Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Dunia !

Selamat hari raya !

hohoho sedar tak sedar dah sebulan berlalu, sebulan berpuasa dan sekarang sudah tiba masa meninggalkan bulan yg penuh diberkati. 

puasa, ya, bunyi macam biasa tapi sebenarnya ianya sesuatu yg penuh bermakna. aku yg kurang ilmu dan iman di dada ni memang tak menggunakan sepenuhnya bulan ini, sebaliknya aku hanya menjalani kehidupan seperti biasa. aduh.

esok raya. yee raya. masa memang berlalu dengan pantas. lagi dua minggu aku nak balik perlis dah. menyambung perjuangan yg berbaki dua tahun. lama lagi tu weh!

esok nak balik kampung. selepas lawat kubur bapak, solat raya, baru gerak. harap harap perjalanan esok dipermudahkan olehNya. aminnn....




^__^ masa utk kumpul duit raya! thehee





Friday, August 26, 2011

25th Puasa Yg Biasa

Ermm..

di kala sedang melayan lagu geisha, cinta dan benci ni, aku mula terfikir, aku sebenarnya masih tak boleh membenci. adoii sangat memeningkan kepala aku. 

hari hari masih berjalan seperti biasa. bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, dan seterusnya. raya dah semakin dekat, aku masih tak bersedia apa apa lagi. 

dalam kedinginan pagi pagi buta sekarang ni, aku memang lemah. terlalu sensitif. ouh benci betul. akibatnya, pertengkaran mula tercetus. silap aku sendiri.

a'ah, aku memang suka menyalahkan diri sendiri dalam hal hal macam ni. ada masa aku salah, ada masa aku tak. tapi aku tetap salah. 

haih. mengeluh lagi. harap raya kali ni, aku semakin matang.




^__^ stay with one only




Thursday, August 18, 2011

17th Puasa yg Kucar Kacir

hum hum;

masuk kerja pagi, balik kerja petang. a'ah, memang agak penat lah. dah la pagi tadi agak kucar kacir, tapi syukur semua dapat di setel kan dengan baik.

short lagi ! aduh tapi nasib baik sebab 6 sen saja. raya dah makin dekat, nak kerja pun semakin malas. mengenangkan tak ada orang je kalau tak dah lama aku blah. 

aku dah fikir plan baik punya lepas raya ni. pertama dan terakhir kali punya plan. mungkin akan tak menjadi plan nya tapi aku akan pastikan plan nya jadi. begitu lah saja.




^__^ tunggulah kau lepas raya




Monday, August 15, 2011

14th Puasa Waktu MC

Hoohooiii !

apa khabar semuanya baik yg berada di rumah mahu pun di studio. hari ni dah masuk hari ke 14 puasa. eyhhh dah setengah bulan lah ! pejam celik pejam celik dekat sejuta kali baru rasa dah sampai 14 hari ha. masa pantas berlalu. time is money bak kata pakcik trump.

hari ni aku cuti. bukan, mc sebenarnya. ouh bukan juga, aku malas sebenarnya. tersangat lah malas nak pergi kerja. tapi tak apa, esok aku masuk kerja semula. 

apa yg menarik hari ni? yaa lepas aku bangun jam 12 tengah hari tadi, aku pun bergegas mandi dan pergi ke the store untuk mencari penyelesaian masalah henfon aku ni. sampai kat kedai telefon dalam t.store tu aku pun tanya dekat apek kedai tu. 

"ini fon ha, bila saya mahu cas tak boley, before ni saya nak cas pun kena goyang goyang itu kaki charger, amcam ha bos?"

apek tu jawab,

"ouh mari sini saya cuba," apek tu mengeluarkan chargernya dan terus cucuk dalam lubang charger henfon aku tu.

"ha ini ok ni", 

aku dengan muka terkejut berkata,

"laa ini mesti masalah charger saya ni sebab charger saya tu pun macam dah longgar",

apek tu menjawab,

"tak apa u ambil ini charger bawa balik rumah test tengok kalau ok u tak payah kasi repair ini henfon",

jadi aku pun membeli charger yg berharga RM10 tu. balik rumah aku pun test. ouh alhamdullillah okai lah pula. tak ada lah terbang duit aku nak hantar repair henfon tu. haha.

lepas tu aku pun usha tefon lain. ouh galaxy mini hanya RM500 ! sangat rendah harganya berbanding yang aku tengok dekat kedai samsung hari tu. jadi tadi lepas berbuka aku pun pergi kedai apek tu semula untuk try test tefon tu. ouh sangat menarik hati ! 

aku pun pulang ke rumah dengan senyuman yg meleret.....




^__^ putih, aku mahu warna putih !






Wednesday, August 10, 2011

9th Puasa Di Rumah

Hello hello ~

hari ni aku off. bukan offline, tapi off kerja. mula mula aku rasa macam macam nak buat tapi last last hampeh. tidur je banyak. hadoi.

tiada apa apa yang menarik yang berlaku hari ni. kalau ada pun, aku pergi buat buku bank tabung haji yang baru. yelah buku lama dah habis. ouh sedar tak sedar dah habis buku bank tu. 

buku lama tu mula mula aku buat 10 tahun lepas. ye. dah lama kan. baru nak habis. kenangan betul. haha. 

bila fikir balik, life ni serupa macam buku bank tu juga. mula mula buku baru. dah habis, buka buku lain pula. buku lama tu pula aku simpan. jadi kenangan tu tetap ada. orang bercinta, putus, memori itu takkan hilang, cuma warnanya saja yang akan pudar. sama macam buku bank. ;p

esok aku masuk kerja petang, jadi ada masa pagi kat rumah. nak buat apa ya. hmm. ouh rumah tak cat lagi !






^__^ menikmati hidup.



Monday, August 8, 2011

7th Puasa Sambil Makan Free

Ha !

semalam aku dah terlepas satu entry. kelmarin juga ke? aku pun tak ingat.

hari ni aku berbuka di tempat kerja aku. ya itulah stesen minyak petronas. perasaan? ouh gembira sekali sebab dapat makan free. pizza pula tu. 

juadah yang terdapat tadi pun macam banyak pula. aku yang pergi beli dengan seorang kakak itu. aku pun beli ikut 'dan' aku saja. yelah, duit orang kasi, aku pulun kaw kaw punya. heheh

berbuka bersama rakan 'SEKERJA', agak lain perasaannya. selama ini kalau berbuka pun dengan family atau rakan rakan, tapi kali ini dengan rakan sekerja atau bahasa inggerisnya 'koliq'. 

rasa macam dah besar pula. yelah, dah ada rakan kerja. setiap hari pergi kerja pula tu. tapi hari ini dapat makan free. syukur.

orait peeps, see you next time.


Keluarga Petronas Batu 1 Port Dickson





^__^ aku juga manusia biasa.




Friday, August 5, 2011

4th Puasa Waktu Off Kerja

Fuhh !

akhirnya. impian aku selama ini dah tercapai. maksud aku impian untuk membeli barang yang aku nak sangat tu. well, jam 9 pagi tadi aku bangun dan terus memulakan langkah menyetelkan apa yang perlu aku setelkan.

pergi pejabat tanah mula mula, tapi hal dekat sana tak dapat setel juga. perlu ambil masa lagi. then aku pergi tukar nombor plat kereta yang dah patah setelah disepak oleh adik aku. kedainya terletak di belakang billion. kedai aksesori kereta. alang alang dah sampai sana, macam macam aku tanya, tinted cermin lah, radio lah, center lock lah. pokoknya, kalau ada duit semua jalan.

jam menunjukkan 2.30 petang, lalu aku menyiapkan diri untuk pergi membeli barang itu. tempatnya terletak di seremban. aku ingat nak naik motor saja tapi bila tengok langit yang seakan akan hendak memuntahkan isinya, aku menukar plan lalu membawa kereta. 

memang tepat jangkaan aku, sampai saja di highway seremban-pd, hujan turun mencuraj curah. sampai seremban lagilah, lebat sangat. aku terus menuju ke lokasi aku itu.

sampai di kedai itu, aku usha usha barang yang ada sebentar, kemudian aku membuat keputusan muktamad. ouh akhirnya. setelah berapa lama aku mencari, kutemui juga. then aku membelu payung kerana hujan terlalu lebat untuk aku berjalan ke kereta. tak mengapa, berbaloi. then aku pun pulang ke rumah. itu lah ceritaku.



first and last time




^__^ tinggal langkah terakhir.




Thursday, August 4, 2011

3rd Puasa Sambil Kerja

Tooo diaaa !

hari ni kerja giler penat juga aku rasa. mula mula masuk 6.30 pagi aku duduk dalam dulu. dalam jam 8 baru aku duduk luar. nasib baik aku bawa manga untuk dibaca, kalau tak.. 

lepas habis dua dua manga aku baca, aku duduk lah tunggu kereta datang, dan dalam 5 saat lepas aku duduk aku terus mengantuk. seriously mengantuk !

tapi aku gagahkan juga kudrat aku memikirkan aku akan off esok. huh. akhirnya. 

esok pula aku ada banyak benda nak buat. dan benda yang paling aku tunggu tunggu. bulan puasa ni memang banyak menguji kesabaran. baru aku sedar macam mana orang susah cari duit. duit tak datang bergolek. lebih lebih lagi time bulan puasa ni. 





^__^ mari selesaikan hal 'itu' esok ! 




Tuesday, August 2, 2011

2nd Puasa Sambil Kerja

Ceh !

hari ni aku kerja macam biasa masuk jam 6.30 pagi sampai lah petang. lagi sekali aku kena jaga luar sebab tak ada orang. mula mula cakap aku jaga dalam tapi sekarang aku tengok jadual aku dah kena duduk luar setiap hari. entah apa apa. tahi.

bila benda macam ni dah jadi, aku start lah buat muka ketat. yup muka aku yang emo dah sangat stylo tu. seriously aku rasa nak berhenti dah. bagero.

cakap pasal muka ketat, aku dah start setting rambut aku macam dulu dah. sekarang just nak tunggu ianya panjang saja. lagi sebulan aku rasa sempat lah kot nak panjang semula. biar muka ketat aku menghiasi wajahku ini. yelah nanti senang lah nak tunjuk seniority aku kat budak budak baru. baru dia orang tahu emo itu stylo. kehkeh

dalam bulan puasa ni kita kena banyak bersabar. aku memang banyak sangat sabar siang tadi. tapi biasalah muka ketat aku mesti tetap kena ada. so banyak lah customer yang aku layan dengan muka ketat aku ni. padan muka. aku nak tengok esok macam mana pula.



^__^  aku semakin bosan.



1st Puasa Sambil Kerja

Hari pertama puasa !

ouh pertama kali aku bekerja sambil berpuasa. mula mula rasa macam agak janggal tapi rupa rupanya biasa saja. lagi pun ketiadaan air telah membuatkan puasa hari ini lebih unik. 

aku datang kerja pagi tadi dalam jam 9, rupa rupanya aku macam kena masuk petang lah pula. sebab orang dah cukup pagi tu. tapi lepas berbincang akhirnya aku meneruskan kerja aku pagi tu sampai jam 6 petang tadi. 

aku ingat nak buat OT sampai jam 7, tapi mak aku mesej suruh balik awal sebab nak tolong angkat air. well, mak lagi penting kan ? esok aku boleh buat OT lagi.

apa yang menarik siang tadi ye ? aha aku jaga luar yakni sebagai jurupam berseorangan. kadang kadang aku malas isi minyak orang, aku duduk rehat sambil baca manga one piece yang aku bawa. 

selain tu kalau ada orang tua atau makcik pakcik yang memerlukan bantuan, aku bantu lah. bukan nak kata aku ni baik, tapi memang inilah diriku. mesti rasa nak lempang je muka aku ni kan ? kekeke

malam dah lewat sekarang. esok aku masuk 6.30 pagi, jadi lepas sahur tak boleh tidur lah gamaknya. jadi marilah tidur sekarang. nanti aku update lagi kalau tengah bosan.




^__^ bilalah nak cuti nih.




Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa, Dunia !

Puasa !

Ouh dalam sedar tak sedar dah setahun sejak kita last puasa kan ? dalam beberapa jam saja lagi kita akan mula berpuasa. teringat pula zaman kecil kecil dulu, memang separuh mati dah rasa setakat nak tahan setengah hari tu.

apa yang beza kali ni ialah ini kali pertama aku puasa sewaktu bekerja. ouh rasanya perasaan mesti berlainan sekali. tengok jelah esok. 



^__^ tunggu macam mana puasa esok ! heheh