Tuesday, August 2, 2011

1st Puasa Sambil Kerja

Hari pertama puasa !

ouh pertama kali aku bekerja sambil berpuasa. mula mula rasa macam agak janggal tapi rupa rupanya biasa saja. lagi pun ketiadaan air telah membuatkan puasa hari ini lebih unik. 

aku datang kerja pagi tadi dalam jam 9, rupa rupanya aku macam kena masuk petang lah pula. sebab orang dah cukup pagi tu. tapi lepas berbincang akhirnya aku meneruskan kerja aku pagi tu sampai jam 6 petang tadi. 

aku ingat nak buat OT sampai jam 7, tapi mak aku mesej suruh balik awal sebab nak tolong angkat air. well, mak lagi penting kan ? esok aku boleh buat OT lagi.

apa yang menarik siang tadi ye ? aha aku jaga luar yakni sebagai jurupam berseorangan. kadang kadang aku malas isi minyak orang, aku duduk rehat sambil baca manga one piece yang aku bawa. 

selain tu kalau ada orang tua atau makcik pakcik yang memerlukan bantuan, aku bantu lah. bukan nak kata aku ni baik, tapi memang inilah diriku. mesti rasa nak lempang je muka aku ni kan ? kekeke

malam dah lewat sekarang. esok aku masuk 6.30 pagi, jadi lepas sahur tak boleh tidur lah gamaknya. jadi marilah tidur sekarang. nanti aku update lagi kalau tengah bosan.




^__^ bilalah nak cuti nih.




2 comments: