Friday, December 2, 2011

Lepas Petang Tadi

Arrghhh !

tengah malam + pagi yang segar ! sebab apa? sebab aku baru lepas mandi. memang aku tak mandi lagi sejak petang tadi. who cares. hahaha.

esok dah tiada class. jadi maknanya cuti jadi 3 hari. member plan nak pergi taman ular dekat jalan nak ke gua kelam. aku okai je. walau dah duduk perlis lebih 2 tahun, tak pernah sampai taman ular tu walaupun dah berapa ratus juta kali lalu. (aku menipu ni kalau korang percaya tak tahulah)

malam ni rasa macam tak nak tidur. sebab apa? study? homework? bukan. sebab tak remajalah tidur awal. kalau tak tidur langsung baru dewasa. 

tadi test design, pendek kata, dah nak terberak dah tadi. aku memang suka guna pakai perkataan terberak ni. serius tak dapat jawab. sekalung tahniah untuk aku.

lepas tu petang tadi juga dah lepas presentation thinking skills groupa aku. aku dengan penuh gaya memberi pembentangan dengan penuh spontan dan tak masuk akal tapi masih logik. tadi ada part aku cakap yang aku pun tak faham apa aku cakap. yang mendengar lagilah tak faham rasanya. tapi aku masih konfiden asalkan semua tak tahu yang aku tak faham. ada faham?

line dah nak tutup dah. jumpa lagi semua.



^__^ jom PES.




3 comments:

  1. woi,tlg belikan aku baju t shirt kt tmn ular...

    ReplyDelete
  2. lalu pernah lah taman ular tuh..tapi masuk taklagi...kalau best sila bagi tahu ye..hak3

    ReplyDelete
  3. wan - bak sini duet. aku hujung hujung sem ni dah pokai dah.

    cik iera - boleh boleh nanti aku bg tahu. huahuahua

    ReplyDelete