Wednesday, November 30, 2011

Cerita Tengah Malam Sikit !

Ouhhh !

dah jam 2.30 am dah sekarang. tengok ramai lagi member aku tengah menyetelkan assignment masing masing. termasuk lah aku. tapi aku dah setel dah tadi. tapi biasalah, kerja last minit, memang agak nak terberak lah. huahua

nasib baik tadi tak jadi test. fuh. ganti dengan hari khamis pula nanti. itu yang aku dengar lah. confirm ke tak, aku tak tahu. tapi apa apa pun esok masih ada untuk mengulangkaji pelajaran semula untuk menghadi test akan datang. macam lah study sangat. damn.

selain tu dalam kepala otak aku sekarang, aku tahu esok petang aku nak main bola. gila rasa macam dah lama tak main. memang tak sabar. hooh.

rasa macam banyak lagi nak tulis ni, tapi nanti nanti lah. masa macam tak mengizinkan lah pula. esok pagi seawal jam 6.30 pagi dah kena gerak hantar kawan ke airport. dia nak balik la esok. seronok gila. naik kapal terbang. rasa nak naik lagi. damn.

nanti jumpa lagi.



^__^ woot woot <3





Tuesday, November 29, 2011

Mari Berusaha.

okai !

sekarang dah tengah malam dah. dah masuk pagi dah pun. aku tengah stress banyak kerja. tapi macam malas nak buat. padan muka diri sendiri. heheh

rasa macam dah agak lama tak update blog ni. nak cerita lah sikit pasal apa yg berlaku dalam  2 3 4 5 6 7 hari ni. hari tu, kelmarin kot, tengok bola malaysia lawan bahrain. first half malaysia leading 1 - 0. second half jadi 2 - 0. tengah sedap sedap leading, masuk last 10 minutes, bahrain pula score 3 biji. adeh. malaysia lost 2- 3. kesilapan mentaliti dan disiplin ketika bertahan, tu pendapat aku lah. orang lain aku kisah apa. hahahah.

esok aku dengar akan ada test. yes. aku dah study lah sikit sikit. harap harap dapat ingat balik lah esok. jangan terberak dalam kuliah esok dah lah. huhahuha.

assignment berlambak. serious shit. memang banyak aku rasa. dateline ada yg lusa, ada yg tulat, ada juga yg cakap esok. aku semua tak siap lagi. terbaik. 

tapi tak apa, aku suka fikir positif. time time macam ni lah nak tengok otak kita boleh pakai ke tak. macam nak setel kan masalah waktu kecemasan. (aku panggil time macam ni waktu kecemasan =p). sekarang kena fokus buat assignment sikit sikit dulu. 

alright. masa untuk berhenti menulis. nanti tak siap pula kerja ni (macam lah nak buat sangat).

taking care yeah.




^__^ time ni kena guna critical thinking. 





Tuesday, November 22, 2011

Kisah Bola, Komen Sikit !

Haaa !

baru lepas tengok bola Malaysia lawan Indonesia untuk final sukan SEA. ouh dan keputusannya Malaysia menang ! yoohoo !

tadi tengok kat rumah saja. trimas dekat tv alvin. memang bergelora tengok tadi. lepas ketinggalan, Malaysia cuba bermati matian dan last last dapat gak gol penyamaan. hoho.

memang salute habis dekat player Malaysia tadi. diorang main bagai nak rak. bagi pendapat aku yang kurang profesional tadi, dua orang center back Malaysia memang hebat lah. gaya dia orang memang gaya profesional defender. jerit sana jerit sini bagi arahan. marah sana marah sini. fuh. awesome.

tadi bahagian tengah aku tengok kurang taktikal. tak main macam game sebelum ni. maybe sebab gurusamy main dulu kot. tapi kalau bab bertahan dia memang ok. hebat.

fadhli sas dan muslim memang gabungan hebat. belum terbaik lagi. tapi dalam jangka masa panjang aku konfiden dia orang boleh jadi lagi hebat.

secara umum memang Malaysia layak dipuji tadi. Indonesia pun. sebab sampai penalti, memang takdir lah. 

lagi dua hari Malaysia dengan team yang sama akan lawan Syria pula untuk kelayakan olimpik. apa yang penting sekarang, menang. itu saja. 





^__^ semangat ni !



Monday, November 21, 2011

Lepas Balik Kelas Nak Cerita Sikit

hep !

batuk, selesema, hingus melelehleleh, aduh menyeksakan. tapi aku tahu semua ni dugaan saja. tu lah badan tak fit macam ni lah jadinya. padan muka aku. dah tau pengajarannya dah sekarang.

sambil makan nasi yang lauknya ditapau dari shafaz, sambil minum teh o panas yang aku buat sendiri, sambil nak rasa semua panas time tengah sejuk ni (sebab hujan), aku nak merepek sebentar.

 sejak minggu lepas aku tak hepy dah. bukan sebab keluarga, bukan sebab perempuan, bukan sebab pelajaran, bukan sebab kewangan, tapi sebab....(huahua)

aku tahu aku tak hebat. tapi bila dah diberi peluang aku tak guna betul2 pula. nak menyesal sekarang pun tak guna dah sekarang. aigoo.

sekarang cuma tinggal satu pilihan. tengok petang ni macam mana. cuba yang terbaik. sepatutnya.


^__^ tolonglah berhenti hujan.




Friday, November 11, 2011

Short Trip To Back

Ha !

i saw her ! 

i'm not expecting this, but it did happened. 

i've told you ! uh what a mess.

^__^ part of me.

Just A Short Post

hep !

haha nothing much to say tonight. 

tomorrow gonna heading back to wang ulu. well, holidays over. aigoo.

just focus on what should be focused after this. 

ouh ya ! today is 11.11.11 ! what a day. hope all of you have a nice day !

mine was recalling some memories. =p

goodnight! 



^__^ hey hey look at my new hair style ! huahuahua



Thursday, November 10, 2011

Seremban Jap Tadi !

Ouhhh!

dah jam 3 pagi. tadi aku sanggup bangun cuma untuk menyambung download running man. huahua. kat rumah ni je lah boleh na download ke apa ke, balik wang ulu nanti dah tak boleh dah.

tadi aku dah pergi seremban, beli beg baru tu. he he. mula mula fikir nak beli yang dalam RM60 punya (mahal dah tu bagi aku), tapi bila fikir balik baik ambil yang murah je sebab bukan nak pakai selalu pun. jadi aku pun beli lah yang RM40 saja. 

alang alang dah sampai terminal 1 aku pun terus lah bertanya pasal tiket bus aku tu. jadi aku pun dah tahu lah platform mana yang perlu aku tunggu nanti. setel.

esom malam aku balik dah. aiseh sangat lah tak best. tapi tak apa sebab ada benda lain aku kena fikir time kat wang ulu nanti. 



^__^ ouhh beg baru. huahuahua.




Wednesday, November 9, 2011

Hari Ini Punya Kisah

Lolalola!

esok nak keluar pergi seremban kejap. nak cari barang sikit. sebenarnya nak cari satu barang je. nak tanya pasal tiket juga lah. 

tadi dah pergi ambil motor bapa aku yg dah lama hilang dulu. ambil dekat balai polis pd. ada jiran aku cakap motor tu ok lagi. tapi tadi aku tengok dah macam tongkang pecah dah aku tengok. ceh.

motor tu ditunda ke kedai motor sejurus aku mengambilnya. dah lah tayar pancit, punya lah susah nak tolak. tengah tolak ada lah pula kereta nak hon hon, tak nampak ke orang tengah kecemasan. bodoh bangang nak mampus punya orang. 

tauke kedai motor tu cakap lagi seminggu baru boleh siap. bayangkan lah macam mana hebatnya keadaan motor tu. 4 tahun tersadai kat balai polis sepang tu, baru minggu lepas dapat dekat balai pd. entah apa apa. mengong.

menjelang minggu depan, aku dah balik perlis. jadi hal ni aku serah kat adik aku jela. tadi aku dah setel dengan tauke kedai motor tu, pandai pandai la adik aku setel pula lepas ni. 

tadi pun aku baru lepak dekat petronas yg aku kerja dulu. aduh kenangan lama menggamit jiwa. huahuahua. dah ada pekerja baru time pagi. teringat masa aku kerja pagi dengan petang dulu. heheh.

esok nak keluar. pakai duit lagi. lepas ni balik perlis memang kena jimat habis lah. 



^__^ macam dengan kuda biru aku kat perlis tu agaknya. 




Monday, November 7, 2011

Kisah Hari Ini dan Esok

Heyoo!

tadi balik kampung kejap. dari pagi sampai petang. balik sebelum jam 5 sebab nak tengok bola malaysia lawan singapore. tapi seri lah pula. adeh.

plan untuk esok. nak pergi tunda motor yg dah lama hilang dekat balai polis. gerak dengan azim lah. cadangnya nak tunda sampai pd utama ni. gitulah rancangan nya.

dalam pada cuti ni banyak benda juga yang aku fikir. tapi yang paling aku fikir ialah apa yang aku nak buat lepas cuti ni. lepas naik class balik minggu depan. 

tiba tiba rasa kosong. pada hal macam macam dah jadi ni. ouh. aku mula merepek dah ni. jadi aku akan berhenti. dari cakap benda entah apa apa. ouhh.


^__^ terus hidup untuk hari esok! huahuahua



Update Back

Ish;

dah berzaman tak update ha. 

but for now i have got noting to say. just this,

i feel sad too. sometimes.

^__^ have a nice day tomorrow.