Thursday, May 19, 2011

It wasn't my birthday!

hyeez lagi,

benda lama. kenangan lama. barang lama. ingatan lama. luka lama. aduh. semuanye lama. di kala aku tengah kepanasan ni aku menulis entry kali ni. tadi baru download lagu ni, memori tercipta dari shila, sentap pula rasa. sangat sedap melayan. 


di sini jua 
memori tercipta
walau seketika
terjalin kasih kita

mungkin di sini
kita terpisah
kenangan bersama
tiada ku lupa



**********************************************************************************

okai cukup dah. entry kali ni bukan sebab nak mendefinisikan lagu ni, korang pandai pandai la definisikan sendiri k. kali ni na tulis sebab apa ek? ermm 

hari jadi atau hari lahir adalah bermaksud hari kita dilahirkan, atau senang kata hari di mana kita pertama kali bernafas di atas muka bumi Allah ni. antara berjuta juta adik beradik kita yang lain, kita yang terpilih untuk dilahirkan. bersyukurlah.

setiap tahun kita sambut hari lahir. tak kira sederhana, sedikit, besar besaran, hatta dengan ucapan sahaja pun sudah boleh dikira meyambut hari lahir, ataupun paling cikai pun ketika jam mencapai detik 12 tengah malam masuk hari lahir kita, secara automatiknya kita akan menyambutnya. 

kalau dulu masa kecik, bagi yang berkemampuan pasti akan menyambut dengan mengadakan majlis, jemput orang ramai ramai, tempah kek besar besar, dengan gambar power rangers atas kek tu, then ada buat game, rebut kerusi lah, macam macam lagi. bagi yang sederhana, cukup menyambut dengan sebiji kek dan nyanyi lagu happy birthday bersama family, bagi yang lagi biasa, wish saja pun dah cukup bermakna. ragam manusia.

sekarang dah besar, lain pula halnya. kalau anak orang kaya tu, panggil orang ramai then buat party sebelah swimming pool, macam dalam cerita melayu tu. bagi yang belajar jauh dari family, sambut dengan kawan kawan, kawan buat seprais party lah, bagi hadiah lah, wish kat FB lah, macam aku, dah dua tahun kot sambut hari lahir jauh dari family, tapi bagi aku, aku tak kisah bab sambut hari lahir ni, kalau dapat wish pun dah bersyukur. aku tak kisah sebab maybe aku dah besar kot. heheh.

masuk jam 12 tengah malam, mesej masuk berderu deru. "selamat hari jadi adi", "happy birthday adi!", "selamat hari tua adi", semua ada, dari kawan kawan, family, dan lain lain. tapi kan, masih rasa macam tak lengkap, sebab, entahlah macam kurang sesuatu, aku tamak? maybe. tahun ni rasa macam tak lengkap. satu hari menunggu, just mampu menunggu jelah. 

aku gila kot. maybe jugak. aduh. kepala otak aku sudah heng, tak tahu nak tulis apa lagi ni. setiap hari ada je orang sambut hari lahir, macam hari ni, hari sambutan birthday jugak. tapi bukan aku punya. 




^__^ ingin kumpul duit untuk merealisasikan keputusan terhebat aku.






No comments:

Post a Comment