.

n9 vs t-team. mula mula n9 ketinggalan 0-1 tapi akhirnya dapat buat comeback dan menang 2-1. perghhh dah Man Utd dah aku tengok boleh kejar balik. aku rasa sebab aku datang tengok kot. haha.

alang alang dah sampai stadium aku pun rembat sehelai jersi. semstinya jersi n9. memang WOW lah suasana sebelum game dekat luar stadium. banyak plop kedai yg buka. punyalah semangat jadi aku sanggup lah mencari sehelai jersinya. aku cari yg paling murah saja. aku kan suka barang murah. heheh.

seronok sebenarnya perasaan tengok live ni. aku dengan suara serak serak basah ni dah mcm commentator dah asyik menjerit saja. rasa mcm nak masuk padang tu dan sepak sepak bola tu. 

tu jelah nak cerita kot. trimas kepada Safwan dan adiknya dan Nill Rashdan. hoho.






^__^ aku adalah seorang NINERS.





Monday, February 6, 2012

Tahniah Malaysia ! MU hebat juga !

Salam Maulidur Rasul kpd semua !

hari ni aku menulis lagi. rasa mcm lama tak menulis ha. apa kes? tiada kes. sebab tu tak menulis. hoha.

aku baru lepas tonton Chelsea vs MU. keputusannya 3-3. MU ketinggalan 3-0 tapi dapat kejar. gila hebat. sangat hebat. aku puji sebab aku penyokong MU. haha

tadi juga ada game Bahrain vs Malaysia. kesudahannya Malaysia tumpas 2-1. jadi kesimpulannya Malaysia dah terkeluar daripada saingan untuk ke Olimpik. sebab dah 4 game kalah. walaupun kalah aku tetap bangga dgn Malaysia sebab dah melayakkan diri ke pusingan ke 3. senang cerita Malaysia adalah salah satu pasukan daripada 12 pasukan terbaik Asia. Asia tu weh siapa tak bangga. Tanah tumpahnya darahku. Syabas Malaysia !

sambung cerita aku plop, sekarang dah masuk 2 minggu aku cuti. rasa kejap je. serius rasa kejap. minggu depan nak kena balik Perlis dah. adeh.

tak ada apa apa yg menarik sangat pon yg aku buat setiap hari. kemas rumah. ouh tu memang minat aku. aku suka kemas rumah. sesuai jadi menantu tak? haho

esok aku plan nak keluar pergi Jusco Seremban. nak bawa adik adik aku pergi kedai buku. aku sebenarnya nak guna voucher buku aku tu jadi alang alang esok beli utk adik aku sekali lah. yg dua orang budak sekolah rendah tu. haha.

esok adalah hari Isnin. masih cuti. untuk budak sekolah pon cuti juga. apa yg menarik pada hari Isnin? tak ada  apa apa. cuma hari yg biasa. sebab apa? sebab Monday Couple dah tak ada! Damn.

sambil melayan lagu lagu dalam playlist aku ni aku berfikir sejenak kan best kalau aku ada Monday Couple juga mcm Gary dgn Ji Hyo. hahaha!






^__^ mari melayan perasaan di tengah malam !






Monday, January 30, 2012

Hari Yang Penat

Yo;

hari ni setel dah. hari yg memenatkan. tadi rumah aku ada buat tahlil sikit. makanan semua masak sendiri. layan tetamu. mengemas. menghidang. membasuh. macam macam lagi. semua family aku penat sampai ada yg demam dah.

sekarang dah masuk seminggu dah aku duduk rumah. memang heaven. yelah. tak ada fikir pasal study ke homework ke class ke. tapi masih lagi ada sikit kerja yg kena setelkan. resume tak siap lagi. report utk panjat gunung dulu tak siap lagi. ada lagi 2 minggu cuti, jadi mulai esok kena start setelkan satu satu. azam tuh.

esok adik adik aku dah start sekolah. jadi rutin aku akan jadi mcm biasa. bangun pagi hantar dorang ke bas, kemas kemas rumah sikit, kemudian tidur balik. ouhh yeah jangan jadi malas esok pun cukuplah.

2 minggu lagi dekat sini. aku rasa rambut aku akan pendek lepas nih. nak try stail lain plop. haha. tengok lah mcm mana nanti. adik aku suruh pergi potong dekat kedai plop. dah berapa tahun tak pergi potong dekat kedai dah ha. aigoo.

motor aku plop bila entah nak sampai. mungkin esok kot. sabo jolah. 

mesej die hari itu aku masih simpan lagi. nak delete? aku tak tahu. aishh.








^__^ maybe.




Thursday, January 26, 2012

Mimpi Gila. Lagi.

Ohaiyo;

semalam aku mimpi lagi. kali ni pasal org lain plop. aigoo kenapa entah asyik mcm ni. yg kisah semalam lain plop. begini kisahnya....

time tu aku tengah ada dekat satu rumah ni. aku tak tahu mcm mana aku boleh ada kat rumah tu. bila aku masuk je aku terus nampak sorang awek ni. yup. org yg memang aku kenal sangat. rupa dia tak berubah. kemudian dia tiba tiba cakap..

"baik awak pergi nanti ada org nampak".

aku yg terkedu pun terus mem-blah-kan diri dari situ. aku blur. apa motif aku pun tak tahu. pelik. macam semalam. 

lagi tadi pagi lepas bangun aku pergi bayar duit cukai pintu dekat MDPD sana tu. korang mesti tak tahu kan. lepas tu aku pergi pekan (sebenarnya dah bandar dah PD ni) sebab nak pergi bank mcm yg aku cakap semalam. aku kalau dah kat pekan apa lagi memang aku akan singgah kedai buku cina tu. memang tempat aku selalu usha barang (buku) (@ majalah) aku lah. tadi usha usha kreko tak keluar lagi. 

tiba tiba ternampak hajime kindaichi. perghh. lama gila tak keluar. tengok tarikh disember 2011. wah. aku memang minat gila kindaichi ni. apa lagi aku beli terus. sengan surat khabar star skali. konon baca paper english lah padahal aku suka tengok gambar je. 

tadi malam aku pergi mcd. a'ah yg baru buka tu. bawa lah adik adik aku dua orang ni. saja. nak bagi merasa mcd kat PD. tapi dorang pakai duit sendiri lah. haha.

itu jelah kisah pasal apa aku buat hari ni. selebihnya macam biasa makan tidur bla bla bla. esok nak kena hantar mak dengan along pergi mana entah. aku boleh je.

tapi sekarang nak tunggu bola dulu. kejap lagi ada game yg agak besar. kalau mata ni laratlah.




^__^ pelik pelik mimpi zaman sekarang





Wednesday, January 25, 2012

Mimpi Yang Gila

Hello !

tonight i'm gonna.......erk uh..tak reti aku nak speaking. not in the mood omputeh cakap. heheh. hari ni buat apa? ouh tak adalah apa apa sangat. cuma kerja kerja rumah biasa saja.

bangun pagi, aku mandi terus. ya aku memang suka cakap bila aku mandi terus lepas bangun. susah nak jadi tu. lepas tu aku pergi basuh kereta. semangat nih. memang dah pasang niat nak basuh sejak semalam. jadi tadi dengan lajunya aku membasuh luar dan dalam kereta tersebut. aku yang rajin. yes. hua hua.

lepas tu telefon rumah aku berbunyi. truutt trutt.

mak aku pun cakap "kejap lagi ada orang nak datang cepat kemas rumah".

wah ada orang nak datang meminang aku ke? aku berkata dalam hati. aku berdebar debar.

"untie lin nak datang", mak aku sambung. adeh. lesap terus angan angan ku. ouh ya untie lin tu ialah kakak angkat mak aku. dulu suami dia kerja dekat hotel corus batu 9 tu. tapi sekarang dah pindah dah. memang lama tak jumpa pun. anak anak dia pun dah besar. yang perempuan makin cun pula tu. heheh.

tak lama lepas tu untie lin tu pun sampai dengan family beliau dan bla bla bla beliau pun pulang. 

time petang pula aku pergi isi minyak dengan angin tayar kereta dekat petronas aku kerja dulu. jumpa lah sorang kakak ni yg kerja sama sama dulu tapi dia cuti lama sebab beranak. ingat nak sembang lama tapi ramai lah pula orang time tu. jadi lain kali pula lah.

tadi nak maghrib aku pergi rumah jiran aku ni. dia seorang kontraktor. aku nak tanya pasal LI (latihan industri) aku nanti. kemudian dia cakap dia boleh tolong. sekarang tinggal nak buat resume je. adeh. tak pernah buat ni. guane?

okai. semua kat atas ni cuma mukadimah saja. yg sebenarnya aku nak cerita (topik utama entry kali ni) pasal mimpi aku semalam. ya mimpi. yg orang cakap mimpi mainan tidur tu. semalam aku mimpi tentang si die. pelik. aku dah tak ingat bila last aku mimpi die. kisahnya macam ni...

time tu aku dekat tempat yg macam parking kereta aras atas pusat beli belah. aku tengah duduk atas motor aku. tak ingat aku tengah tunggu siapa masa tu. okai. kemudian aku ternampak dia tengah duduk atas motor juga tak jauh depan aku. sekali pandang macam kenal. tapi aku tak tegur. lepas beberapa minit datang lah 2 ke 3 orang mamat ni. die borak borak dengan dia orang. kemudian tiba tiba die k*** sorang mamat ni. aku ala ala terkejut lah kan. lepas tu die datang dekat aku. die cakap...

"ni helmet awak ek? tadi saya pinjam kejap"

aku yg terkedu hanya mampu mengangguk. lepas tu die blah macam tu saja. kemudian aku terdengar lagu 2PM ni "baby i'm your man iye iye". rupanya mesej masuk dekat handphone aku. aku terjaga. adeh.

haa tu lah aku nak cerita. pelik? entahlah. mimpi bagi aku biasa. tapi yg semalam? orang cakap kalau kita mimpi pasal sorang tu maknanya orang tu ingat dekat kita. aku tak tahu. heheh.

apa apa pun esok aku nak pergi bank. ada banyak benda nak buat ni. selamat membaca (kalau ada orang baca lah) heheh





^__^ gila punya mimpi




Tuesday, January 24, 2012

Lepas Lama Senyap

Yo;

bersarang? ya. memang dah bersarang blog ini. sebab kat wang ulu ni aku tak boleh nak update. apa kena entah line internet nya. mengong.

so hari ni, malam ni, aku nak sambung sikit la pasal kehidupan ku. ouh ya sekarang aku dekat rumah. tengah cuti 3 minggu. 

nak cerita pasal apa? tak tahu sebenarnya. sekarang tengah dengar lagu IU ni. besh juga. banyak juga lagu korea yg baru aku layan. contohnya


video
ni lagu MBLAQ. try layan memang sedih. malas nak cerita, layan sendiri dulu okai.


video
yg ni pun boleh tahan. IU memang cumil sangat.


sebenarnya banyak lagilah. malam malam yg dingin ni memang besh layan lagu lagu mcm ni. boleh buat teringat kisah lama. ish. 

nak tulis apa lagi? post sikit sikit sudah lah. lepas ni on lagi. kbai.



^__^ you cry, i cry.