Wednesday, June 29, 2011

Kerja Baru !

Yo !

hahaha aku dah start kerja balik ! baru masuk dua hari. kerja dekat petronas yang selalu aku isi minyak tu sebagai cashier. ala takkan tak tahu. ape lah.

hari hari pegang duit beribu ribu. alangkah kaya nya aku (walau  untuk sementara). sekarang masih lagi dalam training period so time kerja aku tak tetap lagi. start minggu depan baru secara rasmi aku kerja ikut syif. 

tadi pagi aku jumpa jozan. si johan beli minyak (isi minyak lah), si zizan pula beli coolent (air radiator), perghhh agak teruja la tadi. yelah mana nak dapat peluang selalu jumpa artis. bhahahaha tapi aku relex saja tadi (cover).

kerja pula agak penat, tapi tak apa sebab time ni kita rasa nak belajar cari duit. baru boleh rasa macam mana mak bapak kita penat penat cari duit, kan ? heheh 

staf staf lain pun besh besh semua so aku setakat ni tak ada masalah lah. harap harap terus begini (ayat skema ?) banyak lagi nak kena belajar ni. tadi je dah banyak buat silap nasib baik tak ada yang short lagi setakat ni (kira macam rugi lah). lepas ni kena berusaha lagi nih. 




^__^ kerja, bersebab ! 





Thursday, June 23, 2011

Tak Patut Kot.

Yo;


kadang kadang aku terfikir, apa maksud dewasa? entahlah. macam macam maksud ada, bergantung pada individu.


aku dah start fikir balik, patut ke aku buat semua tu tadi? tak patut kot. tapi, dah macam tak kisah la pula. mampus pi lah. malas fikir dah.



^__^ masih mencari identiti ?



Wednesday, June 15, 2011

Rasa Terakhir. Wah!

Yo;

semalam, sesuatu berlaku, ianya dejavu.


haha, dulu aku pernah rasa pengalaman macam ni, jadi aku rasa macam boleh cekal lah, tapi hampeh. kena pula tengah layan lagu perpisahan ini dari aizat, memang leleh lah jadinya. =p


setia, aku dah tak tahu apa maksud pekataan tu lagi dah. sayang, aku dah tak tahu juga. ada orang cakap sayang tapi pada masa yang sama, tak setia. cakap sayang tapi dah cari lain. 


aku tahu dalam dunia ni macam2 jenis manusia ada. tak boleh nak salahkan semua. tapi kan, aku rasa semua yang berlaku ni bagus juga. sebab aku dapat rasa, pengalaman macam ni mana nak cari. heheh


pengalaman dulu yang rasa manis rasa pahit semua tu aku rasa dah boleh simpan dalam laci dah. aku rasa cukup dah. lepas ni nak relex dulu. 


biar apa kata orang, asalkan manusia2 itu gembira, kira okai lah tu. bunyi macam ayat drama, memang sedih juga sebenarnya, tapi benda dah lepas. sebagai orang matang, macam ni la cara terimanya. heheh


lagu ni sesuai kot untuk semua. =p




video



semua rasa dulu, perasaan dulu, aku mesti rindu. heheh.


kena belajar cara hidup dengan baik jep! 





^__^ misi utama mungkin akan dilakukan pada minggu depan.



Monday, June 13, 2011

Selepas Dua Minggu Kerja

Yo;

yeah. akhirnya aku dah abes kerja selama 2 minggu kat corus. part timr saja. okai lah kot untuk nak dapat duit poket sikit sementara duduk rumah ni. lepas ni rehat dulu seminggu dua baru sambung cari part time lain alek. 

penat memang penat. tiap hari 12 jam kerja. sebab gaji aku ikot jam, lagi lama lagi banyak lah. tadi hari last. dapat la kenal2 dgn budak laen. ada yg part time gak, ade yg praktikal, mcm2 lagi. pengalaman yg hebat.

aku pon dah start pening daha. titik dulu.





^__^ harus cari duit lagi utk mencapai impian!





Sunday, June 5, 2011

Ice Blenderer

Yo,

ice blended satu! 

haha aku sekarang pembuat ice blende yg berjaya. bukan apa, da kerja part time aku buat ice blended je, memang la lama lama jadi pandai buat. tak gitu?

hari selasa lepas aku start buat part time kat corus, iaitu sebuah hotel. ganti adik aku sebenarnya, panjang nak citer, so tanak cerita. kerja aku macam tajuk di atas, membuat ice blender sepanjang karnival cuti sekolah yg hotel tu buat. maknanya aku kerja sampai habis cuti sekolah tu jela. 

dah rasa mcm lama duduk rumah, tu yg keluar carik kerja. duduk rumah pon diet bukan masuk. kena la cari duet buat belanja sikit. lepas part time ni sampai minggu depan, rehat jap dalam 2 3 hari, pastu na cari kerja laen plop.

duduk jadi ice blender susah gak rupanye. penat nak mampus. start jam 10 pagi sampai 10 malam. tak mcm giler ke hape tu? tp duet punya pasal, kerja jelah. boleh gak merasa apa yg org susah laen yg penat penat keluar kerja. sekurang kurangnye aku dah rasa. pengalaman terbaeklah!

dpt kenal kawan baru, suasana baru, tiap hari telan ice blended, hebat.










^__^ mesti kerja lebih kuat (sambil cuci mata bhahaha)