Sunday, December 11, 2011

Entry Di Satu Petang

Hahaha !

petang petang ni lah aku tiba tiba terasa nak tulis blog. uh. tengah bosan lah ni. walaupun kerja berlmabak lambak lagi. tak habis habis.

esok dengar cerita ada game. aku memang nak main. tapi tengok keadaan jari ni dulu lah. tapi rasanya macam tetap nak main juga je.

bila exam makin dekat ni, terasa juga tekanan nya. adeh. 

petang ni ingat nak joging jelah. tunggu kalau kalau ada member nak join. konon nak kasi fit lah. alih alih cepat penat juga. adeh.

malam ni kena start study lah. serius. esok pula kena start jimat. memang mencatu lah nampaknya.





^__^ tak sabar tunggu esok ! heheh





Saturday, December 10, 2011

Amek !

Amek !

tu lah ko kan dah bengkak. apa boleh buat? kena rest seminggu kot. ouhhhh dem.



^__^ hish perasaan bercampur baur.





Thursday, December 8, 2011

Minta Maaf

Well;

aku pun rasa juga. serius. bukan aku saja saja nak buat macam ni. tapi lepas aku fikir masak masak, aku terpaksa. ini bukan ayat filem or drama mana mana, tapi ini serius aku cakap sendiri. minta maaf.

silap aku. salah aku. mungkin ini yang terbaik untuk kita. sebenarnya aku tak suka guna 'mungkin' tu. sebab dalam hal ni memang sangat tak sesuai. minta maaf.

tiada benda yang baik pun datang dari aku. yup memang tu salah satu alasan je. tapi aku tak boleh patah balik dah. minta maaf.

hahaha aku dah tiada masa nak fikir perempuan lain dah. serius. sebab banyak lagi benda penting untuk aku setelkan. minta maaf.

aku cuma boleh minta maaf saja. aihhh aku harap dapat buat lebih dari ni. walau apa pun, aku tak akan lupa kau. minta maaf.





^__^ masa depan panjang lagi kan?







Wednesday, December 7, 2011

Susah Lupa Ke?

Memang;

aku tahu memang susah nak lupakan sesorang tu. tapi bagi aku, kadang kadang kita tak perlu lupa pun, asalkan pandai mengimbangi antara lupa, tak ingat, dan tidak mempedulikan pun cukuplah.

macam gambar, bila masa semakin berlalu, warna gambar tu akan pudar, tapi gambar tu tetap ada kan?





^__^ hargailah seseorang itu. jangan jadi macam aku.





Tuesday, December 6, 2011

Entry Tak Best Pun

Errmmm~


ya, aku menulis lagi. kali ni nak tulis pasal apa? ya pasal futsal semalam. dapat sampai suku akhir saja. aduh. sorry geng.

tak banyak nak cerita kot. masa untuk peperiksaan dah dekat. tinggal lagi kurang sebulan. memang sangat dekat. jadi aku pun patut mula mengulangkaji pelajaran lah. bukan mengulangkaji blog. aduh lagi.

kelmarin aku ada add sorang budak ni dekat mukabuku. emm emm tak boleh cerita dekat sini kot. takpe nanti aku cerita juga. adeh.

esok rancangnya nak puasa. yelah. sunat kan. jadi tadi aku dah sahur, megi. bila dah selalu makan, dah rasa nasi dah megi tu. yang pedas aku rasa tawar. adeh lagi.

aihhh mulai sekarang kena mula fikir belajar saja dulu. jangan fikir benda lain dah. termasuk lah 'benda' itu. tambah lagi dengan kerja yang mungkin akan datang lagi. dah lah minggu depan kena masuk pertandingan apa benda entah. haram jadah betul.

dah dah dah. esok rasa nak pergi kelas naik bus. nak jimat minyak. lagi pun cuaca tak menentu, kadang tiba tiba hujan. lencun. okai. jumpa lagi.




^__^ aku macam tetiba semangat, tapi pasal benda lain lah.




Friday, December 2, 2011

Lepas Petang Tadi

Arrghhh !

tengah malam + pagi yang segar ! sebab apa? sebab aku baru lepas mandi. memang aku tak mandi lagi sejak petang tadi. who cares. hahaha.

esok dah tiada class. jadi maknanya cuti jadi 3 hari. member plan nak pergi taman ular dekat jalan nak ke gua kelam. aku okai je. walau dah duduk perlis lebih 2 tahun, tak pernah sampai taman ular tu walaupun dah berapa ratus juta kali lalu. (aku menipu ni kalau korang percaya tak tahulah)

malam ni rasa macam tak nak tidur. sebab apa? study? homework? bukan. sebab tak remajalah tidur awal. kalau tak tidur langsung baru dewasa. 

tadi test design, pendek kata, dah nak terberak dah tadi. aku memang suka guna pakai perkataan terberak ni. serius tak dapat jawab. sekalung tahniah untuk aku.

lepas tu petang tadi juga dah lepas presentation thinking skills groupa aku. aku dengan penuh gaya memberi pembentangan dengan penuh spontan dan tak masuk akal tapi masih logik. tadi ada part aku cakap yang aku pun tak faham apa aku cakap. yang mendengar lagilah tak faham rasanya. tapi aku masih konfiden asalkan semua tak tahu yang aku tak faham. ada faham?

line dah nak tutup dah. jumpa lagi semua.



^__^ jom PES.




Thursday, December 1, 2011

Malam Moody

Huh.

yes. another bad day. bad evening actually. 

tadi pergi main bola. senang cerita, aku main macam hampeh tadi. aku tak cukup gagah. aku tak cukup bagus. aku tak cukup hebat. itulah kesimpulannya.

nampak remeh, tapi entah kenapa..............aduh. mengong sebentar.

esok ada test design pula. patut time macam ni kena lagi elok sebab otak tengah laju sebab tension. tapi rasa mahu tidur pula. tapi dah minum nescafe dah tadi. konon konon sebab nak stay up lah. kalau tidur sekarang nanti rugi pula minum nescafe tu.

bila tengah mood serius ni, muka dan kelakuan juga kena serius. esok? mungkin serius juga. yes. muka ketatlah apa lagi. aku kisah apa.

aihhhh kena kuatkan diri mahu study dulu. huh.



^__^ sedia untuk hari esok.





Wednesday, November 30, 2011

Cerita Tengah Malam Sikit !

Ouhhh !

dah jam 2.30 am dah sekarang. tengok ramai lagi member aku tengah menyetelkan assignment masing masing. termasuk lah aku. tapi aku dah setel dah tadi. tapi biasalah, kerja last minit, memang agak nak terberak lah. huahua

nasib baik tadi tak jadi test. fuh. ganti dengan hari khamis pula nanti. itu yang aku dengar lah. confirm ke tak, aku tak tahu. tapi apa apa pun esok masih ada untuk mengulangkaji pelajaran semula untuk menghadi test akan datang. macam lah study sangat. damn.

selain tu dalam kepala otak aku sekarang, aku tahu esok petang aku nak main bola. gila rasa macam dah lama tak main. memang tak sabar. hooh.

rasa macam banyak lagi nak tulis ni, tapi nanti nanti lah. masa macam tak mengizinkan lah pula. esok pagi seawal jam 6.30 pagi dah kena gerak hantar kawan ke airport. dia nak balik la esok. seronok gila. naik kapal terbang. rasa nak naik lagi. damn.

nanti jumpa lagi.



^__^ woot woot <3





Tuesday, November 29, 2011

Mari Berusaha.

okai !

sekarang dah tengah malam dah. dah masuk pagi dah pun. aku tengah stress banyak kerja. tapi macam malas nak buat. padan muka diri sendiri. heheh

rasa macam dah agak lama tak update blog ni. nak cerita lah sikit pasal apa yg berlaku dalam  2 3 4 5 6 7 hari ni. hari tu, kelmarin kot, tengok bola malaysia lawan bahrain. first half malaysia leading 1 - 0. second half jadi 2 - 0. tengah sedap sedap leading, masuk last 10 minutes, bahrain pula score 3 biji. adeh. malaysia lost 2- 3. kesilapan mentaliti dan disiplin ketika bertahan, tu pendapat aku lah. orang lain aku kisah apa. hahahah.

esok aku dengar akan ada test. yes. aku dah study lah sikit sikit. harap harap dapat ingat balik lah esok. jangan terberak dalam kuliah esok dah lah. huhahuha.

assignment berlambak. serious shit. memang banyak aku rasa. dateline ada yg lusa, ada yg tulat, ada juga yg cakap esok. aku semua tak siap lagi. terbaik. 

tapi tak apa, aku suka fikir positif. time time macam ni lah nak tengok otak kita boleh pakai ke tak. macam nak setel kan masalah waktu kecemasan. (aku panggil time macam ni waktu kecemasan =p). sekarang kena fokus buat assignment sikit sikit dulu. 

alright. masa untuk berhenti menulis. nanti tak siap pula kerja ni (macam lah nak buat sangat).

taking care yeah.




^__^ time ni kena guna critical thinking. 





Tuesday, November 22, 2011

Kisah Bola, Komen Sikit !

Haaa !

baru lepas tengok bola Malaysia lawan Indonesia untuk final sukan SEA. ouh dan keputusannya Malaysia menang ! yoohoo !

tadi tengok kat rumah saja. trimas dekat tv alvin. memang bergelora tengok tadi. lepas ketinggalan, Malaysia cuba bermati matian dan last last dapat gak gol penyamaan. hoho.

memang salute habis dekat player Malaysia tadi. diorang main bagai nak rak. bagi pendapat aku yang kurang profesional tadi, dua orang center back Malaysia memang hebat lah. gaya dia orang memang gaya profesional defender. jerit sana jerit sini bagi arahan. marah sana marah sini. fuh. awesome.

tadi bahagian tengah aku tengok kurang taktikal. tak main macam game sebelum ni. maybe sebab gurusamy main dulu kot. tapi kalau bab bertahan dia memang ok. hebat.

fadhli sas dan muslim memang gabungan hebat. belum terbaik lagi. tapi dalam jangka masa panjang aku konfiden dia orang boleh jadi lagi hebat.

secara umum memang Malaysia layak dipuji tadi. Indonesia pun. sebab sampai penalti, memang takdir lah. 

lagi dua hari Malaysia dengan team yang sama akan lawan Syria pula untuk kelayakan olimpik. apa yang penting sekarang, menang. itu saja. 





^__^ semangat ni !



Monday, November 21, 2011

Lepas Balik Kelas Nak Cerita Sikit

hep !

batuk, selesema, hingus melelehleleh, aduh menyeksakan. tapi aku tahu semua ni dugaan saja. tu lah badan tak fit macam ni lah jadinya. padan muka aku. dah tau pengajarannya dah sekarang.

sambil makan nasi yang lauknya ditapau dari shafaz, sambil minum teh o panas yang aku buat sendiri, sambil nak rasa semua panas time tengah sejuk ni (sebab hujan), aku nak merepek sebentar.

 sejak minggu lepas aku tak hepy dah. bukan sebab keluarga, bukan sebab perempuan, bukan sebab pelajaran, bukan sebab kewangan, tapi sebab....(huahua)

aku tahu aku tak hebat. tapi bila dah diberi peluang aku tak guna betul2 pula. nak menyesal sekarang pun tak guna dah sekarang. aigoo.

sekarang cuma tinggal satu pilihan. tengok petang ni macam mana. cuba yang terbaik. sepatutnya.


^__^ tolonglah berhenti hujan.




Friday, November 11, 2011

Short Trip To Back

Ha !

i saw her ! 

i'm not expecting this, but it did happened. 

i've told you ! uh what a mess.

^__^ part of me.

Just A Short Post

hep !

haha nothing much to say tonight. 

tomorrow gonna heading back to wang ulu. well, holidays over. aigoo.

just focus on what should be focused after this. 

ouh ya ! today is 11.11.11 ! what a day. hope all of you have a nice day !

mine was recalling some memories. =p

goodnight! 



^__^ hey hey look at my new hair style ! huahuahua



Thursday, November 10, 2011

Seremban Jap Tadi !

Ouhhh!

dah jam 3 pagi. tadi aku sanggup bangun cuma untuk menyambung download running man. huahua. kat rumah ni je lah boleh na download ke apa ke, balik wang ulu nanti dah tak boleh dah.

tadi aku dah pergi seremban, beli beg baru tu. he he. mula mula fikir nak beli yang dalam RM60 punya (mahal dah tu bagi aku), tapi bila fikir balik baik ambil yang murah je sebab bukan nak pakai selalu pun. jadi aku pun beli lah yang RM40 saja. 

alang alang dah sampai terminal 1 aku pun terus lah bertanya pasal tiket bus aku tu. jadi aku pun dah tahu lah platform mana yang perlu aku tunggu nanti. setel.

esom malam aku balik dah. aiseh sangat lah tak best. tapi tak apa sebab ada benda lain aku kena fikir time kat wang ulu nanti. 



^__^ ouhh beg baru. huahuahua.




Wednesday, November 9, 2011

Hari Ini Punya Kisah

Lolalola!

esok nak keluar pergi seremban kejap. nak cari barang sikit. sebenarnya nak cari satu barang je. nak tanya pasal tiket juga lah. 

tadi dah pergi ambil motor bapa aku yg dah lama hilang dulu. ambil dekat balai polis pd. ada jiran aku cakap motor tu ok lagi. tapi tadi aku tengok dah macam tongkang pecah dah aku tengok. ceh.

motor tu ditunda ke kedai motor sejurus aku mengambilnya. dah lah tayar pancit, punya lah susah nak tolak. tengah tolak ada lah pula kereta nak hon hon, tak nampak ke orang tengah kecemasan. bodoh bangang nak mampus punya orang. 

tauke kedai motor tu cakap lagi seminggu baru boleh siap. bayangkan lah macam mana hebatnya keadaan motor tu. 4 tahun tersadai kat balai polis sepang tu, baru minggu lepas dapat dekat balai pd. entah apa apa. mengong.

menjelang minggu depan, aku dah balik perlis. jadi hal ni aku serah kat adik aku jela. tadi aku dah setel dengan tauke kedai motor tu, pandai pandai la adik aku setel pula lepas ni. 

tadi pun aku baru lepak dekat petronas yg aku kerja dulu. aduh kenangan lama menggamit jiwa. huahuahua. dah ada pekerja baru time pagi. teringat masa aku kerja pagi dengan petang dulu. heheh.

esok nak keluar. pakai duit lagi. lepas ni balik perlis memang kena jimat habis lah. 



^__^ macam dengan kuda biru aku kat perlis tu agaknya. 




Monday, November 7, 2011

Kisah Hari Ini dan Esok

Heyoo!

tadi balik kampung kejap. dari pagi sampai petang. balik sebelum jam 5 sebab nak tengok bola malaysia lawan singapore. tapi seri lah pula. adeh.

plan untuk esok. nak pergi tunda motor yg dah lama hilang dekat balai polis. gerak dengan azim lah. cadangnya nak tunda sampai pd utama ni. gitulah rancangan nya.

dalam pada cuti ni banyak benda juga yang aku fikir. tapi yang paling aku fikir ialah apa yang aku nak buat lepas cuti ni. lepas naik class balik minggu depan. 

tiba tiba rasa kosong. pada hal macam macam dah jadi ni. ouh. aku mula merepek dah ni. jadi aku akan berhenti. dari cakap benda entah apa apa. ouhh.


^__^ terus hidup untuk hari esok! huahuahua



Update Back

Ish;

dah berzaman tak update ha. 

but for now i have got noting to say. just this,

i feel sad too. sometimes.

^__^ have a nice day tomorrow.



Saturday, September 10, 2011

Lastly, Lost Another Half of My Life.

That's it.

Semua cerita selama ni, dah habis. yup. tadi dah menjalankan misi mustahil. misi yg aku tak pernah terfikir aku akan buat. yg penting, dah setel.

malam terakhir aku kat PD ni. malam esok gerak dah. dalam masa lama lama aku cuti ni, aku cuma dapat satu perkara je sebenarnya. padam perkara lama. a'ah. benda yg dah berkarat, nak simpan pun tak guna. selama ni pun aku sorang je yg jaga benda berkarat tu.

kalau la masa boleh diulang. ayat paling aku tersentap. dalam hidup ni kita tak boleh balik ke masa dulu. tapi bila masa sekarang pun dah tak boleh jadi macam masa lalu, tak guna dah senua benda lama tu. 

6 tahun bukan sekejap, tapi rasa macam baru semalam berlaku. serius. benda yg aku nak bukan maaf, tapi kau. kalau biar lama lama, nanti bernanah jadinya.

dengan yg sekarang masih tak stabil, aku semakin penat. aku malas dah nak fikir semua ni. masa depan? biaq p lah.




^__^, i CAN live, without u





Friday, September 9, 2011

Sebelum Malam Esok

Lagi sehari setengah !

Ouh dem. masa cuti yg selama 3 bulan dah nak habis begitu saja. banyak yg aku dapat masa cuti ni. kalau nak cerita memang 7 hari 10 malam la gamaknya. 

kerja dan kehidupan, ringkas yg aku dapat time cuti ni. percintaan? boleh la. kenal seorang kawan baru, aku sayang dia. buekkkk. hahahaha

sabtu malam nanti aku akan naik bus ke perlis. a'ah la perlis dowh. aduuuuaiiii. sangat la malas. tapi macam ni la life kan, tak semua yg kita nak, kita dapat. 

tadi aku baru setel packing barang. bukan barang nak balik perlis, tapi barang yg aku perlukan utk setel kan hari esok. sepanjang 3 bulan cuti ni apa yg aku tunggu cuma malam esok. macam dalam drama. sebiji. 

esok malam aku gerak. plan dah ada, hasilnya tak tahu lagi lah. aku tak pernah buat macam ni. memang gila lah. apa nak jadi esok jadi lah. 

esok malam lepas setel projek aku, aku story lagi. tp macam lah ada org nak baca blog aku ni. hahahaha







^__^ final result tomorrow




Sunday, September 4, 2011

Kerja Lepas Raya

Seminggu je lagi kot.

Dah lama cuti dalam 3 bulan, sedar tak sedar masa dah tinggal lagi seminggu utk balik perlis. aku pula kena masuk kerja lagi. ada lah dalam 4 hari je sebab dah tak ada orang nak kerja. tak pe lah sekurang kurangnya dapat tambah duit poket sikit.

dalam seminggu ni aku ada benda nak kena buat. yee benda 'itu' yg dah lama disimpan niatnya buat perkasam. harap minggu depan berjalan dengan lancar. 

pasal raya hari tu, well mengumpul duit raya memang fokus utama. yelah aku ni memang mata duitan sikit. kekeke 

kalau dah kat perlis nanti aku rasa memang tak ada masa dah nak update blog ni. bukan sebab aku rajin belajar ke apa, tapi sebab line tenet kat sana dah macam siput kena strok. 

aha rasa macam dah mengantuk dah.





^__^ jom fokus kerja dulu yok






Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Dunia !

Selamat hari raya !

hohoho sedar tak sedar dah sebulan berlalu, sebulan berpuasa dan sekarang sudah tiba masa meninggalkan bulan yg penuh diberkati. 

puasa, ya, bunyi macam biasa tapi sebenarnya ianya sesuatu yg penuh bermakna. aku yg kurang ilmu dan iman di dada ni memang tak menggunakan sepenuhnya bulan ini, sebaliknya aku hanya menjalani kehidupan seperti biasa. aduh.

esok raya. yee raya. masa memang berlalu dengan pantas. lagi dua minggu aku nak balik perlis dah. menyambung perjuangan yg berbaki dua tahun. lama lagi tu weh!

esok nak balik kampung. selepas lawat kubur bapak, solat raya, baru gerak. harap harap perjalanan esok dipermudahkan olehNya. aminnn....




^__^ masa utk kumpul duit raya! thehee





Friday, August 26, 2011

25th Puasa Yg Biasa

Ermm..

di kala sedang melayan lagu geisha, cinta dan benci ni, aku mula terfikir, aku sebenarnya masih tak boleh membenci. adoii sangat memeningkan kepala aku. 

hari hari masih berjalan seperti biasa. bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, dan seterusnya. raya dah semakin dekat, aku masih tak bersedia apa apa lagi. 

dalam kedinginan pagi pagi buta sekarang ni, aku memang lemah. terlalu sensitif. ouh benci betul. akibatnya, pertengkaran mula tercetus. silap aku sendiri.

a'ah, aku memang suka menyalahkan diri sendiri dalam hal hal macam ni. ada masa aku salah, ada masa aku tak. tapi aku tetap salah. 

haih. mengeluh lagi. harap raya kali ni, aku semakin matang.




^__^ stay with one only




Thursday, August 18, 2011

17th Puasa yg Kucar Kacir

hum hum;

masuk kerja pagi, balik kerja petang. a'ah, memang agak penat lah. dah la pagi tadi agak kucar kacir, tapi syukur semua dapat di setel kan dengan baik.

short lagi ! aduh tapi nasib baik sebab 6 sen saja. raya dah makin dekat, nak kerja pun semakin malas. mengenangkan tak ada orang je kalau tak dah lama aku blah. 

aku dah fikir plan baik punya lepas raya ni. pertama dan terakhir kali punya plan. mungkin akan tak menjadi plan nya tapi aku akan pastikan plan nya jadi. begitu lah saja.




^__^ tunggulah kau lepas raya




Monday, August 15, 2011

14th Puasa Waktu MC

Hoohooiii !

apa khabar semuanya baik yg berada di rumah mahu pun di studio. hari ni dah masuk hari ke 14 puasa. eyhhh dah setengah bulan lah ! pejam celik pejam celik dekat sejuta kali baru rasa dah sampai 14 hari ha. masa pantas berlalu. time is money bak kata pakcik trump.

hari ni aku cuti. bukan, mc sebenarnya. ouh bukan juga, aku malas sebenarnya. tersangat lah malas nak pergi kerja. tapi tak apa, esok aku masuk kerja semula. 

apa yg menarik hari ni? yaa lepas aku bangun jam 12 tengah hari tadi, aku pun bergegas mandi dan pergi ke the store untuk mencari penyelesaian masalah henfon aku ni. sampai kat kedai telefon dalam t.store tu aku pun tanya dekat apek kedai tu. 

"ini fon ha, bila saya mahu cas tak boley, before ni saya nak cas pun kena goyang goyang itu kaki charger, amcam ha bos?"

apek tu jawab,

"ouh mari sini saya cuba," apek tu mengeluarkan chargernya dan terus cucuk dalam lubang charger henfon aku tu.

"ha ini ok ni", 

aku dengan muka terkejut berkata,

"laa ini mesti masalah charger saya ni sebab charger saya tu pun macam dah longgar",

apek tu menjawab,

"tak apa u ambil ini charger bawa balik rumah test tengok kalau ok u tak payah kasi repair ini henfon",

jadi aku pun membeli charger yg berharga RM10 tu. balik rumah aku pun test. ouh alhamdullillah okai lah pula. tak ada lah terbang duit aku nak hantar repair henfon tu. haha.

lepas tu aku pun usha tefon lain. ouh galaxy mini hanya RM500 ! sangat rendah harganya berbanding yang aku tengok dekat kedai samsung hari tu. jadi tadi lepas berbuka aku pun pergi kedai apek tu semula untuk try test tefon tu. ouh sangat menarik hati ! 

aku pun pulang ke rumah dengan senyuman yg meleret.....




^__^ putih, aku mahu warna putih !






Wednesday, August 10, 2011

9th Puasa Di Rumah

Hello hello ~

hari ni aku off. bukan offline, tapi off kerja. mula mula aku rasa macam macam nak buat tapi last last hampeh. tidur je banyak. hadoi.

tiada apa apa yang menarik yang berlaku hari ni. kalau ada pun, aku pergi buat buku bank tabung haji yang baru. yelah buku lama dah habis. ouh sedar tak sedar dah habis buku bank tu. 

buku lama tu mula mula aku buat 10 tahun lepas. ye. dah lama kan. baru nak habis. kenangan betul. haha. 

bila fikir balik, life ni serupa macam buku bank tu juga. mula mula buku baru. dah habis, buka buku lain pula. buku lama tu pula aku simpan. jadi kenangan tu tetap ada. orang bercinta, putus, memori itu takkan hilang, cuma warnanya saja yang akan pudar. sama macam buku bank. ;p

esok aku masuk kerja petang, jadi ada masa pagi kat rumah. nak buat apa ya. hmm. ouh rumah tak cat lagi !






^__^ menikmati hidup.



Monday, August 8, 2011

7th Puasa Sambil Makan Free

Ha !

semalam aku dah terlepas satu entry. kelmarin juga ke? aku pun tak ingat.

hari ni aku berbuka di tempat kerja aku. ya itulah stesen minyak petronas. perasaan? ouh gembira sekali sebab dapat makan free. pizza pula tu. 

juadah yang terdapat tadi pun macam banyak pula. aku yang pergi beli dengan seorang kakak itu. aku pun beli ikut 'dan' aku saja. yelah, duit orang kasi, aku pulun kaw kaw punya. heheh

berbuka bersama rakan 'SEKERJA', agak lain perasaannya. selama ini kalau berbuka pun dengan family atau rakan rakan, tapi kali ini dengan rakan sekerja atau bahasa inggerisnya 'koliq'. 

rasa macam dah besar pula. yelah, dah ada rakan kerja. setiap hari pergi kerja pula tu. tapi hari ini dapat makan free. syukur.

orait peeps, see you next time.


Keluarga Petronas Batu 1 Port Dickson





^__^ aku juga manusia biasa.




Friday, August 5, 2011

4th Puasa Waktu Off Kerja

Fuhh !

akhirnya. impian aku selama ini dah tercapai. maksud aku impian untuk membeli barang yang aku nak sangat tu. well, jam 9 pagi tadi aku bangun dan terus memulakan langkah menyetelkan apa yang perlu aku setelkan.

pergi pejabat tanah mula mula, tapi hal dekat sana tak dapat setel juga. perlu ambil masa lagi. then aku pergi tukar nombor plat kereta yang dah patah setelah disepak oleh adik aku. kedainya terletak di belakang billion. kedai aksesori kereta. alang alang dah sampai sana, macam macam aku tanya, tinted cermin lah, radio lah, center lock lah. pokoknya, kalau ada duit semua jalan.

jam menunjukkan 2.30 petang, lalu aku menyiapkan diri untuk pergi membeli barang itu. tempatnya terletak di seremban. aku ingat nak naik motor saja tapi bila tengok langit yang seakan akan hendak memuntahkan isinya, aku menukar plan lalu membawa kereta. 

memang tepat jangkaan aku, sampai saja di highway seremban-pd, hujan turun mencuraj curah. sampai seremban lagilah, lebat sangat. aku terus menuju ke lokasi aku itu.

sampai di kedai itu, aku usha usha barang yang ada sebentar, kemudian aku membuat keputusan muktamad. ouh akhirnya. setelah berapa lama aku mencari, kutemui juga. then aku membelu payung kerana hujan terlalu lebat untuk aku berjalan ke kereta. tak mengapa, berbaloi. then aku pun pulang ke rumah. itu lah ceritaku.



first and last time




^__^ tinggal langkah terakhir.




Thursday, August 4, 2011

3rd Puasa Sambil Kerja

Tooo diaaa !

hari ni kerja giler penat juga aku rasa. mula mula masuk 6.30 pagi aku duduk dalam dulu. dalam jam 8 baru aku duduk luar. nasib baik aku bawa manga untuk dibaca, kalau tak.. 

lepas habis dua dua manga aku baca, aku duduk lah tunggu kereta datang, dan dalam 5 saat lepas aku duduk aku terus mengantuk. seriously mengantuk !

tapi aku gagahkan juga kudrat aku memikirkan aku akan off esok. huh. akhirnya. 

esok pula aku ada banyak benda nak buat. dan benda yang paling aku tunggu tunggu. bulan puasa ni memang banyak menguji kesabaran. baru aku sedar macam mana orang susah cari duit. duit tak datang bergolek. lebih lebih lagi time bulan puasa ni. 





^__^ mari selesaikan hal 'itu' esok ! 




Tuesday, August 2, 2011

2nd Puasa Sambil Kerja

Ceh !

hari ni aku kerja macam biasa masuk jam 6.30 pagi sampai lah petang. lagi sekali aku kena jaga luar sebab tak ada orang. mula mula cakap aku jaga dalam tapi sekarang aku tengok jadual aku dah kena duduk luar setiap hari. entah apa apa. tahi.

bila benda macam ni dah jadi, aku start lah buat muka ketat. yup muka aku yang emo dah sangat stylo tu. seriously aku rasa nak berhenti dah. bagero.

cakap pasal muka ketat, aku dah start setting rambut aku macam dulu dah. sekarang just nak tunggu ianya panjang saja. lagi sebulan aku rasa sempat lah kot nak panjang semula. biar muka ketat aku menghiasi wajahku ini. yelah nanti senang lah nak tunjuk seniority aku kat budak budak baru. baru dia orang tahu emo itu stylo. kehkeh

dalam bulan puasa ni kita kena banyak bersabar. aku memang banyak sangat sabar siang tadi. tapi biasalah muka ketat aku mesti tetap kena ada. so banyak lah customer yang aku layan dengan muka ketat aku ni. padan muka. aku nak tengok esok macam mana pula.



^__^  aku semakin bosan.



1st Puasa Sambil Kerja

Hari pertama puasa !

ouh pertama kali aku bekerja sambil berpuasa. mula mula rasa macam agak janggal tapi rupa rupanya biasa saja. lagi pun ketiadaan air telah membuatkan puasa hari ini lebih unik. 

aku datang kerja pagi tadi dalam jam 9, rupa rupanya aku macam kena masuk petang lah pula. sebab orang dah cukup pagi tu. tapi lepas berbincang akhirnya aku meneruskan kerja aku pagi tu sampai jam 6 petang tadi. 

aku ingat nak buat OT sampai jam 7, tapi mak aku mesej suruh balik awal sebab nak tolong angkat air. well, mak lagi penting kan ? esok aku boleh buat OT lagi.

apa yang menarik siang tadi ye ? aha aku jaga luar yakni sebagai jurupam berseorangan. kadang kadang aku malas isi minyak orang, aku duduk rehat sambil baca manga one piece yang aku bawa. 

selain tu kalau ada orang tua atau makcik pakcik yang memerlukan bantuan, aku bantu lah. bukan nak kata aku ni baik, tapi memang inilah diriku. mesti rasa nak lempang je muka aku ni kan ? kekeke

malam dah lewat sekarang. esok aku masuk 6.30 pagi, jadi lepas sahur tak boleh tidur lah gamaknya. jadi marilah tidur sekarang. nanti aku update lagi kalau tengah bosan.




^__^ bilalah nak cuti nih.




Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa, Dunia !

Puasa !

Ouh dalam sedar tak sedar dah setahun sejak kita last puasa kan ? dalam beberapa jam saja lagi kita akan mula berpuasa. teringat pula zaman kecil kecil dulu, memang separuh mati dah rasa setakat nak tahan setengah hari tu.

apa yang beza kali ni ialah ini kali pertama aku puasa sewaktu bekerja. ouh rasanya perasaan mesti berlainan sekali. tengok jelah esok. 



^__^ tunggu macam mana puasa esok ! heheh





Saturday, July 30, 2011

Menghampiri Impian Tersirat

hadui.

gaji pertama aku kat petronas dah dapat petang tadi. bila kira balik OT aku macam tak banyak pula, pada hal aku rasa banyak jam dah aku buat. entah macam mana si bos tu kira. aih.

okai. gaji dah dapat. kira impian aku selama ini semakin hampir lah. mungkin minggu depan baru tertunai. tunggu aku cuti dulu lah. 

sejak aku kerja kat petronas tu macam macam dah aku rasa. rasa dipandang rendah. rasa tak puas hati. hahaha memang pengalaman semua tu. 

esok aku off. sebab nak pergi tahlil yang makcik aku buat. nak gerak pagi pula tu, tapi aku sekarang jam 3 pagi belum tidur lagi. biaq p lah.

kalau barang yang aku nak beli tu dapat dibeli minggu depan, mungkin lepas raya baru aku dapat jalankan plan aku tu. kena cari masa yang sesuai sebab ini kali pertama dan terakhir aku buat macam ni. tengok lah apa jadi nanti aku pun tak tahu.

tak tahu nak cerita apa lagi, aku minta diri dulu. salam.




^__^ barang itu mesti dibeli !





Wednesday, July 20, 2011

Kelebihan Itu Merbahaya !

yeah apa rasa anda bila anda rasa macam anda dipermainkan ? agak menyakitkan ye tak. heheh. bagi aku, rassa macam ni mungkin dah biasa. 

bila fikir balik aku pun ada salah juga. bukan salah juga, maybe, semua memang salah aku. heheh. ada orang yang senang utk terima semua ni. ada orang yg tak. 

apa yg aku perhatikan, orang yg mempunyai rupa paras, maksudnya lawa, cantik, hensem, tak kira la lelaki ke perempuan ke, mesti tiada masalah utk terima benda benda macam ni. yelah, ada rupa, mesti tiada masalah nak cari pengganti. lebih lebih lagi perempuan. 

yee memang semua orang tak sama. tapi sepanjang pengalaman aku lah jumpa orang orang macam ni, memang semuanya sama saja. rasa diri tu mempunyai kelebihan, senang saja memperdaya orang lain. orang lain yang menanggung akibat, rasa, yg datang tu. 

well, ini memang ragam manusia sekarang. bagi orang biasa macam aku, memerhatikan ragam orang adalah minat. kesimpulan dan pendapat aku adalah hak aku. orang boleh kata macam macam sbb yg tahu hanya aku. 



^__^ ouh indahnya dunia ! 





Sunday, July 3, 2011

Hari Seterusnya

Hah !


dah nak masuk tengah hari. aku pun sedang tunggu nak masuk kerja jam 2.30 nanti. semalam balik jam 12, dengan sakit tekak lagi, dah macam workaholic dah aku ni. hahaha


kerja kerja kerja. tu je yang aku fikir sekarang. nak cari duit, nak beli barang yang aku nak. tengok lah macam mana nanti. baru seminggu kerja. sabar ouh sabar.


satu lagi hari yang seterusnya.




^__^ kerja.




Wednesday, June 29, 2011

Kerja Baru !

Yo !

hahaha aku dah start kerja balik ! baru masuk dua hari. kerja dekat petronas yang selalu aku isi minyak tu sebagai cashier. ala takkan tak tahu. ape lah.

hari hari pegang duit beribu ribu. alangkah kaya nya aku (walau  untuk sementara). sekarang masih lagi dalam training period so time kerja aku tak tetap lagi. start minggu depan baru secara rasmi aku kerja ikut syif. 

tadi pagi aku jumpa jozan. si johan beli minyak (isi minyak lah), si zizan pula beli coolent (air radiator), perghhh agak teruja la tadi. yelah mana nak dapat peluang selalu jumpa artis. bhahahaha tapi aku relex saja tadi (cover).

kerja pula agak penat, tapi tak apa sebab time ni kita rasa nak belajar cari duit. baru boleh rasa macam mana mak bapak kita penat penat cari duit, kan ? heheh 

staf staf lain pun besh besh semua so aku setakat ni tak ada masalah lah. harap harap terus begini (ayat skema ?) banyak lagi nak kena belajar ni. tadi je dah banyak buat silap nasib baik tak ada yang short lagi setakat ni (kira macam rugi lah). lepas ni kena berusaha lagi nih. 




^__^ kerja, bersebab ! 





Thursday, June 23, 2011

Tak Patut Kot.

Yo;


kadang kadang aku terfikir, apa maksud dewasa? entahlah. macam macam maksud ada, bergantung pada individu.


aku dah start fikir balik, patut ke aku buat semua tu tadi? tak patut kot. tapi, dah macam tak kisah la pula. mampus pi lah. malas fikir dah.



^__^ masih mencari identiti ?



Wednesday, June 15, 2011

Rasa Terakhir. Wah!

Yo;

semalam, sesuatu berlaku, ianya dejavu.


haha, dulu aku pernah rasa pengalaman macam ni, jadi aku rasa macam boleh cekal lah, tapi hampeh. kena pula tengah layan lagu perpisahan ini dari aizat, memang leleh lah jadinya. =p


setia, aku dah tak tahu apa maksud pekataan tu lagi dah. sayang, aku dah tak tahu juga. ada orang cakap sayang tapi pada masa yang sama, tak setia. cakap sayang tapi dah cari lain. 


aku tahu dalam dunia ni macam2 jenis manusia ada. tak boleh nak salahkan semua. tapi kan, aku rasa semua yang berlaku ni bagus juga. sebab aku dapat rasa, pengalaman macam ni mana nak cari. heheh


pengalaman dulu yang rasa manis rasa pahit semua tu aku rasa dah boleh simpan dalam laci dah. aku rasa cukup dah. lepas ni nak relex dulu. 


biar apa kata orang, asalkan manusia2 itu gembira, kira okai lah tu. bunyi macam ayat drama, memang sedih juga sebenarnya, tapi benda dah lepas. sebagai orang matang, macam ni la cara terimanya. heheh


lagu ni sesuai kot untuk semua. =p




video



semua rasa dulu, perasaan dulu, aku mesti rindu. heheh.


kena belajar cara hidup dengan baik jep! 





^__^ misi utama mungkin akan dilakukan pada minggu depan.



Monday, June 13, 2011

Selepas Dua Minggu Kerja

Yo;

yeah. akhirnya aku dah abes kerja selama 2 minggu kat corus. part timr saja. okai lah kot untuk nak dapat duit poket sikit sementara duduk rumah ni. lepas ni rehat dulu seminggu dua baru sambung cari part time lain alek. 

penat memang penat. tiap hari 12 jam kerja. sebab gaji aku ikot jam, lagi lama lagi banyak lah. tadi hari last. dapat la kenal2 dgn budak laen. ada yg part time gak, ade yg praktikal, mcm2 lagi. pengalaman yg hebat.

aku pon dah start pening daha. titik dulu.





^__^ harus cari duit lagi utk mencapai impian!





Sunday, June 5, 2011

Ice Blenderer

Yo,

ice blended satu! 

haha aku sekarang pembuat ice blende yg berjaya. bukan apa, da kerja part time aku buat ice blended je, memang la lama lama jadi pandai buat. tak gitu?

hari selasa lepas aku start buat part time kat corus, iaitu sebuah hotel. ganti adik aku sebenarnya, panjang nak citer, so tanak cerita. kerja aku macam tajuk di atas, membuat ice blender sepanjang karnival cuti sekolah yg hotel tu buat. maknanya aku kerja sampai habis cuti sekolah tu jela. 

dah rasa mcm lama duduk rumah, tu yg keluar carik kerja. duduk rumah pon diet bukan masuk. kena la cari duet buat belanja sikit. lepas part time ni sampai minggu depan, rehat jap dalam 2 3 hari, pastu na cari kerja laen plop.

duduk jadi ice blender susah gak rupanye. penat nak mampus. start jam 10 pagi sampai 10 malam. tak mcm giler ke hape tu? tp duet punya pasal, kerja jelah. boleh gak merasa apa yg org susah laen yg penat penat keluar kerja. sekurang kurangnye aku dah rasa. pengalaman terbaeklah!

dpt kenal kawan baru, suasana baru, tiap hari telan ice blended, hebat.










^__^ mesti kerja lebih kuat (sambil cuci mata bhahaha)



Sunday, May 29, 2011

Pagi yang Hampa.

Yo,

masa sekarang da subuh. aku ta tdo dr tadi sebab melayan champions league. MU kalah, dem. 

MU maen 10 mnit pertama da smart, tp last2 barca gak yg konker game. kurang menyerang, tambah lagi dgn messi yg maen mcm tahi hebat plop, aduh. na harap rooney sorg yg kehulu kehilir mengejar bola. last game utk van der sar rasanya sbb pasni die bersara dah. pakcik da tua, kira okai la tu.

semalam rumah aku buat tahlil, mcm biasa byk na kena kemas lepas ni. takpe, sbb aku sangat suka mengemas. bhahaha 

duduk rumah da 2 minggu, patut mula keluar mencari rezeki lah. aigoo.




^__^ terasa ingin bermain bola sekarang. huh.





Sunday, May 22, 2011

Entry Kepala Gila!

heyo0!

yup, dunia telah menjadikan aku seorang yg kejam, em tak lah! aku sebenarnya yg menjadikan dunia aku sendiri kejam. well, aku dah cuba nak jadi matang, betul tu, no pain no gain. dengan hidup aku yg semakin kusut masai, aku kena jadi lagi kuat sebab semua ni hanyalah sebagai pengalaman. 

ayat poyo yg sangat gampang.

ahhhh serabut betul aku rasa. hehe gila sekejap. aku dah mula fikir nak buat sesuatu yg agak tak masuk akal, yg macam dalam drama korea jepun sikit. cuma masa, yup, masa.

dengan entry yg macam tahi ni, dengan aku yg tengah serabut, aku tutup entry kali ni dengan srangkap pantun,

dua tiga kucing berlari,
aku dah start menyampah dengan semua yg aku fikir sekarang ni.

sekian trimas.






^__^ jiwa kacau gila!







Thursday, May 19, 2011

It wasn't my birthday!

hyeez lagi,

benda lama. kenangan lama. barang lama. ingatan lama. luka lama. aduh. semuanye lama. di kala aku tengah kepanasan ni aku menulis entry kali ni. tadi baru download lagu ni, memori tercipta dari shila, sentap pula rasa. sangat sedap melayan. 


di sini jua 
memori tercipta
walau seketika
terjalin kasih kita

mungkin di sini
kita terpisah
kenangan bersama
tiada ku lupa



**********************************************************************************

okai cukup dah. entry kali ni bukan sebab nak mendefinisikan lagu ni, korang pandai pandai la definisikan sendiri k. kali ni na tulis sebab apa ek? ermm 

hari jadi atau hari lahir adalah bermaksud hari kita dilahirkan, atau senang kata hari di mana kita pertama kali bernafas di atas muka bumi Allah ni. antara berjuta juta adik beradik kita yang lain, kita yang terpilih untuk dilahirkan. bersyukurlah.

setiap tahun kita sambut hari lahir. tak kira sederhana, sedikit, besar besaran, hatta dengan ucapan sahaja pun sudah boleh dikira meyambut hari lahir, ataupun paling cikai pun ketika jam mencapai detik 12 tengah malam masuk hari lahir kita, secara automatiknya kita akan menyambutnya. 

kalau dulu masa kecik, bagi yang berkemampuan pasti akan menyambut dengan mengadakan majlis, jemput orang ramai ramai, tempah kek besar besar, dengan gambar power rangers atas kek tu, then ada buat game, rebut kerusi lah, macam macam lagi. bagi yang sederhana, cukup menyambut dengan sebiji kek dan nyanyi lagu happy birthday bersama family, bagi yang lagi biasa, wish saja pun dah cukup bermakna. ragam manusia.

sekarang dah besar, lain pula halnya. kalau anak orang kaya tu, panggil orang ramai then buat party sebelah swimming pool, macam dalam cerita melayu tu. bagi yang belajar jauh dari family, sambut dengan kawan kawan, kawan buat seprais party lah, bagi hadiah lah, wish kat FB lah, macam aku, dah dua tahun kot sambut hari lahir jauh dari family, tapi bagi aku, aku tak kisah bab sambut hari lahir ni, kalau dapat wish pun dah bersyukur. aku tak kisah sebab maybe aku dah besar kot. heheh.

masuk jam 12 tengah malam, mesej masuk berderu deru. "selamat hari jadi adi", "happy birthday adi!", "selamat hari tua adi", semua ada, dari kawan kawan, family, dan lain lain. tapi kan, masih rasa macam tak lengkap, sebab, entahlah macam kurang sesuatu, aku tamak? maybe. tahun ni rasa macam tak lengkap. satu hari menunggu, just mampu menunggu jelah. 

aku gila kot. maybe jugak. aduh. kepala otak aku sudah heng, tak tahu nak tulis apa lagi ni. setiap hari ada je orang sambut hari lahir, macam hari ni, hari sambutan birthday jugak. tapi bukan aku punya. 




^__^ ingin kumpul duit untuk merealisasikan keputusan terhebat aku.






Monday, May 16, 2011

Sudah Pulang! =D

Hyeez.

Sekarang di Port Dickson, di rumah ku syurgaku. sebenarnya semalam 14 hb may da smpai da. lepas 17 jam akhernya aku smpai gak. rasa mcm alek rumah over-c plop.

da abes da sem 4 aku kat unimap. sem yg paling byk kerja aku buat. paling bz pernah aku rasa. semua tu pengalaman. bila lg na rasa an? 

aku fikir da na cte serba sikit psl sem 4 aku yg aku igt, tp bkn sekarang lah ek. na tulis bnda mcm ni kena ada mood. heheh. so nanti aku start ye.

da duduk umah ni rasa mcm na cari kerja, tp cm malas plop. tengok lah cam ne nanti ek. kot kot ade kerja CEO kosong ke kat hotel hotel yg berlambak kat PD ni. tape, utk seminggu ni aku na elex dulu lah. penat daki gunung ari tu ta ilang lg nih. 

ermmmm da alek ni an, aku terfikir, adakah aku akan buat kerja giler tu lg? tgk jela cne nanti ek.





^__^ mari menikmati masa cuti!




Sunday, March 27, 2011

Precious Experiences! =)

Yo!

giler lama aku ta update blog ni. sbb masa? bkn. tp sbb kat wang ulu taley plop na post. mengong. bape kali da aku try ta dpt dpt jgk. ni na kena duk libry baru ley post. ceh.

na cte, byk sgt plop. bia aku pendek an. okai. sukan sume da abes. inter ppk ngn olahraga. utk inter ppk aku masuk volley ngn netball. ye. netball. yg org pmpuan slalu dok maen tu. tp skg dak laki pon da maen da. da ta mcm netball da aku tgk. okai, na cte, aku maen netball dpt no 2. kira silver lah. 1st time masuk da silver. taon depan target gold plop. hahaha

utk olahraga plop, aku masuk lompat jao, lari 1500m ngn 4*400m. lompat jao, ta bape na jao plop aku lompat. hehe da gagal di peringkat awal. 1500m, mmg aku lari smpai abes dan dpt no 5, no 5 dari belakang. haha yg depan depan aku sume sgt hebat. giler lah. 4*400m, aku jd last runner, runner ke 4 lah kiranya, dan bila smpai turn aku, aku lari punya lari punya lari, smpai last lap aku beat org dpn aku, dan akhernya aku dpt silver. semangat giler aku lari smpai ta hengat dunia. kira okai la kot no 2, sbb depan aku tu bdk pelari universiti. saje bg peluang kat dia. bhahahahaha

dulu masa skolah rendah darjah 4, aku pena masuk lompat jao skali, dan tu la last acara olahraga yg aku masuk. lepas beberapa taon, baru aku join alek. dan utk acara lari lari cm 1500m ngn 4*400m tu, acara balapan pertama aku dlm seumur hidup. thehehe betul la org ckp, there will oweys b a first time. heheh


ni masa perbarisan time olahraga


ni aku dgn maskot skool aku. power an? bhahaha



cukup acara sukan, arini 27 mac 2011, bermaksud smlm 26 mac 2011 ialah earth hour. bdk board PPKAS telah menganjurkan mcm satu aktiviti la kat pdg wang ulu smlm. kte org buat mcm line bentuk 60 atas pdg pastu suh org yg dtg berdiri atas line tu sambil pegang lilin. kan smlm tutup lampu dlm sejam stat 8.30 mlm an. so sempena meraikan sejam tu kte org buat lah aktiviti tu. 1st time rasanya buat kat unimap. haha pas kekelangkabutan pd awalnya, akhernya atviti berjalan dgn lancar. alhamdullillah. punya la lega sbb dpt sambutan agak mengalakkan. taon ni kita okai la sbb plan pon last mnit. taon depan buat gempak lg. hoho


masa mlm sambutan earth hour. pic aku tade lgsg! dem.


ermm cm ni la kesah idop aku sikit sikit kat unimap ni. blaja pon bese jep. tp skg mmg agak bz la. tiap ptg kena g training. assgmnt lg tutor lg, tp aku okai jep. bnda kcik lah sume tu. heheh

okai smpai sini jela entry aku ek. t ada masa lg aku mai lg libry ni utk update blog ni. na arap tenet kat wang ulu tu, mimpilah. pasni na g shoping jap, beli brg umah, susu lampin anak da abes.





^__^ semua benda adalah normal jadi aku kena semakin matang.







Saturday, February 19, 2011

No 28

Hyeez bebeh;

aha skg aku kat lib, baru la dpt sng post entry baru ha. kalau kat wang ulu tu da mcm sipot tenet nye. hah.

sbnanye byk na cte ni tp wat mse skg bia la ku cte sumting yg blaku smlm.

smlm, aku dpt jersi weh. unimap pnye. huh. agak besh la rse sbb bnda free an. dpt full set baju sua stoking. puas aty wlaupon aku bkn 1st eleven ataupon bakal disingkirkan. bhahahaha

ptg ni ade game lg. aku pling suke time2 cm ni, asek game, sbb dpt biasakan diri ngn team. smlm game, arini game, sok game gak. sok lg besh sbb pngurus ckp sok game kat alor star. waaaahaooooo!

smlm aku cket lg na score tp sbb kegopohan dan kekonfiusan aku dlm membuat keputusan, ta pat score plop. syg btol. huh. 

posisi aku takat ni left wing. posisi idaman aku sejak di bangku skolah. tp klu na di ekot an rmai lg bgus. so aku kne kerja lg kuat lah spy dpt first team. klu da usaha gak dan still tersingkir, tape la tade rzeki. yg penting usaha. 

aha lupe na bg tau jersi aku no 28, sbb maen amek jep. tape sbb ni la nombor ronaldo time dia kat sporting lisbon dlu b4 dia join MU. =)



^__^ arwah bapak aku ta pena aja aku utk menyerah kalah. Ganbatte!