Tuesday, November 22, 2011

Kisah Bola, Komen Sikit !

Haaa !

baru lepas tengok bola Malaysia lawan Indonesia untuk final sukan SEA. ouh dan keputusannya Malaysia menang ! yoohoo !

tadi tengok kat rumah saja. trimas dekat tv alvin. memang bergelora tengok tadi. lepas ketinggalan, Malaysia cuba bermati matian dan last last dapat gak gol penyamaan. hoho.

memang salute habis dekat player Malaysia tadi. diorang main bagai nak rak. bagi pendapat aku yang kurang profesional tadi, dua orang center back Malaysia memang hebat lah. gaya dia orang memang gaya profesional defender. jerit sana jerit sini bagi arahan. marah sana marah sini. fuh. awesome.

tadi bahagian tengah aku tengok kurang taktikal. tak main macam game sebelum ni. maybe sebab gurusamy main dulu kot. tapi kalau bab bertahan dia memang ok. hebat.

fadhli sas dan muslim memang gabungan hebat. belum terbaik lagi. tapi dalam jangka masa panjang aku konfiden dia orang boleh jadi lagi hebat.

secara umum memang Malaysia layak dipuji tadi. Indonesia pun. sebab sampai penalti, memang takdir lah. 

lagi dua hari Malaysia dengan team yang sama akan lawan Syria pula untuk kelayakan olimpik. apa yang penting sekarang, menang. itu saja. 





^__^ semangat ni !



2 comments:

  1. hahahaa!!! aku sokong!!! ngah, along ade tag ko kat blog aku.. mai le tgk.. :)

    ReplyDelete