Tuesday, November 29, 2011

Mari Berusaha.

okai !

sekarang dah tengah malam dah. dah masuk pagi dah pun. aku tengah stress banyak kerja. tapi macam malas nak buat. padan muka diri sendiri. heheh

rasa macam dah agak lama tak update blog ni. nak cerita lah sikit pasal apa yg berlaku dalam  2 3 4 5 6 7 hari ni. hari tu, kelmarin kot, tengok bola malaysia lawan bahrain. first half malaysia leading 1 - 0. second half jadi 2 - 0. tengah sedap sedap leading, masuk last 10 minutes, bahrain pula score 3 biji. adeh. malaysia lost 2- 3. kesilapan mentaliti dan disiplin ketika bertahan, tu pendapat aku lah. orang lain aku kisah apa. hahahah.

esok aku dengar akan ada test. yes. aku dah study lah sikit sikit. harap harap dapat ingat balik lah esok. jangan terberak dalam kuliah esok dah lah. huhahuha.

assignment berlambak. serious shit. memang banyak aku rasa. dateline ada yg lusa, ada yg tulat, ada juga yg cakap esok. aku semua tak siap lagi. terbaik. 

tapi tak apa, aku suka fikir positif. time time macam ni lah nak tengok otak kita boleh pakai ke tak. macam nak setel kan masalah waktu kecemasan. (aku panggil time macam ni waktu kecemasan =p). sekarang kena fokus buat assignment sikit sikit dulu. 

alright. masa untuk berhenti menulis. nanti tak siap pula kerja ni (macam lah nak buat sangat).

taking care yeah.




^__^ time ni kena guna critical thinking. 





2 comments:

  1. org banyak kerja tak update blog lah...pfffftttt :p

    ReplyDelete
  2. boleh je nak update. kena pandai bahagi masa lah. cewah ! huahuahua !

    ReplyDelete