Friday, August 5, 2011

4th Puasa Waktu Off Kerja

Fuhh !

akhirnya. impian aku selama ini dah tercapai. maksud aku impian untuk membeli barang yang aku nak sangat tu. well, jam 9 pagi tadi aku bangun dan terus memulakan langkah menyetelkan apa yang perlu aku setelkan.

pergi pejabat tanah mula mula, tapi hal dekat sana tak dapat setel juga. perlu ambil masa lagi. then aku pergi tukar nombor plat kereta yang dah patah setelah disepak oleh adik aku. kedainya terletak di belakang billion. kedai aksesori kereta. alang alang dah sampai sana, macam macam aku tanya, tinted cermin lah, radio lah, center lock lah. pokoknya, kalau ada duit semua jalan.

jam menunjukkan 2.30 petang, lalu aku menyiapkan diri untuk pergi membeli barang itu. tempatnya terletak di seremban. aku ingat nak naik motor saja tapi bila tengok langit yang seakan akan hendak memuntahkan isinya, aku menukar plan lalu membawa kereta. 

memang tepat jangkaan aku, sampai saja di highway seremban-pd, hujan turun mencuraj curah. sampai seremban lagilah, lebat sangat. aku terus menuju ke lokasi aku itu.

sampai di kedai itu, aku usha usha barang yang ada sebentar, kemudian aku membuat keputusan muktamad. ouh akhirnya. setelah berapa lama aku mencari, kutemui juga. then aku membelu payung kerana hujan terlalu lebat untuk aku berjalan ke kereta. tak mengapa, berbaloi. then aku pun pulang ke rumah. itu lah ceritaku.



first and last time




^__^ tinggal langkah terakhir.




No comments:

Post a Comment