Saturday, September 10, 2011

Lastly, Lost Another Half of My Life.

That's it.

Semua cerita selama ni, dah habis. yup. tadi dah menjalankan misi mustahil. misi yg aku tak pernah terfikir aku akan buat. yg penting, dah setel.

malam terakhir aku kat PD ni. malam esok gerak dah. dalam masa lama lama aku cuti ni, aku cuma dapat satu perkara je sebenarnya. padam perkara lama. a'ah. benda yg dah berkarat, nak simpan pun tak guna. selama ni pun aku sorang je yg jaga benda berkarat tu.

kalau la masa boleh diulang. ayat paling aku tersentap. dalam hidup ni kita tak boleh balik ke masa dulu. tapi bila masa sekarang pun dah tak boleh jadi macam masa lalu, tak guna dah senua benda lama tu. 

6 tahun bukan sekejap, tapi rasa macam baru semalam berlaku. serius. benda yg aku nak bukan maaf, tapi kau. kalau biar lama lama, nanti bernanah jadinya.

dengan yg sekarang masih tak stabil, aku semakin penat. aku malas dah nak fikir semua ni. masa depan? biaq p lah.




^__^, i CAN live, without u





Friday, September 9, 2011

Sebelum Malam Esok

Lagi sehari setengah !

Ouh dem. masa cuti yg selama 3 bulan dah nak habis begitu saja. banyak yg aku dapat masa cuti ni. kalau nak cerita memang 7 hari 10 malam la gamaknya. 

kerja dan kehidupan, ringkas yg aku dapat time cuti ni. percintaan? boleh la. kenal seorang kawan baru, aku sayang dia. buekkkk. hahahaha

sabtu malam nanti aku akan naik bus ke perlis. a'ah la perlis dowh. aduuuuaiiii. sangat la malas. tapi macam ni la life kan, tak semua yg kita nak, kita dapat. 

tadi aku baru setel packing barang. bukan barang nak balik perlis, tapi barang yg aku perlukan utk setel kan hari esok. sepanjang 3 bulan cuti ni apa yg aku tunggu cuma malam esok. macam dalam drama. sebiji. 

esok malam aku gerak. plan dah ada, hasilnya tak tahu lagi lah. aku tak pernah buat macam ni. memang gila lah. apa nak jadi esok jadi lah. 

esok malam lepas setel projek aku, aku story lagi. tp macam lah ada org nak baca blog aku ni. hahahaha







^__^ final result tomorrow




Sunday, September 4, 2011

Kerja Lepas Raya

Seminggu je lagi kot.

Dah lama cuti dalam 3 bulan, sedar tak sedar masa dah tinggal lagi seminggu utk balik perlis. aku pula kena masuk kerja lagi. ada lah dalam 4 hari je sebab dah tak ada orang nak kerja. tak pe lah sekurang kurangnya dapat tambah duit poket sikit.

dalam seminggu ni aku ada benda nak kena buat. yee benda 'itu' yg dah lama disimpan niatnya buat perkasam. harap minggu depan berjalan dengan lancar. 

pasal raya hari tu, well mengumpul duit raya memang fokus utama. yelah aku ni memang mata duitan sikit. kekeke 

kalau dah kat perlis nanti aku rasa memang tak ada masa dah nak update blog ni. bukan sebab aku rajin belajar ke apa, tapi sebab line tenet kat sana dah macam siput kena strok. 

aha rasa macam dah mengantuk dah.





^__^ jom fokus kerja dulu yok