Sunday, May 29, 2011

Pagi yang Hampa.

Yo,

masa sekarang da subuh. aku ta tdo dr tadi sebab melayan champions league. MU kalah, dem. 

MU maen 10 mnit pertama da smart, tp last2 barca gak yg konker game. kurang menyerang, tambah lagi dgn messi yg maen mcm tahi hebat plop, aduh. na harap rooney sorg yg kehulu kehilir mengejar bola. last game utk van der sar rasanya sbb pasni die bersara dah. pakcik da tua, kira okai la tu.

semalam rumah aku buat tahlil, mcm biasa byk na kena kemas lepas ni. takpe, sbb aku sangat suka mengemas. bhahaha 

duduk rumah da 2 minggu, patut mula keluar mencari rezeki lah. aigoo.




^__^ terasa ingin bermain bola sekarang. huh.





Sunday, May 22, 2011

Entry Kepala Gila!

heyo0!

yup, dunia telah menjadikan aku seorang yg kejam, em tak lah! aku sebenarnya yg menjadikan dunia aku sendiri kejam. well, aku dah cuba nak jadi matang, betul tu, no pain no gain. dengan hidup aku yg semakin kusut masai, aku kena jadi lagi kuat sebab semua ni hanyalah sebagai pengalaman. 

ayat poyo yg sangat gampang.

ahhhh serabut betul aku rasa. hehe gila sekejap. aku dah mula fikir nak buat sesuatu yg agak tak masuk akal, yg macam dalam drama korea jepun sikit. cuma masa, yup, masa.

dengan entry yg macam tahi ni, dengan aku yg tengah serabut, aku tutup entry kali ni dengan srangkap pantun,

dua tiga kucing berlari,
aku dah start menyampah dengan semua yg aku fikir sekarang ni.

sekian trimas.






^__^ jiwa kacau gila!







Thursday, May 19, 2011

It wasn't my birthday!

hyeez lagi,

benda lama. kenangan lama. barang lama. ingatan lama. luka lama. aduh. semuanye lama. di kala aku tengah kepanasan ni aku menulis entry kali ni. tadi baru download lagu ni, memori tercipta dari shila, sentap pula rasa. sangat sedap melayan. 


di sini jua 
memori tercipta
walau seketika
terjalin kasih kita

mungkin di sini
kita terpisah
kenangan bersama
tiada ku lupa



**********************************************************************************

okai cukup dah. entry kali ni bukan sebab nak mendefinisikan lagu ni, korang pandai pandai la definisikan sendiri k. kali ni na tulis sebab apa ek? ermm 

hari jadi atau hari lahir adalah bermaksud hari kita dilahirkan, atau senang kata hari di mana kita pertama kali bernafas di atas muka bumi Allah ni. antara berjuta juta adik beradik kita yang lain, kita yang terpilih untuk dilahirkan. bersyukurlah.

setiap tahun kita sambut hari lahir. tak kira sederhana, sedikit, besar besaran, hatta dengan ucapan sahaja pun sudah boleh dikira meyambut hari lahir, ataupun paling cikai pun ketika jam mencapai detik 12 tengah malam masuk hari lahir kita, secara automatiknya kita akan menyambutnya. 

kalau dulu masa kecik, bagi yang berkemampuan pasti akan menyambut dengan mengadakan majlis, jemput orang ramai ramai, tempah kek besar besar, dengan gambar power rangers atas kek tu, then ada buat game, rebut kerusi lah, macam macam lagi. bagi yang sederhana, cukup menyambut dengan sebiji kek dan nyanyi lagu happy birthday bersama family, bagi yang lagi biasa, wish saja pun dah cukup bermakna. ragam manusia.

sekarang dah besar, lain pula halnya. kalau anak orang kaya tu, panggil orang ramai then buat party sebelah swimming pool, macam dalam cerita melayu tu. bagi yang belajar jauh dari family, sambut dengan kawan kawan, kawan buat seprais party lah, bagi hadiah lah, wish kat FB lah, macam aku, dah dua tahun kot sambut hari lahir jauh dari family, tapi bagi aku, aku tak kisah bab sambut hari lahir ni, kalau dapat wish pun dah bersyukur. aku tak kisah sebab maybe aku dah besar kot. heheh.

masuk jam 12 tengah malam, mesej masuk berderu deru. "selamat hari jadi adi", "happy birthday adi!", "selamat hari tua adi", semua ada, dari kawan kawan, family, dan lain lain. tapi kan, masih rasa macam tak lengkap, sebab, entahlah macam kurang sesuatu, aku tamak? maybe. tahun ni rasa macam tak lengkap. satu hari menunggu, just mampu menunggu jelah. 

aku gila kot. maybe jugak. aduh. kepala otak aku sudah heng, tak tahu nak tulis apa lagi ni. setiap hari ada je orang sambut hari lahir, macam hari ni, hari sambutan birthday jugak. tapi bukan aku punya. 




^__^ ingin kumpul duit untuk merealisasikan keputusan terhebat aku.






Monday, May 16, 2011

Sudah Pulang! =D

Hyeez.

Sekarang di Port Dickson, di rumah ku syurgaku. sebenarnya semalam 14 hb may da smpai da. lepas 17 jam akhernya aku smpai gak. rasa mcm alek rumah over-c plop.

da abes da sem 4 aku kat unimap. sem yg paling byk kerja aku buat. paling bz pernah aku rasa. semua tu pengalaman. bila lg na rasa an? 

aku fikir da na cte serba sikit psl sem 4 aku yg aku igt, tp bkn sekarang lah ek. na tulis bnda mcm ni kena ada mood. heheh. so nanti aku start ye.

da duduk umah ni rasa mcm na cari kerja, tp cm malas plop. tengok lah cam ne nanti ek. kot kot ade kerja CEO kosong ke kat hotel hotel yg berlambak kat PD ni. tape, utk seminggu ni aku na elex dulu lah. penat daki gunung ari tu ta ilang lg nih. 

ermmmm da alek ni an, aku terfikir, adakah aku akan buat kerja giler tu lg? tgk jela cne nanti ek.





^__^ mari menikmati masa cuti!