Tuesday, December 6, 2011

Entry Tak Best Pun

Errmmm~


ya, aku menulis lagi. kali ni nak tulis pasal apa? ya pasal futsal semalam. dapat sampai suku akhir saja. aduh. sorry geng.

tak banyak nak cerita kot. masa untuk peperiksaan dah dekat. tinggal lagi kurang sebulan. memang sangat dekat. jadi aku pun patut mula mengulangkaji pelajaran lah. bukan mengulangkaji blog. aduh lagi.

kelmarin aku ada add sorang budak ni dekat mukabuku. emm emm tak boleh cerita dekat sini kot. takpe nanti aku cerita juga. adeh.

esok rancangnya nak puasa. yelah. sunat kan. jadi tadi aku dah sahur, megi. bila dah selalu makan, dah rasa nasi dah megi tu. yang pedas aku rasa tawar. adeh lagi.

aihhh mulai sekarang kena mula fikir belajar saja dulu. jangan fikir benda lain dah. termasuk lah 'benda' itu. tambah lagi dengan kerja yang mungkin akan datang lagi. dah lah minggu depan kena masuk pertandingan apa benda entah. haram jadah betul.

dah dah dah. esok rasa nak pergi kelas naik bus. nak jimat minyak. lagi pun cuaca tak menentu, kadang tiba tiba hujan. lencun. okai. jumpa lagi.




^__^ aku macam tetiba semangat, tapi pasal benda lain lah.




No comments:

Post a Comment