Wednesday, November 9, 2011

Hari Ini Punya Kisah

Lolalola!

esok nak keluar pergi seremban kejap. nak cari barang sikit. sebenarnya nak cari satu barang je. nak tanya pasal tiket juga lah. 

tadi dah pergi ambil motor bapa aku yg dah lama hilang dulu. ambil dekat balai polis pd. ada jiran aku cakap motor tu ok lagi. tapi tadi aku tengok dah macam tongkang pecah dah aku tengok. ceh.

motor tu ditunda ke kedai motor sejurus aku mengambilnya. dah lah tayar pancit, punya lah susah nak tolak. tengah tolak ada lah pula kereta nak hon hon, tak nampak ke orang tengah kecemasan. bodoh bangang nak mampus punya orang. 

tauke kedai motor tu cakap lagi seminggu baru boleh siap. bayangkan lah macam mana hebatnya keadaan motor tu. 4 tahun tersadai kat balai polis sepang tu, baru minggu lepas dapat dekat balai pd. entah apa apa. mengong.

menjelang minggu depan, aku dah balik perlis. jadi hal ni aku serah kat adik aku jela. tadi aku dah setel dengan tauke kedai motor tu, pandai pandai la adik aku setel pula lepas ni. 

tadi pun aku baru lepak dekat petronas yg aku kerja dulu. aduh kenangan lama menggamit jiwa. huahuahua. dah ada pekerja baru time pagi. teringat masa aku kerja pagi dengan petang dulu. heheh.

esok nak keluar. pakai duit lagi. lepas ni balik perlis memang kena jimat habis lah. 



^__^ macam dengan kuda biru aku kat perlis tu agaknya. 




No comments:

Post a Comment