Monday, August 15, 2011

14th Puasa Waktu MC

Hoohooiii !

apa khabar semuanya baik yg berada di rumah mahu pun di studio. hari ni dah masuk hari ke 14 puasa. eyhhh dah setengah bulan lah ! pejam celik pejam celik dekat sejuta kali baru rasa dah sampai 14 hari ha. masa pantas berlalu. time is money bak kata pakcik trump.

hari ni aku cuti. bukan, mc sebenarnya. ouh bukan juga, aku malas sebenarnya. tersangat lah malas nak pergi kerja. tapi tak apa, esok aku masuk kerja semula. 

apa yg menarik hari ni? yaa lepas aku bangun jam 12 tengah hari tadi, aku pun bergegas mandi dan pergi ke the store untuk mencari penyelesaian masalah henfon aku ni. sampai kat kedai telefon dalam t.store tu aku pun tanya dekat apek kedai tu. 

"ini fon ha, bila saya mahu cas tak boley, before ni saya nak cas pun kena goyang goyang itu kaki charger, amcam ha bos?"

apek tu jawab,

"ouh mari sini saya cuba," apek tu mengeluarkan chargernya dan terus cucuk dalam lubang charger henfon aku tu.

"ha ini ok ni", 

aku dengan muka terkejut berkata,

"laa ini mesti masalah charger saya ni sebab charger saya tu pun macam dah longgar",

apek tu menjawab,

"tak apa u ambil ini charger bawa balik rumah test tengok kalau ok u tak payah kasi repair ini henfon",

jadi aku pun membeli charger yg berharga RM10 tu. balik rumah aku pun test. ouh alhamdullillah okai lah pula. tak ada lah terbang duit aku nak hantar repair henfon tu. haha.

lepas tu aku pun usha tefon lain. ouh galaxy mini hanya RM500 ! sangat rendah harganya berbanding yang aku tengok dekat kedai samsung hari tu. jadi tadi lepas berbuka aku pun pergi kedai apek tu semula untuk try test tefon tu. ouh sangat menarik hati ! 

aku pun pulang ke rumah dengan senyuman yg meleret.....




^__^ putih, aku mahu warna putih !






No comments:

Post a Comment