Sunday, December 11, 2011

Entry Di Satu Petang

Hahaha !

petang petang ni lah aku tiba tiba terasa nak tulis blog. uh. tengah bosan lah ni. walaupun kerja berlmabak lambak lagi. tak habis habis.

esok dengar cerita ada game. aku memang nak main. tapi tengok keadaan jari ni dulu lah. tapi rasanya macam tetap nak main juga je.

bila exam makin dekat ni, terasa juga tekanan nya. adeh. 

petang ni ingat nak joging jelah. tunggu kalau kalau ada member nak join. konon nak kasi fit lah. alih alih cepat penat juga. adeh.

malam ni kena start study lah. serius. esok pula kena start jimat. memang mencatu lah nampaknya.





^__^ tak sabar tunggu esok ! heheh





Saturday, December 10, 2011

Amek !

Amek !

tu lah ko kan dah bengkak. apa boleh buat? kena rest seminggu kot. ouhhhh dem.



^__^ hish perasaan bercampur baur.





Thursday, December 8, 2011

Minta Maaf

Well;

aku pun rasa juga. serius. bukan aku saja saja nak buat macam ni. tapi lepas aku fikir masak masak, aku terpaksa. ini bukan ayat filem or drama mana mana, tapi ini serius aku cakap sendiri. minta maaf.

silap aku. salah aku. mungkin ini yang terbaik untuk kita. sebenarnya aku tak suka guna 'mungkin' tu. sebab dalam hal ni memang sangat tak sesuai. minta maaf.

tiada benda yang baik pun datang dari aku. yup memang tu salah satu alasan je. tapi aku tak boleh patah balik dah. minta maaf.

hahaha aku dah tiada masa nak fikir perempuan lain dah. serius. sebab banyak lagi benda penting untuk aku setelkan. minta maaf.

aku cuma boleh minta maaf saja. aihhh aku harap dapat buat lebih dari ni. walau apa pun, aku tak akan lupa kau. minta maaf.





^__^ masa depan panjang lagi kan?







Wednesday, December 7, 2011

Susah Lupa Ke?

Memang;

aku tahu memang susah nak lupakan sesorang tu. tapi bagi aku, kadang kadang kita tak perlu lupa pun, asalkan pandai mengimbangi antara lupa, tak ingat, dan tidak mempedulikan pun cukuplah.

macam gambar, bila masa semakin berlalu, warna gambar tu akan pudar, tapi gambar tu tetap ada kan?





^__^ hargailah seseorang itu. jangan jadi macam aku.





Tuesday, December 6, 2011

Entry Tak Best Pun

Errmmm~


ya, aku menulis lagi. kali ni nak tulis pasal apa? ya pasal futsal semalam. dapat sampai suku akhir saja. aduh. sorry geng.

tak banyak nak cerita kot. masa untuk peperiksaan dah dekat. tinggal lagi kurang sebulan. memang sangat dekat. jadi aku pun patut mula mengulangkaji pelajaran lah. bukan mengulangkaji blog. aduh lagi.

kelmarin aku ada add sorang budak ni dekat mukabuku. emm emm tak boleh cerita dekat sini kot. takpe nanti aku cerita juga. adeh.

esok rancangnya nak puasa. yelah. sunat kan. jadi tadi aku dah sahur, megi. bila dah selalu makan, dah rasa nasi dah megi tu. yang pedas aku rasa tawar. adeh lagi.

aihhh mulai sekarang kena mula fikir belajar saja dulu. jangan fikir benda lain dah. termasuk lah 'benda' itu. tambah lagi dengan kerja yang mungkin akan datang lagi. dah lah minggu depan kena masuk pertandingan apa benda entah. haram jadah betul.

dah dah dah. esok rasa nak pergi kelas naik bus. nak jimat minyak. lagi pun cuaca tak menentu, kadang tiba tiba hujan. lencun. okai. jumpa lagi.




^__^ aku macam tetiba semangat, tapi pasal benda lain lah.




Friday, December 2, 2011

Lepas Petang Tadi

Arrghhh !

tengah malam + pagi yang segar ! sebab apa? sebab aku baru lepas mandi. memang aku tak mandi lagi sejak petang tadi. who cares. hahaha.

esok dah tiada class. jadi maknanya cuti jadi 3 hari. member plan nak pergi taman ular dekat jalan nak ke gua kelam. aku okai je. walau dah duduk perlis lebih 2 tahun, tak pernah sampai taman ular tu walaupun dah berapa ratus juta kali lalu. (aku menipu ni kalau korang percaya tak tahulah)

malam ni rasa macam tak nak tidur. sebab apa? study? homework? bukan. sebab tak remajalah tidur awal. kalau tak tidur langsung baru dewasa. 

tadi test design, pendek kata, dah nak terberak dah tadi. aku memang suka guna pakai perkataan terberak ni. serius tak dapat jawab. sekalung tahniah untuk aku.

lepas tu petang tadi juga dah lepas presentation thinking skills groupa aku. aku dengan penuh gaya memberi pembentangan dengan penuh spontan dan tak masuk akal tapi masih logik. tadi ada part aku cakap yang aku pun tak faham apa aku cakap. yang mendengar lagilah tak faham rasanya. tapi aku masih konfiden asalkan semua tak tahu yang aku tak faham. ada faham?

line dah nak tutup dah. jumpa lagi semua.



^__^ jom PES.




Thursday, December 1, 2011

Malam Moody

Huh.

yes. another bad day. bad evening actually. 

tadi pergi main bola. senang cerita, aku main macam hampeh tadi. aku tak cukup gagah. aku tak cukup bagus. aku tak cukup hebat. itulah kesimpulannya.

nampak remeh, tapi entah kenapa..............aduh. mengong sebentar.

esok ada test design pula. patut time macam ni kena lagi elok sebab otak tengah laju sebab tension. tapi rasa mahu tidur pula. tapi dah minum nescafe dah tadi. konon konon sebab nak stay up lah. kalau tidur sekarang nanti rugi pula minum nescafe tu.

bila tengah mood serius ni, muka dan kelakuan juga kena serius. esok? mungkin serius juga. yes. muka ketatlah apa lagi. aku kisah apa.

aihhhh kena kuatkan diri mahu study dulu. huh.



^__^ sedia untuk hari esok.